BEIJING, 19 Jun 2018 / PRNewswire / -- JA Solar Holdings Co, Ltd (Nasdaq: JASO), sebuah syarikat pengeluar utama produk kuasa solar yang berprestasi tinggi, hari ini mengumumkan bahawa ia telah dianugerahkan "2018 Top Performer" oleh DNV GL, pakar tenaga bebas dan institut pensijilan yang terkenal di dunia. Ini merupakan kali ketiga JA Solar menerima anugerah ini. Pada 2014 dan 2016, JA Solar meluluskan ujian produk dan menerima pensijilan produk dari PVEL (anak syarikat milik penuh DNV GL) dan memenangi "Top Performer".
DNV GL mempunyai reputasi mantap dalam industri fotovoltaik. Laporan Kad Skor Keandalan Modul PV tahunannya meliputi ujian dan analisis produk modul daripada pelbagai pengeluar, dan dianggap sebagai penilaian yang paling komprehensif terhadap keandalan modul PV. Penghormatan "Top Performer" adalah berdasarkan Kad Skor Keandalan Modul PV DNV GL. Ujian keandalan meliputi kitaran hayat produk yang lengkap, yang merangkumi kitaran haba IEC, haba lembab, radiasi ultraviolet, beban mekanikal yang dinamik, pelemahan PID dan ujian tempat panas. Keputusan ujian menyediakan pelabur peralatan PV yang berpotensi dan pelabur loji kuasa dengan rujukan berwibawa.
JA Solar komited terhadap penyelidikan dan pembangunan modul solar berkecekapan tinggi yang dihasilkan secara besar-besaran, dan dapat mengurangkan kos elektrik purata (LCOE) dengan berkesan. Sama ada pembangunan dan pengeluaran besar-besaran produk PERC, atau pengenalan 1500V dan mod dwikaca PERC dwimuka, JA Solar sentiasa berada di barisan hadapan industri. Anugerah "Top Performer" DNV GL menunjukkan lagi kemantapan dan kemampuan teknikal JA Solar untuk menyediakan produk solar yang berprestasi tinggi dan sangat andal.
Untuk maklumat lanjut sila lawati www.jasolar.com
Xiaorui Sun
+86-10-6361-1888 x1698
bj.sunxr@jasolar.com