omniture

KT SAT Sasar Pasaran Asia Tenggara di CommunicAsia 2018

KT Corp.
2018-06-29 03:08 2025
  • Tawar Khidmat Canggih untuk Asia Tenggara melalui KOREASAT-7 dan 5A
  • Korea Utara Dilihat sebagai Pasaran Perkhidmatan KT SAT Berpotensi Susulan Sidang Kemuncak

SEOUL, Korea Selatan, 29 Jun 2018 /PRNewswire/ -- KT SAT Co., subsidiari pengendali satelit milik KT Corp. (KRX: 030200; NYSE: KT), menawarkan perkhidmatan satelit canggihnya kepada bakal pelanggan Asia Tenggara minggu ini di CommunicAsia 2018, pameran perdagangan Asia Pasifik terbesar untuk penyiaran dan telekomunikasi.

KT SAT’s booth at CommunicAsia 2018 in Singapore, held from June 26–28, introduces the Korean satellite service provider’s cutting-edge services to potential Southeast Asian customers.
KT SAT’s booth at CommunicAsia 2018 in Singapore, held from June 26–28, introduces the Korean satellite service provider’s cutting-edge services to potential Southeast Asian customers.

Dalam pameran selama dua hari bermula 26 Jun di Singapura itu, Ketua Pegawai Eksekutif KT SAT Hahn Won-Sic berkata bahawa syarikat berkedudukan baik untuk meluaskan kumpulan pelanggan globalnya, hasil daripada dua pelancaran satelit KT berkuasa tinggi pada tahun 2017. KT SAT akan menumpu pada penyewaan transponder dan perkhidmatan Terminal Apertur Amat Kecil Maritim (MVSAT) serantau.

"Kami merupakan pengusaha global dalam bidang komunikasi satelit, disokong oleh sumber-sumber mantap kami dalam teknologi dan tenaga kerja serta sokongan daripada syarikat induk kami KT Group, peneraju bagi teknologi komunikasi maklumat (ICT)," kata Hahn. "Kami ingin memperlihatkan kehebatan kami di CommunicAsia sebagai pengendali satelit yang terkemuka untuk pasaran global."

Perniagaan-perniagaan Asia Tenggara menjadi keutamaan dalam senarai bakal pelanggan syarikat. Dengan KOREASAT-7 dan 5A yang mana masing-masing berkedudukan 116 darjah timur dan 113 darjah timur selain kedua-duanya diletakkan tinggi di atas Indonesia, KT SAT bersiap sedia untuk bertapak kukuh di Asia Tenggara, kata Hahn.

KT SAT juga berkedudukan baik untuk menyediakan perkhidmatan ke wilayah-wilayah lain, dengan liputan KOREASAT-5A bermula dari Laut Timur Korea ke Laut Arab. Di samping itu, perkhidmatan MVSAT daripada satelit tersebut dapat dioptimumkan untuk kawasan maritim tertentu. Sebagai perkhidmatan telekomunikasi satelit kapal-ke-pesisir jalur lebar Protokol Internet (IP) dua hala yang berkelajuan ultra tinggi, satelit ini dapat menghasilkan alur khusus untuk liputan maritim dengan daya pemprosesan tinggi.

Hahn dan kakitangan beliau mempromosikan peningkatan kapasiti KT SAT untuk menyediakan perkhidmatan bertaraf global melalui satelit baharunya kepada wakil-wakil perniagaan Asia Tenggara di CommunicAsia 2018. Kit promosi syarikat menyertakan pengenalan kepada penyelesaian siap guna yang ditawarkan oleh teleportnya, Pusat Khidmat Satelit Kumsan. KT SAT menyediakan pelanggannya dengan proses persediaan lengkap, bermula daripada perundingan pelanggan dan reka bentuk produk kepada penyerahan, pemasangan, pengujian rintis, pendidikan, pemeriksaan dan kelulusan pengawalseliaan.

