omniture

Huawei Dendangkan Simfoni Transformasi Digital di CEBIT 2018

Bermula Dengan Inovasi Teknologi hinggalah Terajui Transformasi Digital, Huawei Bantu Perusahaan Berjaya dalam Dunia Digital
Huawei
2018-06-12 12:22 1292

HANNOVER, Jerman, 12 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Mulai 11 Jun hingga 15 Jun, Huawei akan berada di CEBIT 2018 bagi mempamerkan inovasi-inovasi digitalnya di bawah tema "Menerajui ICT Baharu, Laluan Menuju Transformasi Digital." Semasa acara ini, Huawei akan memperkenalkan visi, teknologi, platform dan perkembangan ekosistem baharunya, sekaligus mendendangkan "simfoni transformasi digital" bersama lebih seratus pelanggan dan rakan kongsi.

Transformasi digital menjadi satu kemestian untuk semua perusahaan dan sama seperti simfoni, ia menuntut semua teknologi untuk bergabung tenaga secara harmoni bagi memacu inovasi dan pertumbuhan. Berkeluasan lebih 3,000 meter persegi, reruai pameran Huawei di CEBIT 2018 akan mempamerkan produk-produk ICT terkini mencakupi pengkomputeran awan, IoT, AI, Data Raya dan platform digital; serta pusat data yang dinaik taraf, kampus perusahaan, eLTE dan penyelesaian komunikasi perusahaan. Penyelesaian-penyelesaian ini digunakan dalam pelbagai sektor seperti Bandar Pintar, lapangan terbang, kewangan, tenaga dan pengilangan. Di samping itu, Huawei akan berkongsi amalan terbaiknya dalam transformasi digital dan meneroka dunia digital masa depan bersama para tetamu, membantu membentuk simfoni transformasi digital.

Bersama-sama lebih 100 rakan kongsi, Huawei mengambil bahagian dalam CEBIT 2018 dan mempromosikan transformasi industri digital.
Bersama-sama lebih 100 rakan kongsi, Huawei mengambil bahagian dalam CEBIT 2018 dan mempromosikan transformasi industri digital.

Dendangkan Simfoni Transformasi Digital di CEBIT

Yan Lida, presiden Huawei Enterprise BG, berkata, "Sebagai mutiara berkilauan untuk muzik Eropah, Jerman merupakan lokasi lahirnya komposer bagi simfoni yang hebat. Transformasi digital dapat dilihat sebagai satu simfoni, yang mana Huawei berganding bahu bersama pelanggan dan rakan kongsinya secara harmoni melalui penyelarasan awan-paip-peranti. Di CEBIT kali ini, identiti visual Huawei ialah simfoni transformasi digital. Berdasarkan amalan terbaik global kami dalam pelbagai industri, kami bekerjasama dengan pelanggan serta rakan kongsi untuk memperkenalkan platform digital Huawei, aplikasi dan terminal rakan kongsi kami serta manfaat-manfaat untuk pelanggan daripada transformasi digital. Kami akan bersama-sama mendendangkan simfoni transformasi digital. Setiap perusahaan akan bersifat digital pada masa depan, membangunkan platformnya sendiri atau menjadi sebahagian daripada platform. Huawei Enterprise BG komited untuk membangunkan platform digital yang inovatif serta terbuka, membantu organisasi-organisasi mencapai penumpuan dalam teknologi maklumat (IT) dan teknologi operasi (OT), serta penumpuan antara teknologi dan perniagaan. Kami berharap dapat membawakan elemen digital kepada setiap organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya."

Kawasan pameran "Industri & Ekosistem" dan "Teknologi" tonjolkan keupayaan platform digital Huawei

Dalam kawasan pameran Industri & Ekosistem, Huawei bekerjasama dengan lebih seratus rakan sekutu dan rakan penyelesaian termasuk SAP, Honeywell dan Accenture bagi menonjolkan penyelesaian inovatif dan penggunaan yang membuahkan hasil. Penyelesaian dan penggunaan ini meliputi enam industri utama: Bandar Pintar, kewangan, pengilangan, kuasa elektrik, pengangkutan dan jualan. Sebagai contoh, buat julung kalinya Huawei memperkenalkan platform digital Bandar Pintar. Platform ini merangkumi lima keupayaan penyelarasan sumber asas untuk IoT, Data Raya, peta Sistem Maklumat Geografi (GIS), awan video dan komunikasi tertumpu. Keupayaan-keupayaan ini mendayakan bandar-bandar untuk berkongsi pelbagai sumber asas bersama rakan-rakan kongsi ekosistem dengan cekap demi memudahkan pembangunan dan penggunaan aplikasi serta menyokong inovasi tadbir urus bandar. Penyelesaian Lapangan Terbang Pintar 2.0, yang berasaskan ICT baharu seperti IoT, pengkomputeran awan dan Data Raya turut dipamerkan buat julung kalinya di CEBIT. Penyelesaian ini dihasilkan bagi menambah baik aliran maklumat lapangan terbang sekaligus menjamin keselamatan lapangan terbang bagi meningkatkan kecekapan operasi dan mempertingkat pengalaman penumpang dalam seluruh proses menaiki pesawat.

