omniture

Keistimewaan Global Terkini K11 -- K11 MUSEA

New World Development and K11 Group
2018-06-26 19:14 1908

Tawar Milenia Global dengan Mercu Tanda Seni, Budaya dan Runcit Berasaskan Pengalaman Bertaraf Dunia

HONG KONG, 26 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Meraikan ulang tahun ke-10 K11, hari ini Kumpulan tersebut mengumumkan penamaan projek utamanya di Victoria Dockside sebagai K11 MUSEA (sebutan: meu-see-ah), bakal dibuka pada Suku Ketiga 2019. Nama ini diilhamkan oleh A Muse by the Sea menurut konsep runcitnya. Terletak di sepanjang Tsim Sha Tsui Promenade, K11 MUSEA ialah mercu tanda muzium runcit paling bercita-cita tinggi seumpamanya daripada jenama tersebut, serta merupakan destinasi global mencetuskan aspirasi yang menggabungkan gaya hidup, budaya dan seni.

Muka bangunan K11 MUSEA
Muka bangunan K11 MUSEA

 

Muka bangunan K11 MUSEA
Muka bangunan K11 MUSEA

 

Muka bangunan K11 MUSEA
Muka bangunan K11 MUSEA

K11 MUSEA setinggi 10 tingkat itu merupakan projek istimewa K11 yang terkini, mampu menampung gaya hidup dinamik golongan milenia yang gemar mengembara dengan menghimpunkan aspek jualan, seni, budaya, hiburan dan hidangan menjamu selera yang bertaraf dunia di bawah satu bumbung yang hebat. K11 MUSEA akan menempatkan seleksi jenama antarabangsa yang luas, kebanyakannya akan menjadi kedai konsep dan produk istimewa yang diperkenalkan julung kalinya di Hong Kong dengan imej serba baharu. K11 MUSEA mengambil inspirasi daripada kajian yang mendedahkan bahawa golongan milenia Asia sebagai "Pengguna Super", pemacu utama penggunaan global dengan kuasa perbelanjaan bakal mencecah US$6 trilion menjelang tahun 2020 tatkala ia berkembang untuk menyumbang sebanyak 45% daripada populasi milenia Asia. K11 MUSEA akan menghimpunkan golongan milenia global bagi memberi inspasi kepada mereka setelah dibuka pada Suku Ketiga tahun 2019 sekaligus meletakkan kedudukannya sebagai destinasi aspirasi yang menggabungkan seni, budaya dan perdagangan di Hong Kong dan juga Asia.

Dianggap sebagai permata mahkota konsep muzium-runcit K11, K11 MUSEA menampilkan banyak tonjolan seni bina, termasuk Sunken Plaza luar berkeluasan 2,000 kaki persegi, yang mencontohi amfiteater dan dipasang dengan corak air yang diprogramkan serta sistem kabus bagi memberi kesan sejuk. Berserta skrin LED setinggi 25 kaki yang besar di atasnya, Sunken Plaza menawarkan lokasi intim dan imersif untuk acara-acara kebudayaan bermula dengan tayangan filem luar dan persembahan muzik secara langsung kepada persembahan berkaitan seni dan juga reka bentuk. Sebagai destinasi global baharu bagi memperoleh inspirasi dan santaian seseorang dalam kandungan seni dan budaya paling halus, K11 MUSEA akan memaparkan koleksi seni awam bertaraf dunia sepanjang premisnya apabila dibuka, menonjolkan nilai-nilai teras jenama melibatkan Seni, Manusiawi dan Alam Semula Jadi.

Sunken Plaza K11 MUSEA
Sunken Plaza K11 MUSEA

 

Sunken Plaza K11 MUSEA
Sunken Plaza K11 MUSEA

Untuk butiran lanjut mengenai #K11 MUSEA, konsep radikalnya serta kisah dan aktiviti #DiscoverYourMuse, sila ikuti kami melalui Facebook dan Instagram @K11MUSEA

Nota untuk Editor:

Latar Belakang K11 Group                                                                 

K11 Group diasaskan pada tahun 2008 oleh usahawan Adrian Cheng. Ia merupakan sebuah syarikat berbilang aspek yang berakar umbi dalam budaya dan saling terhubung oleh tiga nilai teras: seni, alam semula jadi dan manusiawi. Ekosistemnya yang mencakupi seni dan runcit, hartanah, fesyen, teknologi, hiburan serta media adalah manifestasi pencarian berterusan oleh pengasasnya terhadap cara untuk mengubah industri-industri yang lembap dan menggalakkan dialog rentas budaya. Ia mencakupi pelbagai titik sentuh: konsep muzium-runcit pertama dunia K11 Art Malls; jaringan bangunan pejabat berjenama K11 untuk tenaga kerja generasi seterusnya, K11 Ateliers; platform pendidikan terbukanya, K11 Kulture Academy; K11 Design Stores yang dipilih susun; ruang jualan transformatif yang diilhamkan oleh Terrarium, K11 Natural; serta Yayasan Seni K11, badan bukan untung pertama China untuk memupuk artis dan kurator Cina.

K11 MUSEA, iaitu penambahan terkini dan paling berprestij dalam portfolio muzium-runcit K11 yang berkembang pesat, terletak di tengah-tengah Victoria Dockside, pembangunan lebih luas oleh New World Development, melibatkan ruang budaya, komersial, kediaman, hotel dan keluarga serta program seni dan reka bentuk. Victoria Dockside adalah satu usaha rejuvenasi oleh New World Development terhadap satu daerah Hong Kong yang pernah mengalami zaman kegemilangan, yang dahulunya terkenal dalam kalangan pelancong mahupun penduduk tempatan. Projek ini disebutkan oleh outlet media AS sebagai "Hudson Yards Hong Kong", yang merujuk kepada projek mega Manhattan serta "pembukaan yang paling dinanti-nantikan di Hong Kong."

Latar Belakang New World Development

Ditubuhkan pada tahun 1970, New World Development Company Limited ("Kumpulan", kod saham Hong Kong: 0017) telah disenaraikan secara terbuka di Hong Kong pada tahun 1972 dan merupakan stok konstituen Indeks Hang Seng Hong Kong. Jenama premium yang digabungkan dengan personaliti unik yang ditakrifkan oleh The Artisanal Movement, bidang perniagaan teras New World Group termasuk pembangunan hartanah, pelaburan hartanah, infrastruktur dan perkhidmatan, gedung serbaneka serta hotel. Setakat 31 Disember 2017, jumlah nilai aset Kumpulan berjumlah HK$468.1 bilion. Kumpulan mempunyai kepentingan berkesan kira-kira 61% dalam NWS Holdings Limited (kod saham Hong Kong: 0659), kira-kira 75% dalam New World Development Store China Limited (kod saham Hong Kong: 0825) dan dimiliki penuh dalam New World China Land Limited.

Sila muat turun foto beresolusi tinggi daripada pautan ini: https://www.dropbox.com/sh/z055odkfwgil7gz/AAAhTBceXBIWyHOH9zTPfrOGa?dl=0

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180621/2169453-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180621/2169453-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180621/2169453-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180621/2169453-1-d
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180621/2169453-1-e

Source: New World Development and K11 Group
Related Stocks:
HongKong:0017 OTC:NDVLY
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Commercial Real Estate Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Retail Travel New products/services Future Events