omniture

Suning.com Tersenarai 500 Jenama Paling Bernilai China dengan Nilai Jenama mencecah 23 Bilion RMB

Suning
2018-06-29 02:58 1831

NANJING, China, 29 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Suning.com, sebuah syarikat Fortune Global 500 yang dimiliki oleh Suning Holdings Group ("Suning") tersenarai sebagai 500 Jenama Paling Bernilai China kali ke-15, dengan nilai jenama mencecah 23 Billion RMB, selain menduduki tempat ke-13 dalam senarai tersebut dan No.1 dalam industri peruncitan.

Senarai 500 Jenama Paling Bernilai China dikeluarkan oleh World Brand Lab, perunding bebas yang terkemuka bagi penilaian jenama dan strategi pemasaran di dunia. Ia menaksir nilai jenama berasaskan tiga dimensi: prestasi kewangan, tanggapan pelanggan dan kesedaran jenama. Jumlah nilai yang dijana oleh jenama-jenama yang tersenarai tahun 2018 ialah RMB 1.844 trilion. Hasil pertumbuhan kukuh dalam pendapatan dan kesedaran jenama, Suning.com mencapai nilai jenama sebanyak RMB 23 bilion, meningkat 19% berbanding tahun sebelumnya.

Suning.com menyaksikan pertumbuhan kewangan yang kukuh pada tahun 2017, memperoleh pendapatan kendalian sebanyak RMB 187 bilion, meningkat 24.67% berbanding tahun sebelumnya. Pada suku pertama tahun 2018, Suning.com mencapai jualan Omni-saluran sebanyak RMB 69.33 bilion, meningkat 46.33% berbanding tahun sebelumnya.

"Teknologi-teknologi inovatif seperti AI, Data-raya dan rantaian blok membawa peluang baharu kepada pertumbuhan nilai jenama," ulas pengerusi World Brand Laboratory dan penerima Hadiah Nobel serta pakar ekonomi, Robert Mundell.

Suning melaksanakan strategi 'Peruncitan Pintar' pada tahun 2017, yang berkisarkan Penyumberan Pintar, Jualan Pintar, Perkhidmatan Pintar, Logistik Pintar dan Model Perniagaan Pintar. Strategi ini memenuhi dan mengatasi jangkaan pengguna dengan menyediakan barangan dan perkhidmatan yang diperibadikan dalam senario penggunaan yang pelbagai demi meningkatkan pengalaman membeli belah. Semasa Festival Beli Belah 6.18 yang lalu, Suning mencapai kenaikan jualan sebanyak 121% secara keseluruhan, memperlihatkan peningkatan reputasi jenama dalam kalangan pelanggan dan mewakili kejayaan Peruncitan Pintar.

Sementara itu, Suning bergiat aktif mengusahakan program-program tanggungjawab sosial korporat. Menjelang akhir tahun 2017, Suning menyumbang sebanyak lebih RMB 1.1 bilion kepada badan kebajikan awam melibatkan bantuan bencana, pendidikan, pembasmian kemiskinan, perlindungan alam sekitar dan bidang-bidang lain.

"China telah melangkah ke era penggunaan berkualiti baharu yang menyediakan pasaran yang luas untuk pembangunan jenama tempatan," kata Sun Weimin, naib pengerusi Suning.com, "Sebagai jenama peruncitan yang terkemuka, Suning berbangga kerana tersenarai antara 500 Jenama Paling Bernilai China dan akan terus menggalas tanggungjawab demi meningkatkan daya saing jenama-jenama Cina."

Latar Belakang Suning

Diasaskan pada tahun 1990, Suning ialah salah sebuah syarikat perusahaan komersial terkemuka di China yang mempunyai dua syarikat awam masing-masing di China dan Jepun. Pada tahun 2017, Suning Holding menduduki tempat kedua dalam kalangan 500 syarikat swasta yang terkemuka di China dengan jualan tahunan mencecah 65.7 bilion USD (412.95 bilion RMB). Dengan misi "Menerajui Ekosistem merentasi Industri dengan Mencipta Kualiti Kehidupan Elit untuk Semua", Suning memperkukuh dan mengembangkan perniagaan utamanya melalui lapan industri vertikal: Suning.com, Logistik, Perkhidmatan Kewangan, Teknologi, Hartanah, Media & Hiburan, Sukan, dan Pelaburan, yang mana Suning.com berada dalam senarai Fortune Global 500 tahun 2017.

Untuk maklumat lanjut kunjungi www.suningholdings.com

Source: Suning
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Retail Asian-related news Survey, Polls & Research