omniture

AECOM dan Mushroom VR Super 78 bakal bangunkan teknologi realiti maya

AECOM
2018-06-25 08:20 897

Kolaborasi strategik akan ubah pendekatan industri hiburan tema kepada visualisasi dan proses reka bentuk 

HONG KONG, 25 Jun 2018 /PRNewswire/ -- AECOM, syarikat global terkemuka yang menawarkan perkhidmatan infrastruktur bersepadu, hari ini mengumumkan yang ia telah memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Mushroom VR™, unit milik penuh Super 78, studio reka bentuk dan media taman hiburan bertema yang terkemuka, untuk membangunkan platform kolaboratif yang akan merubahkan proses visualisasi dan reka bentuk taman hiburan bertema. Kedua-dua syarikat berkongsi wawasan untuk merealisasikan idea-idea baru dan inovatif, di samping meningkatkan kualiti dan keberkesanan dalam proses pembuatan keputusan projek.

MOU ini adalah seiring dengan penawaran perkhidmatan pakar AECOM dalam pengurusan projek bersepadu untuk industri hiburan bertema, yang dilancarkan pada tahun 2017. Penawaran perkhidmatan holistik ini ditujukan khusus untuk sektor taman tema di Asia yang pesat berkembang. Ia disokong oleh kepakaran AECOM dalam pengurusan projek dan kos, seni bina, kejuruteraan dan seni lanskap, yang kesemuanya memerlukan kepakaran bermisi kritikal untuk pelanggan yang menginginkan konsep-konsep baharu dan/atau mereka yang masih kurang berpengalaman dengan tugasan rumit dalam merancang, merekabentuk, membangun dan mengendalikan taman tema yang bermodal besar dan berskala luas.

Perjanjian ini turut seiring dengan penawaran hiburan Mushroom VR™ oleh Super 78 yang dianggap pemimpin industri, khususnya teknologi imersif generasi depan yang dibawakan oleh Studio Kolaborasi Mushroom VR™. Ia merupakan instrumen realiti maya yang unik, imersif dan mesra-perusahaan, bertujuan untuk membolehkan peserta dalam proses kreatif untuk membayangkan dan mereka-cipta secara kolaboratif. Gabungan kelebihan kedua-dua pihak akan memberikan pengalaman visualisasi yang akan membolehkan ahli projek untuk merangka, merancang, menyemak semula dan meluluskan projek-projek dari mana-mana jua di dunia dengan lebih cekap. Produk ini akan diperkenalkan julung kalinya kepada pelanggan-pelanggan dalam suku ketiga 2018.

"Melalui kolaborasi ini, AECOM akan menawarkan pelbagai perkhidmatan pengurusan program bersepadu dan proprietari yang lengkap dan luar biasa untuk projek-projek taman hiburan bertema besar di Asia, dengan teknologi unik daripada Super 78," kata Chris Yoshii, Naib Presiden, Asia Pasifik dan Pengarah Ekonomi Global, AECOM. "Kami akan menawarkan program yang amat mantap dan fleksibel demi menyokong idea baharu dan juga pemaju baharu."

"Super 78 telah mereka bentuk dan membangunkan tarikan berasaskan media untuk taman tema, muzium dan semua jenis tempat khas selama hampir dua dekad, untuk pelanggan-pelanggan seluruh dunia. Memandangkan kami merupakan penglipur lara dan pencipta media, sebahagian daripada misi kami adalah untuk mencari dan mencipta teknologi baharu bagi menjadikan proses pembangunan bersifat kolaboratif dan lancar sebaik mungkin. Kami berasa teruja dengan potensi yang bakal dibawakan oleh kolaborasi baharu dengan AECOM, khususnya menerusi pengalaman luas mereka dalam pasaran-pasaran utama di China, Asia Selatan dan Asia Tenggara," kata Brent Young, Presiden dan Pengarah Kreatif Super 78.

AECOM dan Super 78 akan memperkenalkan ujian beta bagi instrumen realiti maya imersif Studio Kolaborasi Mushroom VR™ buat julung kalinya di reruai AECOM (#1302) semasa Ekspo Tarikan Asia bertempat di Pusat Konvensyen Hong Kong, mulai 6 - 8 Jun 2018.

Latar Belakang AECOM

AECOM ditubuhkan bagi mewujudkan dunia yang lebih baik. Kami mereka-bentuk, membangun, membiayai dan mengendalikan aset-aset infrastruktur untuk kerajaan, syarikat dan organisasi di lebih 150 negara. Sebagai sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan bersepadu sepenuhnya, kami menggabungkan pengetahuan dan pengalaman melalui jaringan pakar global kami demi membantu pelanggan-pelangan kami menangani projek-projek yang mencabar. Dari bangunan dan prasarana berprestasi tinggi, hingga ke komuniti dan persekitaran yang mampan, serta negara-negara yang stabil dan selamat, kami sedia memberi perkhidmatan yang bersifat transformatif, berbeza dan perlu. Sebagai sebuah syarikat Fortune 500, AECOM menjana pendapatan sebanyak kira-kira $18.2 bilion dalam tahun fiskal 2017. Sila layari aecom.comdan @AECOMuntuk melihat bagaimana kami menjadikan realiti apa yang biasanya hanya wujud dalam bayangan.  

Latar Belakang Super 78

Super 78 ialah sekumpulan artis dan juruteknik yang teriktiraf dalam penyampaian konten hiburan dan pendidikan dalam pelbagai platform. Dengan pengalaman selama 20 tahun, syarikat khidmat kreatif, penerbitan dan tempat acara khas yang telah memenangi anugerah ini berkebolehan dalam memaparkan jenama-jenama terkenal dan harta intelek di acara khas serta pasaran di mana pelanggan dapat 'mengalami' produk tersebut.

Dengan pejabat-pejabat di Los Angeles dan rakan-rakan kongsi seluruh dunia, Super 78 terus berkembang dengan mencipta, menerbitkan dan memiliki kandungan aksi langsung, animasi dan grafik untuk pasaran global. Super 78 meraih pengiktirafan dan pelbagai anugerah termasuk Emmy, THEA, Visual Effects Society, Telly and Create Nominations and Awards. Layari super78.com dan mushroomvr.com

Perhubungan Media:

David Nugent
+65-8385-7279
David.Nugent@aecom.com

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20170518/1855385-1LOGO 

Source: AECOM
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Banking/Financial Service Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Joint ventures