omniture

DATAVLT dan QED Consulting bentuk Perkongsian Strategik gabungkan Rantaian Blok dan Strategi

Perkaya Analitik Data Gunaan dengan Pengesyoran Strategik Michelle Yeo's daripada DATAVLT bakal Sandang Jawatan Pengurusan dalam QED
DATAVLT
2018-06-12 09:00 1775

SINGAPURA, 12 Jun 2018 /PRNewswire/ -- DATAVLT mengumumkan perkongsian rintis dengan firma perunding transformasi digital yang terkemuka, QED Consulting (QED). Perkongsian baharu ini akan menyaksikan DATAVLT meluaskan capaiannya menerusi salah satu peneraju Singapura yang mana penyelesaian strategik dapat ditingkatkan dengan aplikasi teknologi rantaian blok dunia sebenar.

 

QED adalah sebuah firma perunding yang menyediakan tawaran 'Eksekutif-sebagai-satu-perkhidmatan' unik yang memindahkan himpunan Ketua Pegawai Pemasarannya ke dalam organisasi-organisasi bagi menyediakan pengesyoran dan nasihat strategik mengenai transformasi digital, pemasaran strategik dan isu-isu komunikasi. Diterajui oleh Pengasasnya Ryan Lim, individu yang berpengalaman luas dalam sektor pemasaran digital di Singapura yang mempunyai pengalaman selama lebih 15 tahun; beliau mengesyorkan dan menasihati pasukan-pasukan pengurusan kanan daripada jenama-jenama bertaraf global dan agensi-agensi kerajaan terkemuka. Pada peringkat pengurusan, Lim dibantu oleh Natasha Zhao, yang memimpin transformasi digital dan amalan audit prestasi.

DATAVLT telah memperoleh pegangan dalam QED Consulting yang pastinya akan menjadi salah satu perkongsian kuasa besar pertama Singapura antara firma perunding pengurusan dan pendahulu bagi aplikasi rantaian blok.

Sebagai sebuah syarikat teknologi disruptif, DATAVLT meramalkan bahawa kejayaan perniagaan pada masa depan akan ditentukan oleh permintaan pengguna. Pemahaman tentang keperluan, keutamaan, tingkah laku dan keinginan pelanggan akan menjadi tumpuan semua keputusan perniagaan. DATAVLT melihat perkongsian ini sebagai langkah penting ke arah transformasi digital yang sebenar. Ia merupakan peluang untuk berubah daripada hanya sekadar mempunyai maklumat dan data digital dan melaksanakan analitik yang berhubung kait secara besar-besaran.

Michelle Yeo, salah seorang Pengasas Bersama DATAVLT akan menyertai pasukan pengurusan kanan QED. "Perkongsian antara DATAVLT dan QED Consulting ini menawarkan proposisi nilai yang sangat unik yang mana kami menggabungkan yang terbaik daripada analitik data dengan pengesyoran strategik bagi mencipta peluang baharu untuk memahami pelanggan pada tahap yang lebih mendalam berbanding sebelum ini. Sebaliknya, lambakan data ini menyaksikan beberapa kejadian ketirisan data berprofil tinggi dan dengan itu berlakunya beban privasi data yang memberikan gambaran kemungkinan wujudnya prospek masa depan dystopian. Perkongsian antara teknologi rantaian blok proprietari DATAVLT dengan QED merupakan satu langkah ke arah ekonomi digital sebenar," kata Yeo.

"Kami berasa amat teruja untuk meluaskan pengesyoran strategik kami bagi menawarkan penyelesaian masa depan dengan keupayaan DATAVLT," kata Lim.

Bermula dengan kerajaan kepada perusahaan multinasional, kebolehan yang bukan sekadar untuk menganalisis bahkan menghubung kait data dengan cekap dan tepat adalah aset penting untuk semua organisasi. Dalam ekonomi digital ini, firma-firma yang tidak berubah untuk memahami pelanggan mereka melalui data bakal menempah kegagalan.

Latar Belakang DATAVLT

DATAVLT adalah platform analitik data yang tangkas, inovatif dan atas permintaan, dijamin oleh teknologi rantaian blok yang diwujudkan untuk memberikan pengguna dengan maklumat bersepadu dan berhubung kait. Disokong oleh keupayaan kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin, platform ini memperkasa perusahaan untuk memperoleh pemahaman bermakna terhadap data raya dan menganggar kos dengan cekap. Pada asasnya, DATAVLT adalah platform pengurusan data/maklumat hujung-ke-hujung. Hubungi kami di datavlt.com

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180607/2154400-1LOGO
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180607/2154400-1LOGO-a

Source: DATAVLT
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Licensing/marketing agreements New products/services Blockchain Financial Technology