omniture

BIGO LIVE lancar Cube TV di Malaysia beri pemain peningkatan dalam arena eSukan

BIGO
2018-06-14 16:09 1108

KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 Jun 2018 /PRNewswire/ -- BIGO LIVE - Syarikat internet paling pesat berkembang di Singapura mengumumkan pelancaran rasmi Cube TV di Malaysia hari ini. Perkhidmatan baharu ini akan memberi tumpuan kepada penstriman langsung permainan mudah alih, arena esukan dan pusat membeli-belah permainan untuk memenuhi keperluan dan permintaan pemain. Cube TV merupakan salah satu daripada empat aplikasi yang dilancarkan oleh BIGO dalam usaha mereka untuk menyediakan penyiaran video utama dan produk dan perkhidmatan yang berkaitan VoIP di seluruh dunia.

Cube TV officially launched in Malaysia and the service is focused on mobile gaming livestreaming with aims to give gamers in Malaysia a set up in the eSports arena.
Cube TV officially launched in Malaysia and the service is focused on mobile gaming livestreaming with aims to give gamers in Malaysia a set up in the eSports arena.

Aplikasi ini juga menawarkan teknologi maju yang membolehkan penstriman video masa sebenar berkualiti tinggi dengan kependaman yang sangat singkat. Cube TV membolehkan penggunanya untuk menonton strim langsung dan video dalam Blu-ray dan akan melancarkan 8M Blu-ray dan 20M HD penuh untuk video dan penstriman langsung pada masa akan datang.

Cube TV menepati sasaran untuk menyediakan pengalaman nilai tambah yang terhebat yang boleh ditawarkan oleh platform penstriman langsung, dengan ciri-ciri termasuk hadiah percuma untuk penonton, sistem mata untuk ganjaran, pengenalan kepada trend permainan yang paling popular, berita terkini, dan liputan langsung esukan yang kompetitif.

Dengan lebih 200 juta pengguna berdaftar dan kehadiran di lebih seratus negara (termasuk Korea Selatan, Jepun, Amerika Syarikat, dan Australia), pelancaran Cube TV di Malaysia merupakan pencapaian penting bagi BIGO LIVE.

"Dengan pelancaran Malaysia bagi Cube TV, kami berharap dapat menyumbang kepada persada e-permainan dan membuka peluang untuk para pemain di Asia. Idea di sebaliknya adalah untuk mewujudkan persekitaran permainan bertenaga di mana kami menyediakan peluang kepada pengguna untuk berinteraksi dan bertanding antara satu sama lain dalam arena permainan. Selain itu, ia membolehkan para pemain meluaskan hubungan rakan-rakan untuk berkongsi minat dengan mereka yang sealiran. Dalam jangka masa panjang, kami berharap dapat menyumbang kepada persada e-permainan dan memberi peluang untuk para pemain di Asia berinteraksi dan bertanding antara satu sama lain dalam suasana sosial yang menyeronokkan dan sihat dan juga membina kerjaya permainan profesional. Kami telah menandatangani perjanjian dengan e-pemain profesional dan mengharapkan untuk melihat lebih banyak PRO dan rakan yang berkaitan dengan permainan untuk kerjasama masa depan. Sebagai sebahagian daripada peluasan strategik berikutan kejayaan pusingan pembiayaan siri D, saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Malaysia pastinya merupakan salah satu pasaran utama di Asia Tenggara untuk kami. Dengan pembiayaan US$272 juta melalui YY Inc. sebagai pelabur utama baru-baru ini, BIGO akan terus melabur sumbernya, dan terus memastikan platform ini kekal bermutu dan selamat untuk para pengguna kami, pada kedua-dua platform hiburan dan penstriman langsung permainan mudah alih," kata James Chen, Pengurus Serantau BIGO.

James Wang, Naib Presiden BIGO menambah, "BIGO telah berada di barisan hadapan penyelidikan & pembangunan kecerdasan buatan global (AI) dan baru-baru ini membuka kemudahan penyelidikan di Singapura dan akan mencari 100 bakat-bakat terhebat AI di seluruh dunia.  Kumpulan ini berharap dapat berkhidmat kepada sektor awam dan swasta dengan penyelesaian teknologi AI dan menjadi peneraju dalam segmen ini. Walaupun kini ia dibiayai dengan baik, kami sentiasa meneroka kemungkinan untuk penggabungan dan pengambilalihan strategik yang sesuai dalam rantaian industri. "

Alan Ting, Naib Presiden Jualan, MOL, "BIGO ialah salah satu daripada rakan strategik kami dan kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Cube TV untuk memacu landskap permainan mudah alih. Kami telah bekerjasama dengan BIGO LIVE sejak mereka baharu bermula. MOL berbesar hati menjadi salah satu daripada rakan kongsi utama mereka dan kami sedang berbincang rancanga lebih lanjut untuk menjalin kerjasama yang lebih mendalam untuk memacu bukan hanya Malaysia tetapi juga seluruh rantau ini demi membawakan lebih banyak manfaat pengguna kepada kedua-dua pihak. "

BIGO akan meneruskan tumpuannya untuk mengukuhkan kedudukan dalam kedua-dua penstriman hiburan dan permainan dan kini memperoleh lebih banyak penggiat utama dan rakan kongsi untuk meningkatkan kerjasama global.

Para pengguna akan dapat mengikuti perkembangan terbaru dalam arena sukan kerana aplikasi ini telah memperoleh hak eksklusif untuk menyiarkan acara dan pertandingan esukan yang paling popular di platform. Pengguna boleh menyaksikan beberapa permainan video esukan paling popular di dunia seperti PUBG Mobile, League of Legends dan DOTA2.

Oleh kerana penglibatan besar-besaran Cube TV dalam persada esukan, ramai pasukan esukan turut menyertai platform untuk berlatih bermain antara waktu pertandingan, serta berinteraksi dengan peminat.

Ia bukan hanya memberikan perkhidmatan kepada bakat esukan, bahkan juga kepada golongan berpengaruh permainan yang utama. Cube TV membuat peningkatan untuk memberikan pengguna peluang menjadikan profesional. Dengan rancangan untuk merekrut dan melatih beribu-ribu penyiar internet dari rantau yang berbeza, Cube TV sentiasa menyediakan sumber yang diperlukan untuk membantu individu-individu ini memulakan keghairahan sebagai penstrim.

Para penonton juga mendapat manfaat daripada penggunaan Cube TV kerana perkhidmatan menyediakan mereka dengan pelbagai insentif bermula dengan hadiah percuma, sistem penebusan mata, pusat membeli-belah dalam talian, ribuan video untuk ditonton dan banyak lagi.

Cube TV kini tersedia di Google Play dan iOS. Bagaimanapun, oleh sebab ia merupakan perkhidmatan penstriman, pelanggan mesti memiliki permainan untuk bermain, kerana platform ini tidak memberikan permainan percuma kecuali melalui pemberian ganjaran.

Laman Sesawang Rasmi: https://cubetv.sg
Facebook:@CubeTVofficial 
Instagram: @cubetvofficial 
Twitter: @CubeTVofficial

BIGO Group

BIGO TECHNOLOGY PTE LTD adalah syarikat Internet Singapura yang berkembang pesat. Kami menumpukan pada penyiaran video dan produk dan perkhidmatan berkaitan VoIP di seluruh dunia. Produk kami termasuk BIGO LIVE (komuniti strim langsung mudah alih), Cube TV (komuniti permainan strim langsung), SUKAN (komuniti pembuat magic video ), Hello Yo (bilik sembang suara).

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180613/2162124-1

Source: BIGO
Keywords: Broadcast Technology Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet VoIP New products/services