omniture

GERRY WEBER OPEN 2018 ke-26: Gabungan Sempurna antara Fesyen dan Tenis Antarabangsa

Gerry Weber International AG
2018-06-25 18:38 999

HALLE (WESTFALEN), Jerman, 25 Jun 2018 /PRNewswire/ --

"Permainan, set dan perlawanan" sekali lagi menjadi moto acara gelanggang rumput ATP 500 yang paling penting di Jerman, iaitu "GERRY WEBER OPEN", dinamakan bersempena kumpulan fesyen antarabangsa. Di hadapan khalayak penonton yang begitu bersemangat dalam stadium yang padat, finalis Roger Federer dan Borna Ćorić berjaya memasuki perlawanan peringkat akhir yang mengujakan. Pemenang Borna Ćorić dianugerahkan dengan daun-emas 24 karat dan trofi pemenang dihiasi porselin oleh Eva Herzigova, duta jenama GERRY WEBER, Armin Laschet, Perdana Menteri North-Rhine-Westphalian dan penaung kejohanan serta Ralf Weber, Ketua Pegawai Eksekutif GERRY WEBER International AG dan pengarah kejohanan GERRY WEBER OPEN.

generated by system

Malam Pertunjukan Fesyen GERRY WEBER OPEN yang legenda menjadi acara kemuncak fesyen dan permulaan hebat kepada perlawanan pusingan akhir besar-besaran pada hari berikutnya. Eva Herzigova, wajah kempen tersebut, mengambil peluang untuk mempersembahkan sendiri koleksi Capsule baharu beliau. Peragawati antarabangsa berkenaan merupakan tumpuan pada permaidani merah. Semasa perbincangan atas pentas selanjutnya bersama Naib Presiden Creatice Rena Marx yang bertanggungjawab terhadap seluruh rekaan GERRY WEBER, Eva Herzigova mendedahkan betapa beliau amat seronok dapat bekerjasama dengan GERRY WEBER, yang menjadi sebahagian daripada gaya peribadi beliau dan pakaian kegemaran dalam koleksi beliau. "Saya mendapati gaun hitam dengan corak berbunga-bunga menjadi alternatif hebat kepada reka bentuk klasik yang biasa manakala kot kashmir merah benar-benar menjadi kegemaran saya dalam koleksi ini," kata Eva Herzigova.

Bintang-bintang dunia sukan, seperti juara dunia tenis Roger Federer dan Borna Ćorić tidak mampu melepaskan peluang daripada pertunjukan fesyen yang mengagumkan itu pada malam sebelum berlangsungnya perlawanan penting berkenaan. Banyak tetamu terkenal lain seperti Noah Becker, Anja Kling, Franziska Schenk, Marco Ruck, Thomas Rupprath serta Claudia Carpendale turut menikmati sepenuhnya malam eksklusif itu.

Pautan imej dan muat turun:

Malam Pertunjukan Fesyen GERRY WEBER OPEN 2018

https://app.box.com/s/rh9uh8gab0589pbz085s7n2fe6p5d9qz

Peringkat Akhir GERRY WEBER OPEN 2018

https://app.box.com/s/269f85vt5klf2fmisceutq9gtr41ylys

Perhubungan Akhbar:
WHITE Communications GmbH
Thui Le Hoang
Telefon: +49(89)36076640
Emel: lehoang@white.de
Rosenheimer Straße 145e
81671 München
Jerman

Sumber: Gerry Weber International AG

Source: Gerry Weber International AG
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Sporting Events Sports