omniture

BIGO Technology Bakal Pacu Pusat R & D di Singapura dan Jadi Penyedia Penyelesaian AI Global kepada Syarikat dan Kerajaan

BIGO Technology
2018-06-05 17:08 1539

SINGAPURA, 5 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Pada Jumaat lalu, Jason Hu Jianqiang Ketua Pegawai Teknologi BIGO Technology telah berkongsi dengan para hadirin di Forum SINO AI 2018 yang pertama kalinya diadakan mengenai kemajuan transformatif teknologi AI BIGO dan aplikasinya untuk mensintesis sejumlah maklumat yang besar, untuk menambah baik kehidupan dan juga untuk membantu meningkatkan produktiviti apabila digunakan pada aplikasi keselamatan siber. Ini juga sejajar dengan kempen terkini kerajaan Singapura untuk menerapkan penggunaan Kecerdasan Buatan merentasi ekonomi dan masyarakat.

Jason Hu Jianqiang Chief Technology Officer of BIGO Technology shared with attendees at SINO AI FORUM 2018 held in Nanjing 1 June 2018
Jason Hu Jianqiang Chief Technology Officer of BIGO Technology shared with attendees at SINO AI FORUM 2018 held in Nanjing 1 June 2018

"Secara purata, BIGO perlu menyiarkan 600-700 ribu siaran penstriman langsung dan lebih daripada 100 juta kandungan gambar yang dihasilkan setiap hari oleh pengguna di platform kami. Dengan kedua-dua sistem pemantauan pengawasan AI dan pasukan pegawai pengawasan yang berpangkalan di seluruh dunia, kami dapat mengenal pasti 96% kandungan yang tidak sesuai pada platform kami dengan menggunakan tenaga kerja yang terhad.  Tambahan pula, sistem ini belajar secara berterusan dan mempelajari tingkah laku baharu. Mengawasi kandungan yang tidak sesuai masih kekal sebagai keutamaan syarikat kami. "

Beliau menambah bahawa penyelesaian teknologi ini sangat versatil dan boleh digunakan secara global bukan hanya untuk syarikat swasta tetapi juga untuk kegunaan kerajaan. Baru-baru ini, kementerian kerajaan Indonesia KOMINFO telah menggunakan teknologi AI BIGO untuk membantu pemantauan siber mereka. Beliau berharap untuk mempunyai lebih banyak perkongsian yang berjaya sambil membantu syarikat dan kerajaan menggabungkan teknologi AI ke dalam kerangka kerja mereka.

BIGO Technology juga mengumumkan bahawa mereka telah membuka pusat R & D di Singapura dan telah mengambil satu pasukan yang terdiri daripada 100 pakar dan jurutera AI untuk menyertai pusat ini dan untuk menerajui program Penyelidikan & Pembangunan Kecerdasan Buatannya. Pusat ini juga akan menjadi pusat penyelidikan utama yang bertanggungjawab dalam kemajuan masa depan R & D syarikat.

Latar Belakang BIGO 

Ketua Pegawai Eksekutif David Li, telah mengasaskan BIGO LIVE pada Mac 2016 dan beribu pejabat di Singapura. BIGO LIVE ialah syarikat Internet mudah alih yang memberi tumpuan kepada perkhidmatan teknologi dan platform penyiaran langsung. Ia komited untuk membina komuniti penyiaran video sosial global yang terkemuka. BIGO LIVE kini mempunyai lebih daripada 200 juta pengguna di seluruh dunia di lebih 20 negara dan wilayah dan kini merupakan pemimpin pasaran dalam industri. Ia juga platform siaran langsung yang paling pesat berkembang. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.bigo.tv.

Hubungan Media

BIGO TECHNOLOGY PTE LTD
Nama Penuh: Cherylene See
Alamat Emel: cherylene@bigo.tv
Laman Sesawang: http://www.bigo.tv 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180604/2150480-1

Source: BIGO Technology
Related Links:
Keywords: Broadcast Technology Computer/Electronics Entertainment High Tech Security Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service New products/services Trade show news Data Analytics