omniture

UNISOC Lancar Platform Cip LTE Quad-teras Paling Bersepadu Dunia SC9832E

UNISOC
2018-06-21 04:46 2574

NEW DELHI, India, 21 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Sebagai subsidiari utama Tsinghua Unigroup, UNISOC, salah sebuah syarikat reka bentuk cip yang terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan pelancaran platform cip LTE Quad-teras paling bersepadu di dunia, UNISOC SC9832E. Platform ini dilihat sebagai pesaing pasaran utama bertaraf global. Dengan penyepaduan lebih tinggi, prestasi lebih kukuh dan penggunaan kuasa lebih rendah, ia akan menjadi penyelesaian pilihan untuk telefon pintar tahap kemasukan 4G.

UNISOC SC9832E mempunyai teknologi pemproses HPC+ 28nm yang matang, menampilkan pemproses 1.4GHz Quad-teras Arm Cortex (TM)- A53. Ia dilengkapi dengan pemproses grafik Mali T820 MP1 pencepatan grafik 3D. Ia menyokong komunikasi Cat 4 5-mod dan keupayaan VoLTE, ViLTE dan VoWiFi.

Dengan teknologi reka bentuk cip yang inovatif, UNISOC SC9832E mempunyai banyak kelebihan kuasa dan prestasi yang kompetitif. Bateri 3000mAh memiliki ketahanan yang sangat baik, mampu mencapai hayat bateri selama 200 jam. Berbanding produk-produk yang serupa dalam pasaran, UNISOC SC9832E mempunyai penggunaan kuasa yang cemerlang dalam semua jenis senario penggunaan. Dalam persekitaran berbilang tugas, penggunaan kuasa ketika siap sedia dikurangkan sebanyak 50% dan dalam penggunaan yang kerap, hayat bateri dapat ditingkatkan sebanyak 40%. UNISOC SC9832E mempunyai prestasi yang lebih tinggi, dengan kedua-dua versi memori 512MB dan 1GB yang disahkan untuk Android Go. Versi Android Go ditanda aras 20% lebih tinggi berbanding produk-produk kompetitif dan permainan mula bertindak balas dengan lancar dan pantas.

Dari segi fungsi kamera, UNISOC SC9832E menyokong sehingga 13 MP kanta kamera. Penggunaan ISP telefon pintar komersial generasi ketiga dapat mencapai kualiti imej yang lebih cemerlang dan penyahkabut keindahan mendalam pada masa sebenar. Dalam masa yang sama, ia mempunyai prestasi tinggi tahap cip terbina dalam 3DNR yang dapat mencapai penyah-hingar super dan meningkatkan pengalaman rakaman waktu malam. Selain itu, dalam konfigurasi multimedia, UNISOC SC9832E dapat menyokong main semula video HD 1080P, paparan skrin HD + (720 × 1440). 

En. Adam Zeng, Naib Presiden Eksekutif Global Unigroup dan Ketua Pegawai Eksekutif UNISOC berkata, "Dalam pasaran yang berkembang dengan adanya peningkatan permintaan dan persaingan sengit, pelancaran platform cip UNISOC SC9832E menetapkan penanda aras baharu untuk produk-produk LTE Quad-teras. Ia telah mencapai penyepaduan, prestasi dan penggunaan kuasa tahap tertinggi di dunia yang dapat membantu pelanggan kami mereka bentuk produk terminal pintar dengan prestasi lebih baik dan lebih berdaya saing demi memenuhi keperluan segmen-segmen pasaran berbeza."

 

Source: UNISOC
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Computer Accessories Semiconductors Telecommunications Wireless Communications New products/services