omniture

Cirro dan Regus bincang peluang perkongsian dalam pengurusan hartanah komersial

Cirro Capital dan Regus Group tumpu pada pengurusan hartanah komersial Perancis tatkala pasaran terus menunjukkan ramalan pertumbuhan yang baik dengan peningkatan penerimaan disokong oleh kadar faedah dan kadar kekosongan yang rendah
Cirro Capital Limited
2018-06-05 22:12 1487

KUALA LUMPUR, Malaysia, 5 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Pada Mei 2018, Ketua Pegawai Kewangan Cirro Capital, En. Jimmy Edward bertemu dengan En. Jonathan Djourno, Pengurus Kawasan Elysees dalam Regus Group bagi meneroka kemungkinan terjalinnya perkongsian kolaborasi dalam pengurusan hartanah komersial.

Keterangan gambar: En. Jimmy Edwards Ketua Pegawai Kewangan Cirro Capital (kiri) dan En. Jonathan Djourno, Pengurus Kawasan Elysees Regus Group (Kanan)
Keterangan gambar: En. Jimmy Edwards Ketua Pegawai Kewangan Cirro Capital (kiri) dan En. Jonathan Djourno, Pengurus Kawasan Elysees Regus Group (Kanan)

Tahun 2018 menyaksikan kemunculan semula pertumbuhan ekonomi yang kukuh dalam pasaran Perancis, dikekalkan oleh pemulihan global dan peningkatan ketara dalam pelaburan. Aktiviti yang mantap dalam pasaran sewaan komersial sepanjang tahun 2017 menuju Suku Pertama 2018 dan semua segmen ruang memberikan angka-angka memuaskan dengan pertumbuhan positif dalam penerimaanya. Penerimaan pada Suku Pertama 2018 meningkat sebanyak 10% berbanding tahun sebelumnya, berjumlah 718,000 meter persegi. Ia merupakan suku pertama terbaik dalam tempoh sepuluh tahun.

Cirro Capital Limited, syarikat perkhidmatan pelaburan dan kewangan yang berpangkalan di Malaysia, yang baru-baru ini melabur sebanyak USD7.2 juta dalam dua ladang kelapa sawit di Malaysia dan Indonesia pada November 2017 serta pelaburan saham yang penting dalam OBOR Education Holdings Limited, memberi tumpuan terhadap bandar-bandar baru muncul Perancis untuk terus meluaskan portfolionya. En. Edward berkata semasa mesyuarat tersebut bahawa pemulihan ekonomi Perancis merangsang pembangunan pesat di banyak bandar Perancis seperti Bordeaux, Lyon dan Lille. Pembangunan ini memberi impak yang besar terhadap peningkatan permintaan untuk ruang komersial. Cirro Capital dan Regus Group akan berganding bahu untuk mengakses peluang-peluang dalam pasaran-pasaran ini.

Regus Group ialah sebuah syarikat multinasional yang beribu pejabat di Luxembourg. Regus dan jenama-jenamanya menawarkan pelanggannya dengan pejabat yang dilengkapi sepenuhnya, ruang kerja bersama, penyelesaian domisialisasi korporat, bilik mesyuarat dan penyelesaian teleperkhidmatan dalam bentuk ruang istirehat perniagaan. Regus Group mempunyai 3,000 pusat perniagaan di 900 bandar di lebih 120 negara. Regus menggaji 4,700 kakitangan di seluruh dunia dan tersenarai dalam Bursa Saham London, membentuk Indeks FTSE.

Perkongsian yang bakal terjalin antara kedua-dua syarikat ini mempunyai potensi untuk merangsang peluang-peluang pertumbuhan yang hebat untuk kedua-dua pihak.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180604/2150235-1

Source: Cirro Capital Limited
Keywords: Banking/Financial Service Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Licensing/marketing agreements