omniture

Cahaya Vivid Sydney 2018 Dipadam

Destination NSW
2018-06-19 10:40 1560

SYDNEY, 19 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Tirai Vivid Sydney 2018 dilabuhkan tidak lama setelah berlangsungnya pameran Cahaya, Muzik dan Idea selama 23 hari dan malam yang luar biasa. Cahaya dipadam pada jam 11 malam Waktu Standard Timur Australia (AEST) pada hari Sabtu 16 Jun merentasi sembilan presint Vivid Sydney yang diterangi warna dan daya kreativiti sepanjang tiga minggu lalu.

Untuk rakaman acara kemuncak berkualiti siaran Vivid Sydney yang boleh dimuat turun, sila klik di sini.

Untuk imej bererolusi tinggi, sila klik di sini atau kunjungi Pusat Media Vivid Sydney. 

Tidak lama lagi matahari akan terbenam pada malam terakhir Vivid Sydney 2018.
Tidak lama lagi matahari akan terbenam pada malam terakhir Vivid Sydney 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif Destination NSW dan Penerbit Eksekutif Vivid Sydney Sandra Chipchase berkata, "Sekali lagi Vivid Sydney menginspirasikan dan menghiburkan penduduk tempatan mahupun pengunjung, mempamerkan daya kreativiti, inovasi dan teknologi terbaik dunia di Harbour City kami."

"Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah mengunjungi Vivid Sydney dari serata dunia tahun ini."

Metamathemagical di layar Panggung Opera Sydney ikonik mengungguli senarai pemasangan Vivid Sydney 2018 yang paling banyak dimuatkan dalam Instagram menerusi arca cahaya digital yang luar biasa, diilhamkan oleh motif-motif Australia yang dapat dikenali mencakupi sains, alam semula jadi dan budaya.

Penarik tumpuan terulung 1000 Cranes di The Rocks berkongsi pesanan untuk menyebarkan "harapan" dan menjadi terkenal dalam kalangan peminat festival sebagai paparan Vivid Sydney Light kedua paling banyak dimuatkan dalam Instagram. Pemasangan tersebut mengundang pengunjung untuk berjalan-jalan di bawah kanopi kren origami ajaib tatkala ia bergemerlapan dengan pelbagai warna fotogenik. Para pengunjung tidak melepaskan peluang unik untuk merakam watak kegemaran Australia, Snugglepot and Cuddlepie mengenang kembali pengembaraan mereka di bahagian depan Customs House dan projeksi tersebut menjadi paparan ketiga paling banyak dimuatkan dalam Instagram untuk festival tersebut.

Metamathemagical
Metamathemagical

 

1000 Cranes
1000 Cranes

 

Snugglepot and Cuddlepie
Snugglepot and Cuddlepie

Pengarah Kreatif Vivid Sydney dan Kurator Cahaya, Muzik dan Idea turut berkongsi detik-detik paling tidak dapat dilupakan untuk tahun 2018.

Ignatius Jones, Pengarah Kreatif Vivid Sydney - The Liminal Hour, Barangaroo  

"Ketika saya pertama kali menyaksikan 'Great Woman', Marri Dyin setinggi enam meter di Barangaroo, yang terlintas hanyalah, 'wah'. Tatkala menyaksikan makhluk gergasi bercahaya ini berjalan ke arah saya, dengan ketinggian melebihi segala-galanya, saya berasa amat kagum," kata En, Jones.

"Bagi saya, apa yang paling indah dengan The Liminal Hour ialah cara alami dan kolaboratif apabila semua orang berhimpun untuk mencipta makhluk kontemporari ini. Ia mencakupi ciri fizikal dan falsafah kawasan yang dihuni olehnya - kulitnya berkilauan dengan pendarbaiduri kerang tiram, pergerakannya adalah seakan-akan pokok-pokok yang meliuk lentok ditiup angin, ia menghidupkan semula tanah dengan api bagi memberi kehidupan dan ia tinggal berdekatan dan terhubung dengan air."

Anthony Bastic, Kurator Cahaya untuk Vivid Sydney - Oasis, Taman Botani Diraja Sydney

"Saya benar-benar menyukai naratif padu yang dibawakan oleh para artis di James Feng Design yang memperingati memori kanak-kanak Australia yang 'dilupakan' yang membesar di pusat jagaan; di rumah anak-anak yatim, rumah kanak-kanak, jagaan peliharaan dan institusi-institusi."

"Mereka mempersembahkan topik tersebut dengan cara yang begitu indah, dan ia menjadi suatu pengalaman yang agak menyentuh buat pengunjung yang menyaksikan pemasangan tersebut. Anda dapat merasakan ketenangan yang melimpahi pengunjung, ia merupakan detik emosi dan hubungan yang kuat buat pengunjung semasa Vivid Sydney," kata En. Bastic.

Stephen Ferris, Kurator Muzik untuk Vivid Sydney - Young Hearts Run Free 

"Lebih dua puluh tahun lamanya sejak Baz Luhrmann mengagumkan kami dengan Romeo + Juliet maka idea untuk berpakaian dalam majlis tari menari bertopeng seperti contoh unggul adegan parti daripada filem dan mengalami versi runut bunyi amat asli Newtown adalah sesuatu yang tidak dapat dilepaskan," kata En. Ferris.

Tory Loudon, Kurator Idea untuk Vivid Sydney - The Mark Colvin Conversation

"Perbualan tersebut merupakan perdebatan berkeluh kesah yang benar-benar menepati gaya juruhebah hebat terdahulu. Kumpulan tersebut benar-benar dapat memberi tumpuan utama kepada isu kreativiti di sekolah-sekolah dan saya menyukai gabungan antara subjek yang sangat topikal yang dikaji secukupnya menurut perspektif-perspektif berbeza," kata Cik Loudon.

Latar Belakang Vivid Sydney

Vivid Sydney ialah festival cahaya, muzik dan idea terbesar di dunia dan kini merupakan acara yang terbesar di Australia. Selama 23 hari, bermula pada 25 Mei hingga 16 Jun 2018, acara ini mengetengahkan Sydney dan mengukuhkan kedudukannya sebagai pusat tumpuan cahaya, kreativiti, muzik termaju, perbualan menarik dan pertukaran idea-idea baharu. Festival ini dimiliki, diurus dan diterbitkan oleh Destination NSW, agensi pelancongan dan acara utama Kerajaan NSW. Pada tahun 2017, Vivid Sydney berjaya menarik 2.33 juta pengunjung yang mencatat rekod dan menyuntik lebih $143 juta ke dalam ekonomi pengunjung NSW. Untuk maklumat lanjut layari www.vividsydney.com

PERTANYAAN MEDIA:

Sarah Quinn
Destination NSW                              
P: +61 448 877 752
E: sarah.quinn@dnsw.com.au

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180616/2164494-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180616/2164494-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180616/2164494-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180616/2164494-1-d

Source: Destination NSW
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Leisure/Travel/Hotels Travel