omniture

InterGlobe Technologies Iktiraf 'Peneraju' dalam Laporan NEAT NelsonHall untuk Perkhidmatan CX dalam Pengembaraan, Pengangkutan & Hospitaliti 2018

InterGlobe Technologies
2018-06-06 11:44 995

GURGAON, India, 6 Jun 2018 /PRNewswire/ -- InterGlobe Technologies (IGT), salah satu penyedia paling utama di dunia bagi perkhidmatan dan penyelesaian IT, BPM dan Digital bersepadu untuk industri Pengembaraan dan Hospitaliti global, dipilih sebagai Peneraju bagi Perkhidmatan CX 2018 untuk Pengembaraan, Pengangkutan & Hospitaliti oleh laporan NEAT NelsonHall. Peneraju merupakan kuadran tertinggi dalam laporan berkenaan.

generated by system

Laporan NEAT NelsonHall mengenal pasti IGT sebagai Peneraju dalam segmen pasaran Keseluruhan, seperti yang ditunjukkan dalam graf NEAT. Segmen pasaran ini memperlihatkan kebolehan komprehensif IGT dalam usaha memenuhi keperluan pelanggan masa depan serta memberi manfaat segera kepada pelanggan perkhidmatan CX dalam industri pengembaraan. Laporan NEAT menonjolkan IGT sebagai 'Peneraju' dalam aspek berikut:

  • 'Pengoptimuman Kos'
  • 'Penambahbaikan CX'
  • 'Penjanaan Pendapatan'

Ivan Kotzev, ketua penganalisis kajian Perkhidmatan CX di NelsonHall berkata, "Suit proprietari IGT merangkumi platform khusus untuk domain dan rangka kerja untuk pengautomatan, analitik dan omnisaluran menunjukkan kepakaran tinggi terhadap CX dalam industri-industri pengembaraan dan hospitaliti. Pelaburan berterusan syarikat dalam teknologi pengautomatan dan saluran digital baru muncul amat sesuai untuk menangani perubahan pasaran yang dinamik, membawakan CX hujung-ke-hujung pengembara ke barisan hadapan."

Vipul Doshi, Ketua Pegawai Eksekutif, IGT berkata, "Ini merupakan satu penghormatan apabila diiktiraf oleh NelsonHall sebagai Peneraju untuk keupayaan CX BPM kami dan impaknya terhadap pendapatan, kos dan pengalaman, iaitu penanda aras perkhidmatan pelanggan. Pengiktirafan industri menjadi bukti tumpuan global kami terhadap perkhidmatan berorientasi pelanggan dan kebolehan kami untuk terus memberikan yang terbaik, melalui pembangunan perkhidmatan & penyelesaian digital era baharu seperti RPA, AI dan analitik disokong oleh kepakaran domain kami yang tinggi."

IGT menyasarkan untuk mengambil peranan kepimpinan dalam membentuk semula industri pengembaraan menerusi penyelesaian teknologi inovatif yang bertumpu pada aspek digital, omnisaluran dan robotik demi pengalaman pengembaraan yang lancar dan terhubung. Pada tahun 2017, IGT memimpin barisan paling inovatifnya menerusi suit perkhidmatan dan penyelesaian digital termasuk Robot Sembang (Chatbot), Analitik Pertuturan, penyelesaian Pusat Hubungan Digital, mTAF (Pengautomatan ujian mudah alih), antara lainnya. Penyelesaian Pusat Hubungan Digital ICT dapat membantu pelanggan pengembaraan merealisasikan pengalaman pelanggan yang lancar, dengan menyatukan analitik, platform dan proses dalam BPM dan digital.

Kehadiran IGT yang semakin berkembang menerusi pelancaran Pusat Penyerahan Global di LATAM dan Eropah memperlihatkan kebolehskalaan dan kumpulan pelanggan global yang semakin luas dalam menyediakan penyelesaian CX yang transformatif untuk industri pengembaraan.

Latar Belakang InterGlobe Technologies

InterGlobe Technologies (IGT) ialah penyedia bertaraf global bagi Penyelesaian dan perkhidmatan IT, BPM dan digital untuk industri pengembaraan. IGT komited untuk membawakan kecemerlangan inovasi dan perniagaan merentasi seluruh spektrum dalam domain pengembaraan dan hospitaliti. Syarikat menawarkan IT-BPM bersepadu, RPA, pembangunan dan penyelenggaraan aplikasi, pusat hubungan digital, perkhidmatan ruang peralatan dan rangka kerja penyelesaian kepada industri pengembaraan seluruh dunia. IGT merupakan sebahagian daripada InterGlobe Enterprises Limited dan menggaji lebih 10,000 pakar pengembaraan seluruh dunia di 5 benua. 

Latar Belakang NelsonHall 

NelsonHall ialah firma penganalisis yang terkemuka di dunia, khusus untuk membantu organisasi-organisasi memahami 'seni kemungkinan' dalam perkhidmatan IT dan perniagaan. Menerusi penganalisis-penganalisis di A.S., U.K. dan Benua Eropah, NelsonHall menyediakan organisasi-organisasi bahagian belian dengan maklumat yang terperinci dan kritikal tentang pasaran dan vendor (termasuk penilaian NEAT) yang dapat membantu mereka membuat keputusan penyumberan yang pantas dan amat bermaklumat. Untuk vendor pula, NelsonHall menyediakan pengetahuan mendalam tentang dinamik pasaran dan keperluan pengguna bagi membantu mereka memperbaiki strategi-strategi pelan tindakan ke dalam pasaran. Kajian NelsonHall adalah berdasarkan kajian yang teliti dan asli sepenuhnya dan dihormati secara meluas lantaran kualiti, kedalaman dan maklumat analisisnya.

Perhubungan Media:
Renee Kishore
Emel: renee.kishore@interglobetechnologies.com

Sumber: InterGlobe Technologies

Source: InterGlobe Technologies
Keywords: Hotels and Resorts Internet Technology Travel Awards