omniture

GAC Motor Kejar Bakat Unggul Di Eropah Sebagai Persiapan Perluasan Global

GAC Motor
2018-06-26 23:44 1599

STUTTGART, Jerman, MUNICH dan PARIS, 26 Jun 2018 /PRNewswire/ -- GAC Motor, jenama auto yang paling pantas berkembang di China, berjaya menyelesaikan kempen perekrutan bakat pertamanya di Eropah, mengadakan tiga pameran kerjaya di Stuttgart, Munich dan Paris yang dapat menarik lebih 700 pemohon dari seluruh Eropah tatkala syarikat bersiap sedia untuk berkembang ke dalam lebih banyak pasaran seluruh dunia.

GAC merekrut bakat unggul seluruh dunia sebagai persediaan menuju peluasan global
GAC merekrut bakat unggul seluruh dunia sebagai persediaan menuju peluasan global

GAC Motor menawarkan kedudukan tertinggi yang disediakan dalam bidang kejuruteraan, proses dan teknologi, pengurusan dan pemasaran kenderaan. 700 pemohon yang menghadiri acara-acara perekrutan ini datang dari negara-negara seluruh Eropah termasuk Jerman, Perancis, U.K., Sepanyol, Itali dan Belgium, dengan lebih 80 peratus daripada mereka berkelulusan ijazah sarjana dan ramai merupakan golongan berpengalaman dan pakar dalam bidang masing-masing.

Tiga pameran kerjaya di Stuttgart, Munich dan Paris menarik lebih 700 pemohon dari seluruh Eropah
Tiga pameran kerjaya di Stuttgart, Munich dan Paris menarik lebih 700 pemohon dari seluruh Eropah

Acara ini turut menarik tumpuan wakil-wakil daripada kerajaan, industri dan institusi pendidikan tinggi yang berhimpun bagi membincangkan pembangunan dan masa depan tenaga baharu serta pengilangan pintar (IM) dalam industri automotif.

"GAC Motor pantas berkembang dan kami berasa teruja dengan peluang-peluang yang kami saksikan untuk pertumbuhan selanjutnya di Eropah," kata eksekutif kanan GAC Motor yang bertanggungjawab terhadap kempen perekrutan ini. "Jenama GAC Motor telahpun berada di 14 negara dan jualan telah meningkat sebanyak 22.7 peratus pada suku pertama tahun 2018. Kami hanya mampu mencapai keputusan luar biasa berkenaan disebabkan oleh hasil kerja cemerlang kesemua kakitangan kami. Kami percaya kami hanya mampu bersaing di peringkat global sekiranya kami mempunyai pasukan global yang amat cemerlang, dan setelah A.S. dan Jepun, Eropah menjadi kumpulan bakat luar negara yang terbesar."

Ramai pemohon menyebut-nyebut dan memuji model istimewa GAC Motor, SUV GS8
Ramai pemohon menyebut-nyebut dan memuji model istimewa GAC Motor, SUV GS8

Tidak berpuas hati dengan sekadar menghimpunkan pasukan bakat industri unggul bertaraf global untuk memajukan pembangunan produk, pengilangan, penjenamaan dan keupayaan pemasaran, GAC Motor menekankan latihan dan pembangunan peribadi kakitangannya dengan menawarkan pakej pampasan yang kompetitif serta memberi peluang kepada kakitangan untuk menyertai latihan di tempat kerja dan di luar tempat kerja bagi meningkatkan kemahiran mereka. Syarikat akan menggalakkan dan menyokong mereka dalam usaha membangunkan idea baharu, mendayakan syarikat untuk berkembang bersama-sama mereka.

Yu Jun, presiden GAC Motor, mengulas bahawa bakat dan inovasi merupakan kuasa No.1 yang mendorong pembangunan syarikat. GAC Motor akan berpegang pada prinsip pengurusan berorientasi manusia dan meluaskan carian bakat global bagi meningkatkan kekuatan komprehensif pasukan syarikat yang terkemuka di dunia.

GAC Motor mara ke arah rancangannya untuk terus berkembang dalam pasaran-pasaran global menjelang ulang tahunnya yang ke-10. Pada 21 Julai, syarikat akan mengumumkan pelancaran global konsep penjenamaan baharunya. Lewat tahun ini, GAC Motor akan mengambil bahagian dalam Pameran Motor Paris dan Pameran Auto Antarabangsa Moscow, menonjolkan kepada dunia daya tarikan dan kebolehan industri automotif Cina.

Latar Belakang GAC Motor

Ditubuhkan pada tahun 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) ialah subsidiari GAC Group, yang menduduki kedudukan ke-238 dalam kalangan syarikat Fortune Global 500. Syarikat membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium. GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas antara semua jenama Cina selama lima tahun berturut-turut dalam Initial Quality Study SM (IQS) China J.D. Power Asia Pacific, yang menunjukkan strategi bertumpu-kualiti oleh syarikat bermula dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang inovatif, pengilangan hinggalah kepada rantaian bekalan dan jualan & perkhidmatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor  
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor  
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor

Perhubungan Media: 
Sukie Wong  
+86-186-8058-2829  
GACMotor@126.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180626/2172964-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180626/2172964-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180626/2172964-1-c

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Transportation Workforce Management/Human Resources Trade show news