omniture

Mainstream Renewable Power Selesaikan Pemuktamadan Kewangan USD$520 Juta untuk Dua Ladang Angin di Afrika Selatan

Mainstream Renewable Power
2018-06-05 20:27 1024

DUBLIN, 5 Jun 2018 /PRNewswire/ --

Pembangun angin dan solar bertaraf global Mainstream Renewable Power telah menyelesaikan pemuktamadan kewangan untuk Ladang Angin Timur Kangnas dan Perdekraal di Afrika Selatan, yang mempunyai gabungan kapasiti sebanyak 250 megawatt (MW). Konsortium yang dipimpin oleh Mainstream itu dianugerahkan kontrak untuk ladang angin oleh Jabatan Tenaga di bawah pusingan keempat Program Perolehan Pengeluar Kuasa Bebas Tenaga Boleh Diperbaharui (REIPPPP). Ladang angin ini, yang terletak di Tanjung Utara dan Barat Afrika Selatan, melibatkan pelaburan kira-kira sebanyak $520 juta dan dijangka mula dibina pada Jun 2018.

Mainstream telahpun dianugerahkan sejumlah 848MW projek angin dan solar di bawah program REIPPPP sejak tahun 2011, menjadikannya pembangun tenaga boleh diperbaharui bebas yang paling berjaya di negara berkenaan. Mainstream telahpun menyiapkan lima loji PV angin dan solar untuk mula beroperasi di bawah program tersebut, dengan gabungan kapasiti penjanaan sebanyak 600MW. Ia telah membida beberapa projek PV angin dan solar tambahan di bawah Pusingan Dipercepat yang mana keputusannya akan diperoleh tidak lama lagi.

Hein Reyneke, Pengurus Besar Mainstream untuk Afrika berkata: "Pasukan kami di Afrika Selatan ini benar-benar teruja untuk mencapai pemuktamadan kewangan dan mula membina projek-projek ini, yang akan membawakan pelaburan komuniti sebanyak $87 juta sepanjang 20 tahun sebaik sahaja ia mula beroperasi pada tahun 2020. Kami tidak sabar-sabar menantikan keputusan pusingan keempat yang dipercepat dalam REIPPPP, serta pusingan-pusingan selanjutnya, yang penting untuk menjamin rancangan tenaga jangka panjang dan rendah kos untuk negara."

Beliau menambah: "Mainstream telah melabur dan menubuhkan pasukan tempatan di Afrika Selatan selama hampir sedekad lamanya dan dengan portfolio yang melibatkan lebih 3,000MW projek angin dan solar yang sedang dibangunkan di sini, kami berbesar hati untuk membuat sumbangan penting demi membina sistem kuasa rendah kos dan rendah karbon Afrika Selatan sekaligus merangsang komuniti luar bandar."

Mainstream Renewable Power ialah pembangun bebas utama bagi loji-loji kuasa angin dan solar berskala utiliti dalam pasaran-pasaran baru muncul yang mengalami pertumbuhan tinggi. Syarikat menyediakan portfolio dengan aset-aset angin dan solar 6.5 gigawatt (GW) di serata Amerika Latin, Afrika dan Asia. Di Chile, Mainstream memiliki sepenuhnya 1.3GW projek angin dan solar berkontrak penuh yang sedang beroperasi, sedang dibangunkan atau berada pada tahap akhir pembangunan. Syarikat membangunkan projek-projek di Mesir, Senegal, Ghana, Vietnam dan juga Filipina. Mainstream telah mengumpul pembiayaan projek sebanyak €1.6 bilion dan menggaji 160 kakitangan.

Maklumat perhubungan:

Emmet Curley
Tel: +353-86-241-1690
emmet.curley@mainstreamrp.com

Sumber: Mainstream Renewable Power

Source: Mainstream Renewable Power
Keywords: Alternative Energies Utilities