omniture

Pameran Lampu Antarabangsa (Guzhen) China ke-22 (Musim Luruh): Tujuh Tarikan untuk Pembeli Global

China (Guzhen) International Lighting Fair
2018-06-21 00:03 2738

GUZHEN, China, 21 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Ibu Kota Lampu China -- bandar Guzhen ialah sumber asal lampu, yang menempati lebih 70% daripada bahagian pasaran lampu domestik. Sebagai lokasi perniagaan terkenal Guzhen, Pameran Lampu Antarabangsa (Guzhen) China (selanjutnya GILF) telahpun diadakan selama 19 tahun. Apakah sorotan utama yang istimewa dalam pameran musim luruh ini (22-26 Oktober 2018) Tujuh tarikan ditunjukkan di bawah bersama beberapa data.

Pameran Lampu Antarabangsa (Guzhen) China ke-22 (Musim Luruh): Tujuh Tarikan untuk Pembeli Global
Pameran Lampu Antarabangsa (Guzhen) China ke-22 (Musim Luruh): Tujuh Tarikan untuk Pembeli Global

 

Pameran Lampu Antarabangsa (Guzhen) China ke-22 (Musim Luruh): Tujuh Tarikan untuk Pembeli Global
Pameran Lampu Antarabangsa (Guzhen) China ke-22 (Musim Luruh): Tujuh Tarikan untuk Pembeli Global

 

Pameran Lampu Antarabangsa (Guzhen) China ke-22 (Musim Luruh): Tujuh Tarikan untuk Pembeli Global
Pameran Lampu Antarabangsa (Guzhen) China ke-22 (Musim Luruh): Tujuh Tarikan untuk Pembeli Global

I . 2,000 Pempamer

Berdasarkan kluster industri pengeluaran dan perdagangan lampu Guzhen, pameran ini menghimpunkan lebih 2,000 perusahaan berkualiti tinggi. Bagi mencipta jenama serantau "Lampu Guzhen" dengan strategi pembangunan perindustrian dipacu inovasi, pameran ini  akan mengadakan pesta belian lampu profesional, berorientasikan pasaran, berjenama dan bersifat antarabangsa pada musim luruh.

II . Kawasan Pameran: 1,500,000 m2

Pameran ini memanfaatkan mod hubungan "1+7" antara Pameran & Kedai Mega. Lokasi utama Pusat Konvensyen dan Pameran Guzhen akan bekerjasama dengan sub-tempat, menjadikan jumlah kawasan pameran seluas lebih 1,500,000 m2.

Sub-tempat

Kelebihan

Ruang (meter persegi)

Bilangan kedai

Lihe Lighting Expo Centre

Kedudukan bersepadu 3+1

550,000

460

Huayi Plaza

Pemadanan komprehensif 1+5

420,000

336

Star Alliance Lighting Center

Penyepaduan jenama lampu terkenal

360,000

356

Lighting Era Center

Model pemasaran pengalaman antarabangsa, dewan lampu tujuh bintang

79,000

106

Besun Lighting Plaza

Pusat beli belah sehenti (jualan, borong, kejuruteraan, dsb.)

100,000

73

Huayu Plaza

Platform pembelian bersepadu untuk kelengkapan rumah gaya Cina

50,000

23

China International Streetlight City

Pusat Ekspo lampu luar LED paling besar di dunia

200,000

72

III . 26,000 Perusahaan

Pameran ini memanfaatkan mod inovatif "pameran depan, kilang belakang" bagi mewujudkan kecekapan kos yang amat tinggi. Pada masa kini, Guzhen mempunyai 26,000 perusahaan lampu dan aksesori, 8,960 peniaga lampu dan puluhan kedai lampu profesional dengan jumlah kawasan pameran seluas lebih 3000,000 m2. Di samping itu, ia mempunyai 3 tanda dagangan tersohor di China, 7 produk jenama terkenal dan 11 tanda dagangan ternama di Guangdong. Jumlah eksport tahunannya melebihi 370 juta dolar dan produk-produk dieksport ke lebih 130 negara dan kawasan (Hong Kong, Macau dan Taiwan, Eropah dan Amerika, Asia Tenggara, Korea Selatan, Jepun, Rusia, dsb).

IV . 2 Rangkaian Pameran

GILF (Musim Luruh) kali ke-22 akan diadakan serentak dengan Pameran Pengilangan Guzhen. Pameran pengilangan ini akan membangunkan dewan luar D dan E baharu bagi mencakupi rantaian industri lampu huluan dan hiliran serta memanfaatkan sepenuhnya sumber-sumber pengilangan perindustrian, manakala GILF menumpu pada bahagian pertengahan rantaian. Dengan cara ini, kedua-dua pameran saling melengkapi antara satu sama lain dan membina hubungan yang padu.

V . Dewan Pameran dengan 9 Tema

Lokasi utama akan membuat pembahagian pameran yang sistematik menerusi 9 tema seperti yang berikut:

Dewan A: jenama komprehensif

Dewan B: lampu hiasan, lampu kediaman, produk elektrik dan elektronik

Dewan C: lampu komersial, lampu luar 

Dewan D: Jentera & Peralatan

Dewan E: aksesori lampu, perkhidmatan peredaran komersial

VI . 365 Hari: beroperasi sepanjang tahun

Pameran ini akan terus meningkatkan penyepaduan antara pameran dan rangkaian bagi mencapai perolehan segerak secara dalam talian dan luar talian. Bersama-sama 2,500 syarikat lampu terkenal di dalam dan luar negara serta lebih 20,000 produk berkualiti tinggi, laman sesawang rasmi "Denggle.com" akan memadankan keperluan belian dalam kalangan pembeli tempatan dan luar negara dengan lebih tepat. Pembeli juga berpeluang mencari rakan-rakan sekutu dalam Sistem Pertanyaan Pempamer Dalam Talian Lampu dengan mudah.

VII . Lebih 20 Forum Persidangan Berkualiti

Lokasi utama akan mengadakan lebih 20 acara dan forum berkualiti sepanjang pameran. Pengamal lampu, pakar industri dan kumpulan profesional akan berhimpun bersama-sama untuk berkongsi teknologi lampu dan model-model pasaran paling canggih.

Laman Sesawang: www.denggle.com
Facebook: @guzhenlightingfair

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180619/2166933-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180619/2166933-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180619/2166933-1-c

 

Source: China (Guzhen) International Lighting Fair
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news Future Events