HORSHAM, England, 25 Jun 2018 /PRNewswire/ --
Ceres Power (AIM: CWR) ("Ceres Power", "Ceres"), pembangun SteelCell®, teknologi Sel Bahan Api Oksida Pepejal (SOFC) berkos rendah yang utama di dunia, dengan sukacitanya mengumumkan Weichai Power ("Weichai") menerima kelulusan berkaitan daripada Republik Rakyat China (PRC) untuk cadangan pelaburan ekuiti dalam Ceres yang diumumkan pada 16 Mei 2018.
Ceres kini akan mendapatkan kelulusan pemegang saham agar pihak-pihak berkuasa dapat menerbitkan Saham Biasa yang terhasil daripada pelaburan ini dan akan segera menghantar Notis kepada Mesyuarat Agung.
Pelaburan ekuiti berpotensi kedua bernilai c.£23.2 juta akan dibuat dengan kaedah waran dengan harga laksana 16.45p/saham, 29% premium mengikut nilai pasaran pada ketika pengumuman awal dibuat. Waran ini akan membolehkan Weichai memegang agregat pemegangan ekuiti sebanyak 20% dalam Ceres dan akan dilaksanakan secara automatik semasa menandatangani perjanjian komersial selanjutnya yang dijangka pada lewat tahun 2018, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.
Selain pelaburan berkenaan, Ceres dan Weichai berhasrat untuk memeterai kerjasama strategik yang lebih luas untuk bersama-sama membangunkan dan melancarkan sistem pemanjang jarak bahan api SOFC untuk pasaran bas berkuasa elektrik yang pantas berkembang di China. Weichai mempunyai jaringan pelanggan yang luas di China dengan jumlah jualan mencecah c.30,000 bas setiap tahun.
Kerjasama strategik tersebut kini dijangka bermula dengan pemindahan teknologi Sistem Sel Bahan Api awal kepada Weichai pada tahun 2018 bagi pembangunan dan demonstrasi bas-bas elektrik hibrid SOFC SteelCell® dikuasakan CNG di China menjelang tahun 2019. Pihak-pihak tersebut kemudiannya dijangka akan meneruskan percubaan-percubaan selanjutnya melibatkan beberapa bas dan bekalan tindanan SOFC SteelCell® menjelang tahun 2020.
Weichai tersenarai di Hong Kong dan Shenzhen dengan permodalan pasaran sebanyak c. US$10 bilion, serta mempunyai rekod prestasi yang mantap dalam membuat pelaburan strategik dalam syarikat-syarikat seluruh dunia, termasuk Société Internationale des Moteurs Baudouin di Perancis, Power Solutions International lnc. di A.S. dan KION Group AG (MDAX-listed) di Jerman.
Pasaran pengangkutan awam emisi rendah di China memperlihatkan peluang komersial utama untuk teknologi Ceres. Hal ini didorong oleh Kerajaan China, yang merangsang sektor ini melalui subsidi-subsidi dan Zon Emisi Sifar yang diwujudkan bagi mengurangkan pencemaran udara serta emisi karbon, sekaligus meningkatkan tahap kesihatan orang awam dan kos pengendalian yang lebih rendah.
Selain faedah-faedah ini dan peningkatan rangkaian bas elektrik yang beroperasi, pemanjang jarak Ceres Power mempunyai kelebihan untuk berupaya beroperasi menerusi bahan api yang tersedia secara meluas seperti CNG dan tidak bergantung pada pelancaran infrastruktur hidrogen.
Phil Caldwell, Ketua Pegawai Eksekutif berkata:
"Kami berbesar hati apabila menerima kelulusan PRC untuk pelaburan Weichai dalam Ceres. Perkongsian strategik dengan Weichai, dengan skalanya yang luas, kedudukan pasaran yang utama dan kepakaran pengilangan, berpotensi untuk membawa manfaat yang banyak kepada Ceres dan mempercepatkan penerimaan komersial teknologi kami. Meskipun pada peringkat awal menumpu pada penyediaan pemanjang jarak sel bahan api dalam bas elektrik, perkongsian ini menyediakan kami dengan akses yang tidak ternilai kepada pasaran Cina secara keseluruhannya. Pembiayaan ini akan menyediakan modal pertumbuhan yang penting untuk Ceres tatkala kami mengembangkan perniagaan.
"Kami berharap dapat bekerjasama dengan Weichai dan rakan-rakan kongsi sedia ada kami yang lain untuk membangunkan teknologi yang terkemuka di dunia dan melanjutkan aplikasi komersialnya dalam beberapa pasaran dan kawasan."
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Ceres Power Holdings plc
Phil Caldwell, Ketua Pegawai Eksekutif
+44(0)1403-273-463
Powerscourt
Peter Ogden
+44(0)20-7250-1446