omniture

BookDoc tandatangani MOU dengan Bumrungrad International Hospital di Thailand

BookDoc
2018-06-26 13:28 1546

KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 Jun 2018 /PRNewswire/ -- BookDoc dengan sukacitanya mengumumkan rakan kongsi rawatan kesihatan terkininya di Thailand, Bumrungrad International Hospital. Bumrungrad ialah salah sebuah hospital swasta kendiri yang terbesar di Asia Tenggara, mempunyai lebih 580 katil dan 30 pusat kepakaran.

Kiri: En. Tanee Maneenut (Pengarah Pembangunan Perniagaan Antarabangsa, Bumrungrad International Hospital), Dr Nipat Kulabkaw (Pengarah Perikatan Perubatan, Bumrungrad International Hospital), Dato’ Chevy Beh (Pengasas BookDoc) dan En. Charles Wright (Pengarah Pembangunan Pemasaran & Perniagaan Antarabangsa, Bumrungrad International Hospital)
Kiri: En. Tanee Maneenut (Pengarah Pembangunan Perniagaan Antarabangsa, Bumrungrad International Hospital), Dr Nipat Kulabkaw (Pengarah Perikatan Perubatan, Bumrungrad International Hospital), Dato’ Chevy Beh (Pengasas BookDoc) dan En. Charles Wright (Pengarah Pembangunan Pemasaran & Perniagaan Antarabangsa, Bumrungrad International Hospital)

Kedua-dua pihak akan mendapat manfaat besar daripada kolaborasi ini. BookDoc akan mendapat faedah menerusi jalinan kerjasama dengan salah satu nama paling terkenal dalam industri rawatan kesihatan Asia Tenggara manakala Bumrungrad International akan mendapat akses kepada jaringan pesakit BookDoc yang semakin luas di seluruh rantau ini. Pengguna-pengguna BookDoc akan berpeluang mendapat rawatan dan penjagaan perubatan berkualiti lebih baik oleh doktor-doktor perubatan dan para jururawat yang amat berpengalaman, inovasi dan teknologi perubatan, serta penjagaan yang penuh prihatin.

Bumrungrad International Hospital memiliki reputasi luar biasa dalam menyediakan rawatan perubatan berkualiti tinggi khususnya penjagaan tertier untuk penyakit-penyakit rumit yang memerlukan kepakaran pakar-pakar dalam pelbagai bidang. Hospital ini dilengkapi sepenuhnya dengan teknologi-teknologi canggih dan pernah meraih anugerah daripada beberapa pertubuhan bertaraf dunia sebagai pengiktirafan kepada kualiti hospitalnya yang memenuhi piawaian antarabangsa. Bumrungrad International dinamakan sebagai 10 Destinasi Perubatan Dunia Terbaik oleh Newsweek Best Quality Service, 4 Perintis Pelancongan Perubatan Terbaik oleh Wall Street Journal, Hospital Pelancongan Perubatan Terbaik Tahunan 2018 di Asia Pasifik oleh Global Health and Travel serta Hospital Terbaik Tahunan di Thailand oleh majalah Healthcare Asia.

Dato' Chevy Beh, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif BookDoc, amat sukacita dengan kolaborasi baharu ini. "Sememangnya ini merupakan satu lagi pencapaian penting untuk BookDoc kerana berpeluang bekerjasama dengan Bumrungrad International, salah sebuah hospital swasta terbesar dan paling terkenal di Asia Tenggara dan ini sejajar dengan matlamat BookDoc untuk meningkatkan akses rawatan kesihatan di rantau Asia."

Sejak ditubuhkan, BookDoc memeterai perkongsian dengan penyedia-penyedia rawatan kesihatan terkemuka di rantau ini: Di Malaysia menerusi Pusat Jantung Negara (IJN), Ramsay Sime Darby Healthcare dan KPJ Healthcare; Di Singapura menerusi NTUC, Thompson dan Q&M Dental; Di Hong Kong menerusi Adventist Hospital, Quality Healthcare dan Townhealth; serta di Indonesia menerusi Siloam Hospital Group. BookDoc kini mempunyai jaringan rawatan kesihatan yang terbesar di Asia Tenggara yang kini mempunyai lebih 50,000 ahli profesional rawatan kesihatan yang disahkan di wilayah ini melibatkan pakar, doktor, doktor gigi, jururawat, fisioterapi, antaranya.

Latar Belakang BookDoc

BookDoc, dengan kehadiran di 5 negara dan wilayah iaitu Malaysia, Singapura, Hong Kong Thailand dan Indonesia, merupakan platform dalam talian yang beroperasi menerusi kesinambungan penjagaan kesihatan yang menghubungkan pesakit kepada ahli profesional penjagaan kesihatan pada bila-bila masa dan di mana-mana saja, sekaligus memberi insentif kepada semua untuk kekal aktif.

BookDoc telah mengasaskan ekosistem dalam talian bersepadu untuk pelancong kesihatan tempatan dan luar negara. Ekosistem ini membolehkan pengguna mencari dan menempah ahli profesional penjagaan kesihatan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, dan berintegrasi dengan sistem navigasi (Google Map, Waze), sistem pengangkutan (Grab, Uber, AirAsia), kemudahan penginapan (Agoda and Airbnb) dan restoran & tempat tarikan (TripAdvisor) dengan lancar untuk pengalaman temujanji penjagaan kesihatan yang bebas dan menyeronokkan. Selain itu, melalui BookDoc Activ, ia memberi ganjaran kepada pengguna untuk mengekalkan tahap aktiviti yang tinggi dengan menjalinkan kerjasama dengan para peruncit utama dan para pembekal perkhidmatan yang menawarkan pengguna diskaun kerana mencapai peringkat ganjaran berdasarkan tahap aktiviti. Antara rakan kongsi ganjaran ialah Zalora, Guardian, Secret Recipe, Oldtown White Coffee dan banyak lagi.

Syarikat disokong oleh pelbagai kumpulan pelabur yang terdiri daripada usahawan, profesional penjagaan kesihatan dan insurans yang berpengalaman, jurubank, pengawal selia serta ahli profesional ICT. Ia telah mencatatkan rekod pencapaian tertinggi dalam penilaian pra-pemodalan benih dan pemodalan benih dalam sejarah Syarikat Baharu Teknologi Asia. BookDoc boleh didapati secara dalam talian di www.bookdoc.com, App Store dan Google Play.

Latar Belakang Bumrungrad International Hospital

Bumrungrad International Hospital ialah hospital pelbagai bidang dan mendapat akreditasi Joint Commission International yang terletak di tengah-tengah Bangkok, Thailand. Ditubuhkan pada tahun 1980, ia merupakan salah sebuah hospital swasta terbesar dan peneraju bagi penjagaan tertier di Asia Tenggara, mempunyai 580 katil dan lebih 30 pusat pakar serta menawarkan kemudahan rawatan diagnostik, terapeutik dan intensif yang canggih di pusat perubatan sehenti. Hospital menawarkan perkhidmatan kepada 1.1 juta pesakit setiap tahun, termasuk 520,000 pesakit antarabangsa.

Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi
Nama: Cik Nurul Ain
Tel: +603-7710 0406
Emel: ain@bookdoc.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180621/2169516-1

Source: BookDoc
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Internet Technology Contracts Licensing/marketing agreements