omniture

Hisense sertai peminat dalam perjalanan ke Rusia dengan 'See the Incredible Tour'

Hisense
2018-06-06 21:59 1707

QINGDAO, China, 6 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Hisense, penaja rasmi FIFA World CupTM 2018 dan televisyen rasmi perlawanan berkenaan, hari ini mengumumkan ia bakal mengadakan perjalanan dan membawakan kandungan 'See the Incredible Tour' ('Jelajah Saksikan Keluarbiasaan') kepada para peminat bola sepak di seluruh Eropah. Sebagai penaja yang berbesar hati, Hisense akan menyediakan peluang-peluang unik kepada para peminat seluruh dunia untuk menyaksikan dan berhubung secara dalam talian dengan kandungan video dan kisah-kisah 'incredible' ('luar biasa') FIFA World Cup sepanjang seluruh perlawanan tersebut.

Jelajah See the Incredible Hisense
Jelajah See the Incredible Hisense

Bermula di Sepanyol pada 14 Jun dan menjelajah ke seluruh Perancis, England, Jerman, sehinggalah Rusia, Hisense dan Lloyd Griffith, pelawak dan penjaga gawang yang bersemangat akan menggunakan media sosial termasuk acara Facebook Live, Instagram, Twitter dan YouTube untuk memperkenalkan negara-negara, individu-individu dan detik-detik 'luar biasa' semasa FIFA World Cup.

Turut disertai oleh legenda-legenda World Cup termasuk Luís Figo, Robert Pires, Michael Owen, Benedikt Höwedes dan Marcel Desailly, serta individu-individu berpengaruh dalam media sosial tempatan dan individu-individu gaya bebas, Hisense akan mengadakan satu gerakan sosial dan strim kandungan video lucu dan 'luar biasa' secara berterusan susulan keterujaan FIFA World Cup, diperhebatkan melalui saluran-saluran mereka yang terlibat. Mereka akan turut menggalakkan peminat-peminat mereka di seluruh dunia untuk berkongsi detik-detik peribadi 'luar biasa' mereka bagi menyokong negara mereka, menggunakan tanda pagar #sharetheincredible. Peminat-peminat yang menggunakan tanda pagar dan tanda @HisenseSports akan berpeluang memenangi TV ULED HDR 4K Hisense, memorabilia FIFA World CupTM 2018 atau tiket ke Peringkat Akhir FIFA World Cup.

Bas jelajah Hisense berjenama sepenuhnya dan dilengkapi produk akan membuat perjalanan ke Eropah dalam peringkat kumpulan, ke Rusia dalam peringkat kalah mati dan akhirnya Peringkat Akhir FIFA World Cup, bersama tetamu-tetamu istimewa sepanjang perjalanan bagi menerapkan 'keluarbiasaan' dalam aktiviti-aktiviti padang kepada dunia melalui media sosial.

Syarikat elektronik dan perkakas rumah pengguna yang terkemuka di dunia, beribu pejabat di Qingdao, China, Hisense ialah jenama elektronik pengguna Cina pertama seumpamanya menaja perlawanan tersebut. Melalui perkongsian berkenaan, Hisense akan memanfaatkan pengaktifan pemasaran globalnya termasuk 'See the Incredible Tour' untuk berhubung dengan peminat dan membawakan mereka lebih dekat dengan aksi perlawanan melalui televisyen ULED HDR 4K semasa dalam perjalanan.

Lloyd Griffith berkata: "Saya berasa amat teruja kerana dapat menjadi sebahagian daripada 'See the Incredible Tour' Hisense! Sebagai peminat bola sepak yang setia, peluang menyaksikan World Cup barangkali akan menjadi detik paling hebat dalam hidup saya, standing dengan menyaksikan Grimsby Town lawan Forest Green. Saya berasa teruja untuk bertemu peminat-peminat lain dan mendengar semua kisah dan detik FIFA World Cup yang luar biasa di luar sana. Saya pasti kami akan ketawa sepuas-puasnya sepanjang perjalanan tersebut. Saya mungkin tidak berpeluang terlibat dalam skuad England, tetapi saya amat gembira dapat menaiki bas ke Rusia bersama-sama Hisense. Lebih baik saya mula mengasah dialek bahasa Sepanyol, Perancis dan Jerman… dan Rusia saya!"

Penajaan Hisense bersama FIFA World CupTM 2018 ialah satu perkongsian acara pemasaran sukan yang penting. Tatkala Hisense meluaskan kesedaran jenamanya, pemasaran sukan terus memainkan peranan yang amat penting dalam usaha meningkatkan jenama Hisense di seluruh dunia.

Maklumat lanjut mengenai kempen See the Incredible Hisense boleh didapati di seetheincredible.com.   

Latar Belakang Hisense

Ditubuhkan pada tahun 1969, Hisense ialah salah sebuah syarikat elektronik dan perkakas rumah pengguna terbesar yang mempunyai 18 cawangan luar negara di serata dunia. Hisense menawarkan pelbagai produk dipacu teknologi yang inovatif, dikilangkan dan diedarkan di seluruh dunia termasuk TV pintar, telefon pintar, peti sejuk, pendingin, penyaman udara, antara produk lain.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180605/2151813-1

Source: Hisense
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Sporting Events Sports Television