DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 11 Jun 2018 /PRNewswire/ -- GAC Motor, pembuat auto paling pesat berkembang di China bakal membuka bilik pameran berasingan seluas 1,000 meter persegi (10,764 kaki persegi) pada bulan akan datang di Dubai, secara rasminya melancarkan jualan model-model terkenal pembuat auto tersebut termasuk GS4 dan GS8 dalam pasaran Emiriah Arab Bersatu. Syarikat turut menawarkan tawaran promosi seperti pakej perkhidmatan selepas jualan dan pakej kewangan keutamaan.
"Pembukaan bilik pameran baharu kami di Dubai memberikan GAC Motor satu lagi platform yang membolehkan kami mempamerkan kenderaan termaju dan berkualiti tinggi kami di Timur Tengah," kata Yu Jun, Presiden GAC Motor. "Selain itu, dengan lokasi jauh yang baharu ini, kami akan dapat meningkatkan pengalaman beli belah untuk pelanggan menerusi kualiti perkhidmatan yang dipertingkat."
Setiap kenderaan baharu daripada GAC Motor perlu lulus Sijil CAE, pemeriksaaan sistem, ujian kenderaan lengkap dan ujian sasaran menerusi tujuh keadaan jalan raya, iaitu panas yang terik, kelembapan tinggi, hipotermia, ais dan salji, gunung ganang, dataran tinggi dan persekitaran berdebu. Kesemua ujian dijalankan untuk 200 buah kereta dan jarak perbatuan ketahanan terkumpul mencecah 19.8 juta kilometer (12.3 juta batu).
"Walaupun dalam iklim panas, kering dan berpasir di Timur Tengah, produk GAC Motor masih dapat memberikan prestasi cemerlang. Kami juga berharap dapat menarik perhatian pelanggan di Timur Tengah dengan kualiti yang lebih cemerlang pada masa depan," kata Yu.
Salah satu daripada dua model terkenal utama yang bakal diperkenalkan dalam pasaran UAE, SUV GS8, dibangunkan sepanjang lima tahun lamanya. Ini termasuk teknologi penyerapan tenaga pelanggaran terkini dan menggunakan keluli berkekuatan tinggi pada lebih 95 peratus kabin memandu.
Di samping itu, pancaran antilanggar dan kotak laga dapat menyerap kebanyakan tenaga daripada pelanggaran yang dapat merendahkan kos penyelenggaraan selepas pelanggaran berkelajuan rendah, memandangkan hanya pancaran antilanggar dan bamper perlu digantikan.
Rangkaian kuasa GS8 dilengkapi dengan pemanduan empat roda pintar i-4WD generasi kedua dan sistem maklum balas semua rupa bumi, membolehkan penukaran lancar dibuat antara enam mod pemanduan yang mendahului kelasnya termasuk "Pasir", "Lumpur", "Salji", "Pintar", "Sukan" dan "Ekonomi". Reka bentuknya menumpu pada kebolehkendalian dan prestasi luar jalan, menghasilkan kelebihan kuasa yang terus dipertingkat.
Satu lagi model hebat yang menyasarkan pasaran SUV kompak, GS4, dicipta oleh GAC Motor yang mematuhi piawaian antarabangsa yang ketat. Reka bentuk badan kenderaan bertaraf lima bintang itu memenuhi piawaian ketahanan bumbung remuk SUV Amerika Utara dan menampilkan reka bentuk yang selesa dan ergonomik.
Dari segi kuasa, GS4 dilengkapi dengan transmisi mekanikal automatik termaju yang mempunyai kecekapan transmisi yang tinggi, serta ciri-ciri sukan dan juga sains dan teknologi. Penukaran gear boleh dibuat dalam masa 0.2 saat bagi membolehkan pengguna menikmati pengalaman pemanduan yang cekap dengan penggunaan bahan api yang rendah. Menurut Initial Quality Study (IQS) China J.D. Power Asia Pasifik, GS4 menduduki tempat pertama selama dua tahun berturut-turut dalam sektor pasaran SUV kompak China.
Sepanjang bulan Jun, GAC Motor akan mempromosikan model-model kenderaan mewahnya, SUV GS8 dan GS4 serta sedan GA8 di Kuwait, Qatar, Bahrain, U.A.E. dan Lubnan melalui beberapa kempen pemasaran termasuk dasar kewangan keutamaan, pameran-pameran di pusat beli belah tempatan dan acara-acara pandu uji.
Menurut strategi peluasan GAC Motor di wilayah ini, syarikat merancang untuk membuka sebuah pejabat di wilayah berkenaan bagi memastikan pengurusan setempat untuk jualan, perkhidmatan, promosi pemasaran dan perekrutan bakat selain bagi meningkatkan usaha kolaboratif antarabangsa. Pembuat auto ini turut meneroka pilihan untuk berkembang ke Arab Saudi tahun ini.
Menuju masa depan, GAC Motor akan menjalankan ujian-ujian keserasian secara berterusan di rantau ini untuk seluruh barisan kenderaannya dengan tujuan untuk menyesuaikan model-model tambahan demi memenuhi permintaan pasaran serta menawarkan pelbagai pilihan yang luas kepada pelanggan di seluruh Timur Tengah.
Latar Belakang GAC Motor
Ditubuhkan pada tahun 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) ialah subsidiari GAC Group, yang menduduki kedudukan ke-238 dalam kalangan syarikat Fortune Global 500. Syarikat membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium. GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas antara semua jenama Cina selama lima tahun berturut-turut dalam Initial Quality Study SM (IQS) China J.D. Power Asia Pasifik, yang menunjukkan strategi bertumpu-kualiti oleh syarikat bermula dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang inovatif, pengilangan hinggalah kepada rantaian bekalan dan jualan & perkhidmatan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor
Perhubungan Media:
Sukie Wong
+86-186-8058-2829
GACMotor@126.com
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180608/2155608-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180608/2155608-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180608/2155608-1-c