omniture

AIMAZING Journey: Honor dan VisitBritain Lancar Pertandingan Foto Seluruh Dunia

Honor
2018-06-06 01:16 1716

LONDON, 6 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Honor, e-jenama telefon pintar yang terkemuka, hari ini melancarkan satu pertandingan foto seluruh dunia #AIMAZING Journey bersama VisitBritain, bagi menggalakkan generasi muda pencari pengalaman pengembaraan untuk berkongsi gambar-gambar destinasi-destinasi pengembaraan kegemaran mereka.

AIMAZING Journey oleh Honor dan VisitBritain
AIMAZING Journey oleh Honor dan VisitBritain

 Perkongsian antara Honor dan VisitBritain ialah pengumuman terkini sejak pelancaran global Honor 10 di London pada 15 Mei 2018, apabila Honor melancarkan #AIMAZINGJourney, mulai Jun hingga Ogos, bagi mengundang setiap pengguna Honor untuk berkongsi pengalaman hidup mereka secara dalam talian.

Perjalanan bermula di Britain hari ini apabila para peminat Honor akan diberi galakan untuk berkongsi pengalaman pengembaraan kegemaran mereka melalui halaman Facebook Honor Global dan laman sesawang pertandingan HiHonor menggunakan telefon bimbit Honor mereka. Britain ialah hentian pertama pertandingan sebelum ia memulakan perjalanan mengelilingi dunia, memberi galakan di destinasi baharu pada setiap dua minggu, termasuk Emiriah Arab Bersatu, Rusia, Perancis, Jerman dan Finland.

Dalam masa yang sama, kempen global terkini VisitBritain, 'I Travel For...' ('Saya Mengembara Kerana…') turut meneroka minat orang ramai terhadap pengembaraan dan memperlihatkan tempat-tempat terbaik untuk dikunjungi di Britain. Kedua-dua kempen ini saling melengkapi antara satu sama lain dalam pertandingan bersama ini yang menyeru orang ramai untuk berkongsi pengalaman pengembaraan terbaik menggunakan telefon pintar mereka.

Sebagai e-jenama utama untuk pengguna natif digital, Honor menghargai peminat muda dan penetap trend mereka. Atas tujuan ini, Honor komited untuk mencipta pengalaman bersama mereka, untuk mereka, dan menerusi pertandingan ini juga, Honor menawarkan para peserta dengan peluang untuk menerima baucar menuju destinasi percutian mereka seterusnya.

"Peminat-peminat Honor menjadi inspirasi jenama kami di seluruh dunia. Atas sebab inilah kami bekerja keras untuk bersama-sama mencipta pengalaman gaya hidup buat mereka," kata George Zhao, Presiden Honor. "Melalui pertandingan ini, kami berharap dapat menawarkan pengalaman percutian sekali seumur hidup kepada pengguna telefon pintar generasi lebih muda dan mempelajari mengenai destinasi-destinasi kegemaran mereka, bagaimana mereka mengembara dan aktiviti yang gemar dilakukan oleh mereka apabila tiba di destinasi berkenaan. Kami memilih Britain untuk melancarkan Honor 10 dan untuk peringkat pertama pertandingan ini, memandangkan ia merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di dunia. Tidak ada tempat lain yang mempunyai begitu banyak perkara yang dapat anda alami di satu tempat."

Ketua Eksekutif VisitBritain Sally Balcombe berkata: "Kami ingin UK menjadi destinasi pilihan untuk pengunjung dari China dan pertandingan ini ialah peluang sempurna untuk pencari pengalaman pengembaraan yang bebas dan spontan untuk menunjukkan kepada dunia detik-detik kegemaran mereka di Britain menggunakan telefon pintar mereka."

Pelancaran Honor 10, telefon pintar unggulan Honor bagi tahun 2018, memperkenalkan dua teknologi telefon pintar yang rintis dan utama dalam industri kepada pengguna. Teknologi pertama ialah teknologi 2.0 AI termaju, diaplikasikan khususnya kepada kamera dwikanta telefon pintar. Kedua, ialah reka bentuk CMF[1] Honor 10, bahagian belakang kaca 3D dengan salutan optik berskala nano yang mengagumkan, mempunyai 15 lapisan warna yang berkilauan.

Honor 10 mencatatkan jumlah jualan sebanyak lebih 1 juta unit, hanya selepas satu bulan pelancaran awal di China dan seminggu selepas pelancaran global di London. Dengan model perniagaan berkuasa Internet uniknya, produk dan nilai yang tiada tandingan, Honor membawakan model perniagaannya yang membuahkan hasil dari China kepada pasaran global. Sebagaimana yang diumumkan oleh George Zhao dalam majlis pelancaran di London pada Disember lalu, Honor menyasarkan untuk menjadi antara lima jenama telefon pintar utama menjelang tahun 2020.

[1] Warna, Pengilangan, Kemasan (CMF) dalam reka bentuk perindustrian

Latar Belakang Honor

Honor ialah e-jenama telefon pintar terkemuka di bawah Huawei Group. Seiring dengan slogannya "Untuk yang Berani", jenama ini dicipta bagi memenuhi keperluan pengguna digital menerusi produk-produk yang dioptimumkan dengan fungsi internet, yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, mengilhamkan tindakan, memupuk daya kreativiti dan memperkasa golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dengan berbuat demikian, Honor telah menjadikan dirinya unik dengan menonjolkan keberaniannya melakukan perkara berbeza serta mengambil langkah yang diperlukan untuk mengalu-alukan kehadiran teknologi dan juga inovasi terkini untuk pelanggannya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Honor secara dalam talian di www.hihonor.com atau ikuti kami melalui: 
https://www.facebook.com/honorglobal/
 
https://twitter.com/Honorglobal 
https://www.instagram.com/honorglobal/ 
https://www.youtube.com/honorglobal

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180604/2150320-1

 

Source: Honor
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Social Media Travel Wireless Communications