omniture

Pemaju Hartanah Perniagaan Terkemuka Thailand umum wawasan 'Penciptaan Bersama Pusat Kehidupan', tonjol destinasi beli belah dunia mesti dikunjungi; CentralWorld, CentralPhuket, dan Central i-City

Central Pattana Public Company Limited (CPN)
2018-06-05 08:00 1093

BANGKOK, 5 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Central Pattana Plc (CPN), pemaju pelbagai hartanah perniagaan terbesar dan salah satu yang terkemuka di Thailand baru-baru ini mengumumkan wawasan 5 tahunnya 'Penciptaan Bersama Pusat Kehidupan' untuk merintis trend perniagaan runcit akan datang dan menangani era digital serta melabur sekitar USD 3.1 bilion dalam 5 tahun untuk menjadi salah sebuah dari 5 pemaju pelbagai hartanah perniagaan terbaik. Ia menonjolkan lima projek utama dan baharu di Thailand dan luar negara termasuk pengubahsuaian utama CentralWorld, Central Phuket, Central i-City, CentralPlaza Ayutthaya dan Central Village.

Central Pattana Plc (CPN), the largest leading retail property developer in Thailand and Southeast Asia recently announced its 5 years plan, investing around 100 billion baht to emphasize itself as a Global Player, with five highlighted projects in Thailand and overseas
Central Pattana Plc (CPN), the largest leading retail property developer in Thailand and Southeast Asia recently announced its 5 years plan, investing around 100 billion baht to emphasize itself as a Global Player, with five highlighted projects in Thailand and overseas

En. Preecha Ekkunagul, Presiden dan CEO CPN berkata: "Dalam era perubahan digital yang sedang berlaku di seluruh dunia, satu-satunya cara untuk hidup ialah dengan menyesuaikan diri. CPN melihat perubahan ini sebagai cabaran dan peluang yang akan membolehkan kami untuk mencipta lembaran baharu dalam industri perniagaan runcit sekali lagi yang sama dengan apa yang pernah kami lakukan sepanjang 38 tahun lalu. Wawasan baharu kami untuk lima tahun akan datang ialah untuk 'Penciptaan Bersama Pusat Kehidupan' yang menjadikan pusat membeli belah CPN sebagai destinasi untuk semua, di mana semua orang boleh menikmati kehidupan. Elemen yang penting dalam perancangan ini ialah semua rakan kongsi perniagaan dan penyewa kami yang akan mencipta bersama perkara-perkara baharu ini untuk kejayaan perniagaan dan pertumbuhan yang mampan."

CPN merancang untuk melabur sekitar USD 3.1 bilion (100 bilion baht) dalam tempoh lima tahun akan datang dalam projek-projek domestik dan antarabangsa, yang memberi tumpuan kepada lima projek utama yang akan mencerminkan wawasan 'Penciptaan Bersama Pusat Kehidupan'. Terdapat 5 projek yang ditonjolkan yang akan siap dalam masa 2 tahun termasuk Central i-City -- pusat membeli belah gaya hidup yang lengkap yang terletak di lokasi berpotensi tinggi berhampiran Kuala Lumpur, Malaysia. Ia terletak dalam projek pelbagai kegunaan yang besar yang digalakkan oleh kerajaan Malaysia untuk menjadi destinasi pelancongan bertaraf dunia; Pengubahsuaian CentralWorld -- destinasi global yang mesti dikunjungi, yang bakal dilancarkan dalam bulan November 2018; Central Phuket yang akan dibuka dalam bulan September 2018 dan berupaya untuk memenuhi gaya hidup mewah dan santai dengan sempurna dengan tarikan yang bertaraf dunia yang terulung: 'Tribhum' -- Misteri Tiga Dunia dalam taman tema laluan-3D, 'Aquaria', yang bakal menjadi akuarium terbesar di Thailand; CentralPlaza Ayutthaya -- destinasi gaya hidup baharu di Ayutthaya, bandaraya warisan dunia, yang dijangka akan dibuka dalam bulan Disember 2019 dan Central Village, outlet perniagaan runcit antarabangsa pertama di Thailand.

Wawasan untuk 'Penciptaan Bersama Pusat Kehidupan' mengandungi tiga strategi: 1) Mencipta Konsep Destinasi: Membangunkan destinasi untuk semua pelanggan berdasarkan gaya hidup dan keutamaan dan juga mengkategori produk dan perkhidmatan berasaskan gaya hidup. 2) Mencipta Platform Digital: Untuk menawarkan pengalaman yang lancar dengan menyampaikan Penawaran Diperibadi Masa Sebenar, mengembangkan Pengalaman Dalam Talian untuk menghubungkan peranti mudah alih pelanggan kepada perkhidmatan di pusat membeli belah dengan mudah dan cepat dan Platform Pasaran Bersepadu dengan kerjasama Central JD untuk menambah saluran jualan yang lebih lancar. 3) Mencipta Perkongsian: dengan rakan kongsi perniagaan seperti I-Berhad untuk mewujudkan metropolis ultra I-City, dan bekerjasama dengan IKEA untuk mewujudkan format kedai pertama di dunia di salah sebuah gedung membeli belah terbesar di Bangkok.

CPN ialah perintis dalam industri perniagaan runcit Thailand yang sentiasa memperkenalkan trend membeli belah & gaya hidup baharu seperti konsep 'Pengalaman Gaya Hidup' di 'CentralWorld', yang telah membangunkan idea bahawa pusat membeli belah bukan hanya sekadar untuk membeli belah. Ia kini mempunyai 32 pusat membeli belah di Thailand.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Hubungan Awam

Central Pattana Public Company Limited.
Cik Vatcharaporn Ritruangdej
Tel. (66) 2-667-5555 sambungan 4119
Emel: rivatcharaporn@cpn.co.th

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180601/2149054-1

Source: Central Pattana Public Company Limited (CPN)
Keywords: Banking/Financial Service Commercial Real Estate Construction/Building Real Estate Retail Corporate Expansion New products/services Future Events