omniture

CHINASHOP 2018, Acara Jualan Terkemuka China semuanya mengenai Jualan Baharu dan firma-firma Jualan Baharu Cina utama, akan berlangsung di Kunming, China

CHINASHOP
2018-06-27 20:33 1293

KUNMING, China, 27 Jun 2018 /PR Newswire/ --

Beberapa tahun kebelakangan ini, pembangunan industri jualan China berjaya menarik tumpuan seluruh dunia menerusi penyepaduan antara dalam talian dan luar talian, pembayaran mudah alih, jualan tanpa pengawasan, jualan rentas sempadan dan konsep serta model lain yang menakrifkan Jualan Baharu dan menjadi evolusi dalam sektor jualan negara. Dalam masa yang sama, model Jualan Baharu China semakin diterima pakai oleh semakin banyak negara. Sebagai sebahagian daripada ekonomi baru muncul paling dinamik di dunia, negara-negara Asia Tenggara berada dalam kedudukan yang baik untuk memanfaatkan model Jualan Baharu dan China menjadi pasaran yang diharapkan untuk mendapatkan inspirasi dan sebagai model untuk mencontohinya.

Sebagai pameran perdagangan jualan terbesar dan paling profesional bukan hanya di China, tetapi di seluruh Asia, CHINASHOP menghimpunkan syarikat-syarikat Jualan Baharu utama China. Pameran ini akan mencakupi seluruh rangkaian produk berkaitan dengan konsep Jualan Baharu, termasuk pembayaran mudah alih, pengenalpastian frekuensi radio (RFID), logistik pergudangan, realiti imbuhan (AR) dan realiti maya (VR) serta sistem pengurusan. Hampir 1,000 syarikat mengkhusus dalam penyediaan peralatan dan penyelesaian teknikal untuk Jualan Baharu, termasuk Alibaba, Sunmi, Hisense dan sebagainya, akan memperkenalkan buat julung kalinya dan mempamerkan produk-produk terkini mereka di kawasan pameran berkeluasan 100,000 meter persegi. Di Kongres Jualan Negara China yang turut diadakan serentak, persidangan jualan terbesar dan paling berwibawa di China, seramai 3,000 pemimpin pendapat serta eksekutif syarikat daripada seluruh sektor jualan akan berhimpun bagi membincangkan trend pembangunan terkini.

CHINASHOP akan berlangsung pada 1-3 November di Kunming, wilayah Yunnan. Sertai firma-firma Jualan Baharu utama China bagi menyaksikan pembangunan industri bersama-sama.

Hubungi: Hai Guo
Telefon: +86 15110184133 
E-mel: gh@ccfa.org.cn

Source: CHINASHOP
Keywords: Retail Trade show news Future Events