omniture

Ekspo China-CEEC, ZJITS dan CICGF hasilkan keputusan bermanfaat

Information Office of Ningbo Municipal People’s Government
2018-06-14 02:36 1441

NINGBO, China, 14 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Ekspo Pelaburan dan Perdagangan China-CEEC (Ekspo China-CEEC) kali ke-4, bersempena dengan Simposium Pelaburan dan Perdagangan Zhejiang China (ZJITS) kali ke-20 dan Pameran Barangan Pengguna Antarabangsa China (CICGF) ke-17 melabuhkan tirai dengan jayanya di Ningbo, Zhejiang pada 11 Jun lalu.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.prnasia.com/mnr/ningbo_20180612.shtml   

 

 

Night View of Sanjiangkou in Ningbo
Night View of Sanjiangkou in Ningbo

 

Inauguration of China’s first 16+1 Economic and Trade Demonstration Zone
Inauguration of China’s first 16+1 Economic and Trade Demonstration Zone

 

The Third Ministerial Conference of China and Central and Eastern European Countries on Promoting Trade and Economic Cooperation held in Ningbo
The Third Ministerial Conference of China and Central and Eastern European Countries on Promoting Trade and Economic Cooperation held in Ningbo

 

Ningbo Eastern New City
Ningbo Eastern New City

Ekspo berkenaan berjaya melaksanakan peranannya sebagai platform hebat untuk pertukaran dan kerjasama antara China dan negara-negara Eropah Tengah dan Timur (CEEC) dengan keputusan yang melangkaui jangkaan.

Peserta

Lebih 20,000 tetamu menghadiri acara tersebut, termasuk pegawai-pegawai kerajaan dari China dan CEEC, 10,150 pedagang dari 57 negara dan wilayah, wakil-wakil perniagaan daripada syarikat-syarikat yang terkemuka di dunia serta para ilmuwan dari sektor-sektor berbeza.

Pengaruh

Ekspo China-CEEC membawakan beberapa keputusan yang meluas untuk hubungan China-CEEC.

Dalam Persidangan Menteri-menteri China dan Negara-negara Eropah Tengah dan Timur bagi Mempromosikan Kerjasama Perdagangan dan Ekonomi Kali Ketiga pada 7 Jun, empat keputusan utama, iaitu inisiatif kerjasama berhubung e-dagang, inisiatif kerjasama berhubung perdagangan dalam perkhidmatan, mekanisme komunikasi untuk pegawai-pegawai dari kedua-dua wilayah dan perasmian rasmi Zon Demonstrasi Ekonomi dan Perdagangan 16+1, tercapai selepas mengadakan perbincangan yang meluas dan mendalam.

Persidangan-persidangan dan forum-forum lain, termasuk Forum Datuk Bandar China dan CEEC ke-2 turut menyaksikan begitu banyak kesepakatan tercapai.

Projek pelaburan dan kerjasama

Persetujuan berhubung ratusan projek pelaburan dan kerjasama dimeterai semasa acara berkenaan.

Dalam Simposium Pelaburan dan Kerjasama China-CEEC ke-4, kedua-dua wilayah tersebut mencapai 117 persetujuan dengan anggaran pelaburan sebanyak lebih €10 bilion.

Wilayah Zhejiang akan memperkenalkan 232 projek bernilai 367.5 bilion yuan ($57.4 bilion) menurut perjanjian yang ditandatangani semasa ekspo tersebut.

Ningbo, bandar tuan rumah sesi-sesi Ekspo China-CEEC menandatangani perjanjian untuk 180 projek di ekspo tersebut.

Pameran perdagangan

Pameran Khusus CEEC ke-5 menyediakan 310 reruai untuk 257 syarikat dari CEEC, yang mempamerkan 15 jenis produk. Sekitar 350 pembeli China berbincang dengan ahli-ahli perniagaan CEEC.

CICGF tahun ini mempunyai kawasan pameran berkeluasan 85,000 meter persegi dengan 3,050 reruai. 1,063 syarikat dari 12 negara dan wilayah yang mempamerkan 12,000 jenis produk.

Pertukaran budaya

Ceramah mengenai industri pelancongan, pendidikan dan kebudayaan turut mencapai hasil bermanfaat di ekspo tersebut.

Lebih 500 orang dari China dan CEEC mengadakan pertukaran dan kerjasama semasa Minggu Pelancongan China (Ningbo)-CEEC 2018 mulai 6 hingga 10 Jun.

Dalam sektor pendidikan, China dan CEEC menandatangani 17 perjanjian kerjasama dalam Forum untuk Kerjasama Pendidikan China (Ningbo)-CEEC ke-5.

Aktiviti negara tetamu kehormat, Latvia, menganjurkan beberapa ceramah dan pameran di seluruh Ningbo, seperti pesta makanan dan pameran seni.

Publisiti

Acara tersebut menggamit perhatian daripada sejumlah besar outlet media. Lebih 380 wartawan dari seluruh dunia membuat liputan mengenai acara tersebut dan melaporkan aktiviti-aktiviti berkenaan dari sudut-sudut berbeza. Setakat 11 Jun, terdapat 3,757 bahan berita diterbitkan.

Video - https://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/201806/ningbo/video.mp4 
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180612/2160900-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180612/2160900-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180612/2160900-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180612/2160900-1-d

Source: Information Office of Ningbo Municipal People’s Government
Keywords: Banking/Financial Service Outsourcing Businesses Trade show news