BEIJING, June 14, 2018 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co, Ltd (Nasdaq: JASO), pengeluar terkemuka dunia produk kuasa solar yang berprestasi tinggi, hari ini mengumumkan bahawa ia menubuhkan satu subsidiari baharu di Korea Selatan untuk meluaskan lagi kehadirannya di rantau ini.
Pada tahun 2001, JA Solar memasuki pasaran Korea Selatan, membekalkan sel solar kepada pelanggannya. Dengan kualiti produk yang cemerlang, JA Solar telah mendapat pengiktirafan yang ketara daripada para pelanggan, dan membina asas pelanggan yang mantap selama bertahun-tahun. Pada bulan November 2016, JA Solar berjaya mendapat pensijilan modul KS (Korean Industrial Standards), yang membuktikan bahawa produknya mematuhi piawaian pensijilan negara di Korea Selatan. Seterusnya, JA Solar secara rasmi memasuki pasaran Korea Selatan, menyediakan modul solar kepada pelanggan tempatan. Dengan penubuhan subsidiarinya di Korea Selatan, JA Solar dapat menyediakan pelanggan-pelanggan di rantau ini dengan sokongan dan perkhidmatan yang berkesan dan tepat pada masanya, meningkatkan pengaruhnya di pasaran Korea Selatan, dan mengembangkan lagi jejak globalnya.
Produk solar berkecekapan tinggi diterima dengan baik di pasaran Korea Selatan. JA Solar komited dalam menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan modul solar yang berprestasi tinggi, mengoptimumkan pulangan pelaburan pelanggan dan memenuhi permintaan mereka untuk produk berkualiti tinggi. JA Solar telah memanfaatkan reputasi kukuhnya dalam pasaran untuk membina hubungan perniagaan yang rapat dengan beberapa syarikat yang terkenal, termasuk KT, GS Group, Hyundai Group, SK Group, Posco Group, ETA Solar, dan sebagainya.
Encik Baofang Jin, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif JA Solar, mengulas, "JA Solar mempunyai lebih daripada 20 cawangan di seluruh dunia. Kami yakin tentang prospek dan gambaran perniagaan di pasaran solar Korea Selatan, dan percaya subsidiari kami yang baharu akan meningkatkan keupayaan kami untuk menyediakan perkhidmatan tersuai yang hebat dan tepat pada masanya kepada para pelanggan kami di rantau ini. Tambahan pula, subsidiari baharu ini akan membolehkan kami meningkatkan kesedaran jenama dan menjadi pembekal modul solar terkemuka, dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan tenaga boleh diperbaharui di Korea Selatan. "