KT SAT turut mempromosikan perkhidmatan yang disediakan olehnya dengan kerjasama KT Skylife Co., subsidiari penyiaran satelit milik KT Corp. Skylife LTE TV dan kotak atas-set Android berserta sistem pengendaliannya untuk Telebee, perkhidmatan penstriman over-the-top yang memberi akses kepada pelanggan kepada program-program Skylife TV, dipaparkan di reruai KT SAT CommunicAsia 2018.

Selain itu, kedua-dua rakan kongsi tersebut menawarkan perundingan untuk perniagaan yang memulakan penyiaran satelit atau transmisi kandungan. Perkhidmatan ini adalah hasil kepakaran KT SAT yang diperoleh daripada operasi satelit sejak lima dekad yang lalu dan kepakaran KT Skylife mengendalikan platform penyiaran satelit. Perkongsian ini juga melibatkan penyediaan infrastruktur komunikasi dan ICT, selain perkhidmatan penyiaran satelit.

Satu lagi usaha niaga yang mungkin dapat dilaksanakan untuk KT SAT ialah perkhidmatan telekomunikasi di Korea Utara, yang mana komunikasi mudah alih masih berada pada peringkat awal pembangunan. Dengan CommunicAsia 2018 yang diadakan beberapa minggu setelah berlangsungnya sidang kemuncak Korea Selatan-Korea Utara dan Korea Utara-A.S., KT SAT kini menekankan bahawa ia bersedia untuk menyediakan perkhidmatan komunikasi satelit kepada Korea Utara, sebagai pengendali satelit yang mewakili Korea Selatan, setakat mana yang mungkin.

KT Corp., syarikat telekomunikasi terbesar Korea Selatan berkata awal bulan ini bahawa pengendali perniagaan satelitnya akan menggiatkan usaha untuk menyediakan peringkat teknologi seterusnya kepada angkasa lepas dan juga semenanjung Korea.

Memandangkan kedua-dua syarikat Korea tersebut telah mengambil langkah ke arah keamanan baru-baru ini, KT SAT berharap dapat melancarkan perkhidmatan satelitnya dalam masa terdekat di Korea Utara, pasaran yang berpotensi untuk rangkaian komunikasi dan penyiaran. KT Corp. telah mewujudkan pasukan tugas khas bagi menyokong kerjasama antara Korea dan meluaskan pertukaran dalam sektor ICT.

KT SAT, satu-satunya penyedia perkhidmatan satelit Korea, menyasarkan untuk menjadi pengendali global ketujuh terbesar menjelang tahun 2025. Syarikat merancang untuk menumpu pada penggunaan teknologi mudah alih 5G di angkasa lepas, mengaplikasikan kriptografi kuantum kepada komunikasi satelit dan menyediakan perkhidmatan rantaian blok demi perkongsian data yang selamat.

Untuk meluaskan kawasan perkhidmatannya, KT SAT ingin berkolaborasi dengan pengendali-pengendali satelit asing. Dengan melancarkan perkhidmatan perayauan dengan kerjasama pengendali-pengendali asing, ia dijangka dapat menyediakan perkhidmatan satelit dalam pasaran-pasaran yang belum diterokai.

KT SAT mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan satelit selama 48 tahun. Ia telah mengendalikan reruainya sendiri sejak lima tahun berturut-turut yang lalu di pameran perdagangan tahunan CommunicAsia. CommunicAsia 2017 berjaya menarik 1,158 syarikat yang mengambil bahagian termasuk Intelsat dan SES, serta lebih 18,000 pengunjung.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang berbahasa Inggeris kami di https://corp.kt.com/eng/.

PERHUBUNGAN MEDIA

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pasukan Perhubungan Media Asing kami di kt.fmrt@gmail.com

- SIM Sung-Tae, Pengurus Pasukan, +82(10)4489-0113, st.sim@kt.com
- LEE Ji-Young, Pengurus Kanan, +82(10)4551-7035, chloe.jiyoung.lee@kt.com
- KANG Da-Som, Pengurus, +82(10)9777-2984, dasom.kang@kt.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180627/2174463-1

Source: KT Corp.
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news