omniture

Huawei dan Purple Bersama-sama Perkenal Penyelesaian Pemasaran Persis Bertumpu Perniagaan Maksimumkan Nilai Perniagaan

Huawei
2018-06-14 02:46 1405

HANNOVER, Jerman, 14 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Di CEBIT 2018, Huawei dan Purple, penyedia perkhidmatan aplikasi Wi-Fi yang terkemuka dalam industri, bersama-sama mengumumkan Penyelesaian Pemasaran Persis Bertumpu Perniagaan untuk pasaran perniagaan. Penyelesaian bersama ini dibangunkan bersama-sama CloudCampus Huawei, menggunakan seni bina rangkaian tertumpu Wi-Fi dan IoT serta menggabungkan platform pengurusan awan terbuka dan aplikasi perniagaan matang Purple. Dengan menggunakan penyelesaian ini, perniagaan-perniagaan dapat memahami pelanggan dan lokasi mereka dengan lebih baik, membina kesetiaan pelanggan yang lebih baik serta memperoleh lebih banyak pendapatan, seraya memaksimumkan nilai perniagaan.

Era 'Jualan Baharu' yang dipacu oleh penumpuan pada pengalaman dan Data Raya telah tiba. Penyatuan pantas antara dunia dalam talian (digital) dan luar talian (fizikal) membawa kepada peningkatan transformasi model perniagaan yang versatil. Sebagai contoh, pengalaman pelanggan keseluruhan perlu ditingkatkan dan kos pengendalian harus dikurangkan dengan banyaknya. Dalam segmen-segmen seperti pusat beli belah dan pasar raya, lapangan terbang dan bandar tanpa wayar, inovasi model perniagaan jualan dipacu oleh Wi-Fi komersial sudahpun berlaku.

Penyelesaian CloudCampus Dipacu Hasrat Huawei, yang amat sesuai untuk rangkaian kampus perusahaan, menyediakan seni bina rangkaian pintar, ringkas, ultra jalur lebar, terbuka dan selamat. Aplikasi perniagaan Purple dibangunkan bersama-sama infrastruktur CloudCampus Huawei dan melalui analitik Data Raya bertumpu perniagaan, Purple membantu perniagaan-perniagaan membangunkan keupayaan pemasaran persis mereka. CloudCampus Huawei mendayakan model-model perniagaan pemasaran persis dengan menyediakan keupayaan baharu termasuk yang berikut:

  • Rangkaian tanpa wayar berprestasi tinggi dengan penumpuan IoT: AP4050DN-E Huawei mempunyai tiga slot terbina dalam untuk modul-modul IoT bagi menyatukan rangkaian Wi-Fi dan IoT. Ini menghasilkan pengurusan tertumpu, menyingkirkan pelaburan berulang dan mengurangkan TCO.
  • Platform rangkaian terurus awan: Platform pengurusan awan Huawei menyediakan pelbagai API ke utara beraneka, meliputi pengesahan dan perakaunan, lokasi terminal dan status terminal. API ini menyediakan asas untuk bekerjasama dengan platform perniagaan rakan industri dan membantu menyediakan aplikasi perniagaan seperti perakaunan fleksibel, analisis aliran pelanggan dan tolakan maklumat tepat. Penyelesaian rangkaian terurus awan Huawei menyokong mod penggunaan awan persendirian, menjamin keselamatan data perniagaan.

Eric Law, Ketua Pegawai Hasil Global di Purple berkata: "Kami berbesar hati dapat memeterai satu perkongsian global dengan Huawei. Huawei komited untuk membina dunia pintar yang terhubung sepenuhnya. Purple bersedia untuk bekerjasama dengan Huawei bagi menyerlahkan potensi penuh rangkaian Wi-Fi. Dengan melakukan sedemikian, nilai berpanjangan dapat diwujudkan untuk pelanggan dan membolehkan lebih ramai pengguna perusahaan mengubah dan beradaptasi secara proaktif serta memperoleh peluang-peluang baharu."

Zhong Kaisheng, Presiden Switch & Enterprise Gateway Product Line Huawei, berkata: "Kerjasama dapat memangkinkan kemakmuran perniagaan. Penyelesaian CloudCampus Huawei didatangkan dengan seni bina terbuka pada semua peringkat dan dapat berkolaborasi dengan berkesan melalui penawaran daripada rakan kongsi. Kami percaya bahawa penyelesaian bersama Purple dapat menyediakan asas kukuh untuk inovasi perkhidmatan kepada pelanggan perniagaan global. Menuju masa depan, Huawei berharap dapat berkolaborasi dengan lebih ramai rakan kongsi terkemuka dalam industri untuk bersama-sama memajukan dunia pintar yang terhubung sepenuhnya."

Huawei bersama-sama rakan kongsi dan pelanggannya mempamerkan penyelesaian transformasi digital baharu untuk menyusun simfoni digital di CEBIT mulai 11-15 Jun di Jerman, lokasi asal muzik klasik. Ia turut menganjurkan aktiviti-aktiviti dan berkongsi amalan terbaik berkisarkan Pengkomputeran Awan, Kecerdasan Buatan (AI), Data Raya, Internet Komunikasi Benda (IoT) dan Perangkaian Tentuan Perisian (SDN), kesemuanya memainkan peranan kritikal dalam transformasi digital masa kini.

Reruai Huawei terletak di Kawasan C01 di Dewan 13, Pusat Pameran Hannover, Jerman. Untuk maklumat lanjut mengenai Huawei di CEBIT, sila layari: http://e.huawei.com/topic/cebit2018-en/index.html. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kes pelanggan dunia Huawei menerusi "Terajui ICT Baharu", sila layari: http://e.huawei.com/topic/leading-new-ict-en/index.html.

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Telecommunications Wireless Communications Licensing/marketing agreements