omniture

Hublot Perkenal Butik Digital Tingkatkan Khidmat Pelanggan Mewah

Hublot
2018-06-07 14:00 1403

NEW YORK, 7 Jun 2018 /PRNewswire/ --

Hublot menyedari bahawa aset utama dalam hubungan bersama pelanggan adalah berasaskan kepercayaan, ketersediaan dan kefleksibelan, dan oleh yang demikian mengimaginasikan butik digital "maya" yang melengkapi dengan sempurna peranan dan kehadiran butik-butik fizikalnya secara inovatif.

UPACARA JUALAN MENURUT HUBLOT  

Bermula dengan penyelesaian teknologi yang dibangunkan oleh jenama ini, pada waktu sebenar melalui terminal interaktif, penasihat jualan Hublot boleh menawarkan pelanggan dengan perkhidmatan yang menyerupai perkhidmatan sedia ada yang terdapat dalam butik fizikal. Persekitaran digital yang menawarkan pengalaman maya, yang bukan bersifat alternatif sebaliknya menjadi pelengkap kepada titik jualannya. Ia merupakan cara yang berdaya cipta untuk bertindak balas kepada dunia moden yang perlu berupaya memperoleh maklumat dan jawapan pada masa sebenar.

Sekiranya pelanggan tidak semestinya mempunyai butik Hublot di kawasan berdekatan atau tidak mempunyai masa mengunjungi kedai bagi mendapatkan pengenalan produk, Hublot menawarkan pengalaman yang sama secara jarak jauh seolah-olah seseorang menolak pintu masuk sesebuah butik. Perkhidmatan yang dikhususkan untuk hubungan pelanggan yang akan menemani penemuan jam tangan Hublot. Hublot mengekalkan hubungan paling kukuh yang terjalin bersama pelanggannya dengan menjaga aktiviti membeli dan menyerahkan jam tangan dengan cara asal.

Dari segi praktikalnya, kesemuanya bermula dengan laman sesawang Hublot, yang mana setiap pelanggan boleh meminta untuk dihubungkan dengan Butik Digital Hublot. Pelanggan memilih butik paling berdekatan. Pada peringkat ini, pelanggan sama ada terhubung pada masa sebenar dengan pengurus di Butik pilihan atau menetapkan temujanji pada suatu tarikh akan datang. Melalui FaceTime atau Skype, pelanggan terhubung dengan salah seorang penasihat jualan dan mula menikmati pengalaman Hublot. Dari mana-mana jua, pelanggan boleh mencari pada masa sebenar, terus melalui skrin miliknya, produk yang diinginkan yang dipaparkan secara langsung. Ini merupakan interaksi sebenar yang menyingkirkan kekangan masa atau tempat hasil daripada teknologi maya. Seterusnya, pelanggan diundang untuk mengunjungi titik jualan bagi meneruskan pengalaman Hublot. Ini membolehkan pelanggan memanfaatkan seluruh masa yang diperlukan bagi memutuskan pembelian jam tangan yang diinginkan. Ini benar-benar meningkatkan hubungan manusia yang unik yang mengikat setiap pelanggan dan Hublot.

Hublot menjadikan dunia maya sebagai sekutu pelengkap dan penting untuk pengalaman pelanggan berasaskan butiknya. Seni bergerak maju mengikut peredaran masa dan kehidupan pada masa kini!

 

 

Source: Hublot
Keywords: Computer/Electronics Fashion Internet Technology Retail New products/services Women-related news