omniture

UTAC Lantik Ken Rizvi sebagai Ketua Pegawai Kewangan Baharu

UTAC
2018-06-06 10:14 1654

SINGAPURA, 6 Jun 2018 /PRNewswire/ -- UTAC Holdings Ltd ("UTAC"), penyedia perkhidmatan pengujian dan pemasangan semikonduktor bertaraf global, hari ini mengumumkan pelantikan En. Ken Rizvi sebagai Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Kewangan berkuatkuasa 1 Jun 2018. Ken menyertai UTAC daripada Isola yang mana beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan yang menyelia organisasi-organisasi kewangan dan IT. Ken mempunyai pengalaman selama lebih 20 tahun dalam industri teknologi dengan jawatan-jawatan kepimpinan kanan di Micron, ON Semiconductor dan Isola. Beliau menggantikan Shawn L. Kelly, Ketua Pegawai Kewangan sementara, yang akan kembali menyandang jawatan beliau sebagai Naib Presiden Kewangan.

"Kami berbesar hati untuk menerima Ken ke dalam pasukan pengurusan UTAC sebagai Ketua Pegawai Kewangan. Pengalaman luas Ken dalam perniagaan dan kewangan bersama syarikat-syarikat teknologi utama sangat tinggi nilainya tatkala kami menumpu pada pemacu organik dan tak organik untuk meluaskan penstrukturan semula pasca hutang dan memaksimumkan nilai untuk pemegang kepentingan kami. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Shawn Kelly yang berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan sementara sepanjang 8 bulan lalu," kata Dr. John Nelson, Ketua Pegawai Eksekutif UTAC.

Sebelum Isola, Ken menyandang jawatan kewangan kanan dengan Micron dan ON Semiconductor. Beliau turut berkhidmat sebagai rakan sekutu Technology Crossover Ventures, firma ekuiti persendirian dan modal usaha niaga terkemuka yang menumpu pada syarikat-syarikat teknologi pertumbuhan dan sebagai jurubank pelaburan di Morgan Stanley. Ken berkelulusan MBA Eksekutif daripada W.P. Carey School of Business di Arizona State University, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Ekonomi daripada Yale University.

Latar Belakang UTAC Holdings Ltd

UTAC Holdings Ltd (UTAC) ialah penyedia bebas yang terkemuka bagi perkhidmatan pemasangan dan pengujian untuk pelbagai cip semikonduktor yang luas. Kami menawarkan rangkaian penuh perkhidmatan pemasangan dan pengujian semikonduktor dalam kategori-kategori produk utama ini: analog, berbilang isyarat dan logik serta memori. Pelanggan kami khususnya terdiri daripada syarikat-syarikat tanpa fabrikasi, pengeluar peranti bersepadu dan faundri wafer. UTAC beribu pejabat di Singapura dan mempunyai kemudahan-kemudahan pengeluaran yang terletak di Singapura, Thailand, Taiwan, China, Indonesia dan Malaysia. Kami mempunyai jaringan jualan global merentasi Amerika Syarikat, Jepun, China dan Taiwan, pelosok Asia dan Eropah dengan pejabat-pejabat jualan di setiap kawasan ini.

Source: UTAC
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors Workforce Management/Human Resources Personnel announcements