omniture

Meritus Hotels & Resorts Jalin Kerjasama dengan Travel Prologue Lancar Perkhidmatan Pengedaran Borong Baharu

Meritus Hotels & Resorts
2018-06-21 08:30 1093

SINGAPURA, 21 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Meritus Hotels & Resorts dan Travel Prologue dengan sukacitanya mengumumkan kolaborasi mereka menerusi platform teknologi baharu yang menyediakan data waktu sebenar mengenai ketersediaan bilik hotel serta kadar dinamik dan statik kepada kontraktor luar talian tradisional -- bermula dengan agensi-agensi pelancongan dan pemborong kepada perantara perjalanan korporat.

Meritus Hotels & Resorts, jenama hospitaliti Asia yang memenangi anugerah, mengurus Mandarin Orchard Singapore ikonik yang dipilih sebagai Hotel Bandar Terbaik -- Singapura menerusi Anugerah TTG Annual Travel Tahunan pada tahun 2010 dan secara berturut-turut dari tahun 2013 hingga 2017, serta Hotel Mewah Terbaik -- Asia Pasifik dalam Anugerah Pilihan Travel Weekly Asia Readers 2017. Turut tersenarai dalam portfolio Meritus ialah Marina Mandarin Singapore dan Meritus Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi.

"Hotel-hotel kami dengan lokasi yang strategik menawarkan pilihan penginapan utama kepada pengembara yang mengunjungi Singapura dan Malaysia," kata Adrian Tan, Naib Presiden Serantau-Strategi Jualan & Pendapatan, Meritus Hotels & Resorts.

"Pelancaran platform pengedaran borong baharu ini menjadi satu pencapaian penting dalam kemajuan berterusan kami untuk meningkatkan perkongsian kami bersama kontraktor luar talian, sekaligus memberikan kami kecekapan yang lebih hebat dalam pengurusan saluran pengedaran kami. Hasilnya, kami dapat meningkatkan hasil keseluruhan kami serta membangunkan permintaan asas yang lebih kukuh bagi memaksimumkan pendapatan untuk hotel-hotel kami."

Hasil bertambah baik melalui penglibatan lebih berkesan rakan kongsi perjalanan luar talian tradisional

Melalui penyelesaian platform hotel Trip Affiliates Network ("TA Network") Travel Prologues, hotel dan ejen pelancongan tradisional mereka berserta pemborong akan berupaya berkolaborasi dengan lebih berkesan bagi meningkatkan jumlah perniagaan langsung antara satu sama lain. Khususnya, kini hotel-hotel akan diperkasakan untuk memanfaatkan rakan-rakan kongsi pengedaran perjalanan luar talian mereka untuk menjual sebarang kadar taktikal atau promosi dalam talian yang biasanya hanya disediakan kepada ejen pelancongan dalam talian.

Di samping itu, hotel-hotel boleh meluaskan dan membangunkan jaringan pengedaran yang lebih pelbagai bersama rakan kongsi berkenaan, tanpa mengira lokasi atau zon masa mereka, bagi mewujudkan saluran yang lebih berkesan dan bermakna melalui fungsi ketersambungan waktu sebenar.

Kecekapan dan produktiviti diperingkat melalui pengautomatan proses pengurusan inventori

Proses penyediaan kontrak dan tempahan ejen borong tradisional dengan sebuah hotel biasanya memerlukan pihak hotel dan ejen mengemas kini dan membuat tempahan inventori secara manual dan mendapatkan pengesahan tempahan.

Platform TA Network diwujudkan bagi memanfaatkan penyelesaian teknologi yang diguna pakai oleh hotel-hotel dan ejen-ejen borong bagi memudahkan ketersambungan langsung mereka dan mengautomasikan proses pengurusan inventori. Oleh itu, bukan sahaja hotel dan ejen pelancongan kini berupaya menyingkirkan kesalahan manusia yang berpotensi berlaku bagi mengekalkan kontrak hotel secara manual, mereka juga lebih bersedia untuk mengatur kakitangan untuk usaha-usaha yang lebih produktif.

Ho Siang Twang, Pengarah Eksekutif Travel Prologue menambah, "Selain meraih manfaat daripada hasil yang lebih tinggi, kecekapan dan produktiviti lebih hebat, pelanggan hotel kami juga akan berpeluang melaksanakan kawalan yang lebih besar melalui saluran pengedarannya, mengurangkan risiko bilik dengan lebihan tempahan, khususnya semasa tempoh perjalanan puncak. Dalam proses tersebut, mereka turut meningkatkan pengalaman penempahan untuk pelanggan mereka dengan ketara."

Travel Prologue ialah penyedia teknologi dan perkhidmatan perjalanan yang menumpu untuk membantu rakan-rakan kongsi perjalanan menambah baik kolaborasi kandungan dalam talian dan mengagihkan inventori mereka secara dinamik kepada audiens yang lebih luas.

Untuk maklumat lanjut mengenai Meritus Hotels & Resorts, layari www.meritushotels.com.

 

Source: Meritus Hotels & Resorts
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services