Dalam kawasan pameran Teknologi pula, Huawei memperkenalkan produk dan penyelesaian terkininya yang dibangunkan melalui IoT, awan, AI, 5G dan teknologi canggih yang lain. Ini termasuk penyelesaian Rangkaian dipacu Hasrat (IDN) berorientasi Industri, penyelesaian awan persendirian tindanan penuh kelas perusahaan generasi seterusnya, penyelesaian awan hibrid untuk Azure Stack, platform IoT dinaik taraf, penyelesaian IoT tanpa wayar perusahaan dipertingkat, penyelesaian awan hibrid terkini dan kamera tentuan perisian berasaskan AI yang baru dilancarkan. Ini merupakan julung kalinya Huawei mendemonstrasikan penyelesaian Pusat Data Awan yang lengkap, mencakupi bidang tenaga, IT dan rangkaian; penyelesaian-penyelesaian termasuk penyelesaian awan persendirian tertumpu generasi seterusnya, penyelesaian rangkaian Pusat Data Awan CloudFabric dipacu hasrat, gudang data teragih FusionInsight LibrA dan banyak lagi. Di samping itu, Huawei turut mendemonstrasikan penyelesaian kampus berasaskan AI dan Data Raya, yang menyokong pelbagai akses senario dan pengurusan awan kitar penuh, bagi mencapai keselamatan seluruh rangkaian yang automatik dan pintar.

Huawei bekerjasama dengan pelanggan serta rakan kongsi utama dalam industri gubah simfoni transformasi digital

Dalam tempoh tiga dekad akan datang, pendigitan akan membentuk semula setiap industri dan kepintaran akan memberi impak yang hebat terhadap setiap perusahaan. Perusahaan-perusahaan yang terkemuka dalam industri merupakan pelopor dalam transformasi digital dan kini, 197 syarikat Fortune Global 500, termasuk 45 daripada 100 syarikat terbaik, memilih Huawei sebagai rakan transformasi digital mereka. Di CEBIT 2018, Huawei mengumumkan perkongsian baharu dengan sebilangan syarikat yang terkemuka ini bagi mempercepatkan transformasi digital.

  • Huawei dan Duisburg di Jerman bersama-sama melancarkan "Rhine Cloud" untuk pembangunan Bandar Pintar masa depan. Kedua-dua pihak bersetuju untuk mendigitkan sistem perkhidmatan awam dan memperbaharui jabatan-jabatan kerajaan demi membina infrastruktur bandar moden dan mod operasi.
  • Huawei dan Microsoft melancarkan penyelesaian awan hibrid Azure Stack.
  • Huawei dan Marlon menandatangani MoU dan melancarkan penyelesaian jualan didayakan AI.
  • Huawei, InfoVista dan ARM bersama-sama membangunkan dan melancarkan ekosistem terbuka SD-WAN dan penyelesaian bersama SD-WAN.

Di CEBIT 2018, Huawei akan berkolaborasi bersama rakan-rakan kongsi untuk memperkenalkan himpunan teknologi, memacu minuet ekosistem dan menangani variasi transformasi pelanggan. Mereka akan bersama-sama menggubah simfoni transformasi digital yang hebat.

Reruai Huawei terletak di Kawasan C01 di Dewan 13, Pusat Pameran Hannover, Jerman. Untuk maklumat lanjut mengenai Huawei di CEBIT, sila layari: http://e.huawei.com/topic/cebit2018-en/index.html. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kes pelanggan dunia Huawei menerusi "Terajui ICT Baharu", sila layari: http://e.huawei.com/topic/leading-new-ict-en/index.html.

Maklumat Perhubungan:

Cik Zhang Xin
Tel: +86-13510432741
E-mel: zhangxin83@huawei.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180611/2159524-1

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news