omniture

Address Downtown Ikonik Buka Pintu kepada Tetamu Hotel

Emaar Hospitality Group
2018-06-05 22:05 3336

DUBAI, UAE, 5 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Address Downtown, hotel kebanggaan di bawah segmen gaya hidup premium Emaar Hospitality Group, Address Hotels + Resorts, membuka pintunya kepada tetamu hotel, menandakan kemunculan destinasi yang sangat digemari di Dubai, terkenal dalam kalangan pengunjung seluruh dunia.

generated by system

generated by system

Address Downtown dibuka dengan beberapa ciri inovatif termasuk konsep restoran baharu, lebih banyak bilik dan suite, The Spa at Address Downtown serta reka bentuk dalaman serba baharu. Menerusi 220 bilik tamu dan bilik suite, Address Downtown akan menambah lebih banyak ciri pada masa akan datang.

Olivier Harnisch, Ketua Pegawai Eksekutif Emaar Hospitality Group berkata: "Address Downtown mendapat tempat istimewa dalam hati semua pengembara dan tetamu yang arif. Kami menyerlahkan kegemilangan yang hebat melalui aset-aset hotel kami dengan mendukung kedudukan tersendiri bagi konsep 'di mana kehidupan bermula'."

Pada ketinggian 302 meter dengan 63 tingkat, Address Downtown hanya terletak sejauh 15 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai. Terletak di tengah-tengah Downtown Dubai, ia terletak dalam jarak berjalan kaki ke The Dubai Mall.

Bermula dengan keluasan ruang kepada keunikan kemasannya, bilik tamu dan bilik suite dilengkapi dengan Wi-Fi berkelajuan tinggi, TV interaktif, ciri pengautomatan bilik dan antara muka hiburan. Para tetamu berpeluang memilih daripada 16 pilihan bilik dan suite tempahan yang kemas dan rapi.

Hotel ini memperkenalkan The Restaurant at Address Downtown terkenalnya, direka sebagai pangsapuri Perancis avant-garde. Selain itu, turut dibuka ialah Lounge, oasis sosial dan juga Katana yang menawarkan hidangan makanan gaya robatayaki.

Bakal dibuka dalam masa terdekat ialah The Galliard yang membawakan selera Turki dan ekspresi berdaya cipta hidangan makanan Perancis dan Sepanyol; serta STK, restoran stik Amerika dengan gaya ruang istirehat kontemporari.

Cigar Lounge ialah tempat istirehat mewah mereka yang arif dan Club Lounge, eksklusif untuk tetamu-tetamu dalam Club Suites and Rooms, menawarkan hidangan makanan antarabangsa serta minuman percuma. Neos, ruang istirehat ultra mewah di Tingkat 63 serta Zeta, outlet di kawasan luar bakal dibuka tidak lama lagi.

Address Downtown mempunyai seleksi tempat mesyuarat manakala rawatan yang menyegarkan menjamin keseimbangan antara tubuh dan minda di The Spa at Address Downtown. Kesempurnaan klasik dan kecanggihan moden hotel ini menjamin tarikannya yang menonjol. Membawakan ciri-ciri tersendiri tempat-tempat awam yang hebat di seluruh dunia, lobi ini ditonjolkan dengan perincian seni bina yang halus dan menawarkan aksesori buatan tangan.

Emaar Hospitality Group turut mengendalikan Address Boulevard, Address Dubai Mall, Palace Downtown, Vida Downtown dan Manzil Downtown di Downtown Dubai. Tempahan boleh dibuat secara dalam talian di http://www.addresshotels.com

Untuk butiran lanjut, hubungi: 

Kelly Home
ASDA'A B-M
+9714-4507600
kelly.home@bm.com

Sumber: Emaar Hospitality Group

Source: Emaar Hospitality Group
Keywords: Hotels and Resorts Travel New products/services