omniture

Pengendali Ruang Kerja Bersama EV Hive Kumpul US$20 juta dalam Pelaburan Siri A Dipimpin Softbank Ventures Korea, H&CK Partners dan Tigris Investment, Sasar Peluasan Serantau kepada 100 Lokasi

EV Hive
2018-06-05 10:00 1670

JAKARTA, Indonesia, 5 Jun, 2018 /PRNewswire/ -- Pengendali ruang kerja bersama dan komuniti yang terbesar di Indonesia EV Hive dengan sukacitanya mengumumkan pelaburan Siri A sebanyak US$20 juta yang dipimpin oleh Softbank Ventures Korea, H&CK Partners dan Tigris Investment.

EV Hive, the largest coworking space in Indonesia is ready to expand to 100 locations across Southeast Asia
EV Hive, the largest coworking space in Indonesia is ready to expand to 100 locations across Southeast Asia

Pelabur-pelabur baharu, termasuk Naver, LINE Ventures dan STIC Investments selain pelabur-pelabur sedia ada, East Ventures, SMDV, Sinar Mas Land, Insignia Venture Partners, Intudo Ventures dan pelabur modal awal persendirian bertumpu teknologi Michael Widjaya dan Chris Angkasa turut mengambil bahagian dalam pusingan pembiayaan ini.

"Kami berasa gembira untuk mengalu-alukan pelabur baharu kami untuk mengambil bahagian dalam pertumbuhan menarik EV Hive di Indonesia dan Asia Tenggara. Kami berkembang pesat ke seluruh Indonesia, melancarkan dua hab ruang kerja baharu di Menara Mandiri dan Menara Prima di Jakarta, serta memperkenalkan vertikal perniagaan baharu di bawah jenama baharu kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama EV Hive Carlson Lau.

EV Hive kini mengurus lebih 30,000 meter persegi ruang kerja di 21 lokasi seluruh Indonesia, dengan lapan lokasi tambahan sedang dibangunkan. Selain membuka ruang kerja kolaboratif, EV Hive turut menawarkan suit perkhidmatan sokongan yang luas dan jaringan komuniti yang mantap bagi menyokong ahli-ahlinya untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka.

Dengan memanfaatkan pengalaman dan kepakaran teknologi daripada jaringan pelabur, EV Hive merancang untuk mempercepatkan rancangannya terhadap pelancaran ruang kerja bersama pintar peringkat serantau.

"Kami amat berterima kasih kepada pemegang saham sedia ada kami atas sokongan mereka dan akan terus menumpu secara bersungguh-sungguh untuk menyediakan perkhidmatan baharu kepada komuniti kami," tambah Carlson.

Rakan Kongsi dan Pengarah Urusan Softbank Ventures Korea Sean Lee berkata bahawa setelah melakukan beberapa penilaian terhadap pelbagai peluang bekerja bersama di seluruh Asia, syarikat memberi sokongan di belakang pasukan EV Hive untuk gabungan hebat antara wawasan dan tumpuan pelaksanaannya.

"Ruang kerja bersama akan menjadi platform arus utama yang mana tenaga kerja moden diaturkan, dan saya yakin EV Hive akan menjadi pengusaha serantau yang terkemuka dalam industri baharu yang menarik ini," kata Lee.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Mas Land Michael Widjaya berkata perkongsian sedia ada bersama EV Hive di Breeze BSD berjaya menarik minat generasi usahawan muda dan syarikat-syarikat baharu teknologi baharu ke BSD.

"Kami merancang untuk mewujudkan Silicon Valley Indonesia di BSD dan berharap dapat bekerjasama erat dengan EV Hive untuk membawakan komuniti kami kepada pembangunan taman digital baharu kami," kata Michael.

Di samping itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas H&CK Partners Jeongjoon Hwang berkata bahawa komuniti EV Hive terdiri daripada banyak pengasas muda yang cerah masa depannya yang akan mengikuti jejak langkah Go-Jek dan Traveloka bagi menubuhkan syarikat-syarikat baharu 'unikorn' seterusnya di Asia Tenggara.

"EV Hive ialah platform hebat untuk kami mewujudkan peluang kolaborasi antara usahawan ini dan jaringan rakan kongsi strategik Korea Selatan kami, merangsang gelombang pelaburan seterusnya dari Korea Selatan menuju Indonesia," kata Hwang.

Willson Cuaca, Rakan Pengurusan East Ventures menambah, "Kami bertuah kerana projek East Ventures (EV) dalaman yang sederhana dapat berkembang maju sebegini jauh. Kedua-dua penyokong awal dan pasukan pengurusan telah melakukan kerja yang bersungguh-sungguh bagi meluaskan produk tersebut. Kami mengalu-alukan rakan kongsi baharu kami dan yakin EV Hive dapat memenangi pasaran Indonesia dan seluruh dunia."

Latar Belakang EV Hive
Maklumat lanjut mengenai EV HIVE disediakan di: https://evhive.co

Latar Belakang Softbank Ventures Korea
Softbank Ventures Korea ialah modal usaha niaga yang diasaskan pada tahun 2000 sebagai rakan sekutu SoftBank Group yang menumpu pada pelaburan modal usaha niaga peringkat awal.

Latar Belakang H&CK Partners
H&CK Partners ialah pengurus dana ekuiti persendirian yang menumpu untuk melabur dalam perniagaan yang mengalami pertumbuhan tinggi di Korea dan Asia Tenggara.

Latar Belakang Tigris
Tigris ialah pengurus dana modal usaha niaga Korea Selatan yang menumpu untuk melabur dalam syarikat-syarikat baharu teknologi dengan modal awal kepada Siri A.

Latar Belakang Naver Corporation
NAVER Corporation ialah sebuah syarikat internet terulung Korea, mengendalikan portal carian utama negara, 'NAVER.'

Latar Belakang LINE Ventures 
LINE Ventures ialah cabang usaha niaga korporat LINE Corporation (NYSE:LN/TSE:3938), yang berdedikasi terhadap misi "Merapatkan Jarak", menghimpunkan orang ramai, maklumat dan masyarakat. Aplikasi pemesejan LINE dilancarkan pada Jun 2011 dan sejak itu berkembang menjadi platform global yang pelbagai, menyediakan rangkaian perkhidmatan dan juga kandungan.

Latar Belakang STIC Investments
STIC ialah firma modal usaha niaga antarabangsa dan pengurusan dana ekuiti persendirian yang ditubuhkan pada tahun 1999.

Hubungi:
Rina Kurniawan
Eksekutif Perhubungan Awam 
+6281221992200

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180516/2135057-1

Source: EV Hive
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Real Estate Workforce Management/Human Resources Corporate Expansion Financing agreements Venture Capital