SHANGHAI, 21 Jun 2018/PRNewswire/ --
Mulai 25 Jun hingga 27 Jun 2018, Pameran Pertukangan Kayu Antarabangsa SYLVA WOOD 2018 akan diadakan di Shangai, salah satu acara dunia terbesar dalam bidang pemprosesan balak. Tahun keempat berturut-turut, acara ini menghimpunkan syarikat-syarikat balak yang terkemuka di dunia.
Rusia akan mengambil bahagian dalam pameran ini buat kali kedua, pihak pengeluar Rusia mempamerkan produk-produk mereka di Shanghai di gerai pameran bersama "Industri Balak Rusia" pada tahun 2017. Pengalaman daripada penyertaan tahun lalu memperlihatkan minat syarikat-syarikat Cina dalam pasaran Rusia: interaksi dengan rakan kongsi Asia diperluas dengan ketara dan beberapa kontrak yang saling menguntungkan dimeterai. Hari ini, beberapa projek pelaburan besar dengan penyertaan syarikat-syarikat Cina telahpun dilaksanakan di Rusia.
"Rusia menempati kedudukan utama dari segi jumlah sumber hutan di dunia. Penggunaan berkesan sumber-sumber ini menjadi keutamaan negara kami. Kami bergantung pada tradisi kukuh yang berusia berabad-abad lamanya dan menetapkan sasaran bercita-cita tinggi – pengenalan teknologi pengeluaran baharu, kepuasan permintaan tempatan yang semakin berkembang dan sokongan untuk eksport. Rusia mengambil bahagian dalam SYLVA WOOD buat tahun kedua dan kami dapat menyaksikan pergerakan, pembinaan hubungan yang membuahkan hasil bersama rakan-rakan kongsi Asia kami. Kami perlu terus membangunkan vektor ini, menarik syarikat-syarikat baharu, menyusun misi perniagaan untuk mereka dan memperkenalkan mereka kepada syarikat-syarikat serta kawasan-kawasan kami," kata Viktor Evtukhov, Setiausaha Kerajaan Negeri, Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Persekutuan Rusia.
Pilihan luas produk industri pertukangan kayu negara akan dipamerkan di gerai pameran bersama di bawah jenama umum industri balak negara: pempakejan kertas, kayu tercantum perekat, bahan-bahan struktur untuk pembinaan rumah kayu, pelet, papan lapis, papan OSB, kemasan lantai dan bahan-bahan dinding serta produk pemprosesan termaju balak yang lain.
Pada tahun 2018, pameran Rusia bakal dianjurkan oleh Kementerian Industri dan Perdagangan Persekutuan Rusia bersama-sama Pusat Eksport Rusia. Lapan syarikat besar Rusia akan mendemonstrasikan produk-produk mereka di Shanghai: Latat LLC, Eco-Group LLC, Ilim Timber LLC, Segezha Group LLC, Co. Ltd. WPM Kalevala, EcoHouse LLC, Ustyanskiy Timber Industry Complex LLC (RusTimber™), Italmac Timber Company Ltd.
Sumber: Russian Export Center