omniture

Penggunaan rangkaian awan-sepenuhnya dan pembangunan ekosistem ekonomi Internet digital baharu perlihat peranan penting 3 Hong Kong untuk berkhidmat kepada ekonomi baharu dalam era 5G

3 Hong Kong
2018-06-29 08:50 1905

HONG KONG, 29 Jun 2018 /PRNewswire/ -- 3 Hong Kong, cabang mudah alih Hutchison Telecommunications Hong Kong Holdings Limited (HTHKH; kod saham: 215), mengumumkan penggunaan rangkaian teras awan-sepenuhnya daripada Huawei dan perjanjian kerjasama strategik dengan Alibaba Group untuk merangkumkan pengkomputeran awan, data raya pintar dan platform IoT, serta keselamatan infrastruktur dan maklumat.

3 Hong Kong had been working closely with Huawei to channel advanced technologies into construction of an all-cloud core network, while developing an appropriate radio-access capability as the company is moving towards 5G. Cliff Woo, HTHKH Executive Director and CEO (Right), Richard Zhang, President of Huawei’s Hutchison Global Key Account Department (Left)

Cliff Woo, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif HTHKH berkata: "3HK sedang menjalani perubahan pesat bermula daripada pengendali mudah alih menjadi pembangun ekosistem ekonomi Internet digital baharu. Dalam masa yang sama, tatkala berusaha dengan tekun untuk bersiap sedia mendepani 5G, kami meluaskan peruntukan ketersambungan mudah alih, perkhidmatan dan kandungan bagi mewujudkan ekosistem Internet digital baharu demi ekonomi baharu."

Penggunaan rangkaian teras awan-sepenuhnya

Baru-baru ini, 3 Hong Kong mengumumkan penggunaan awan syarikat telekomunikasi bagi menyediakan infrastruktur awan kepada rangkaian teras 3G dan 4G, yang akan meletakkan asas yang kukuh bagi mengubah seni bina rangkaian 5G. Ia turut mengemukakan rancangan untuk menjalankan percubaan rangkaian dalaman-dan-luaran menerusi jalur spektrum 5G 3.5GHz, 26 GHz dan 28 GHz (gelombang millimeter).

Kini, syarikat turut memperkenalkan infrastruktur rangkaian bagi melancarkan perkhidmatan 5G seawal mungkin -- sebaik sahaja standard spektrum 5G dimuktamadkan dan peranti mudah alih yang serasi disediakan.

Pembangunan inisiatif pengkomputeran awan, data raya dan IoT bersama Alibaba Group

3 Hong Kong and Alibaba Group announced a strategic cooperation covering cloud computing, intelligent big data and Internet of Things as well as infrastructure and information security to develop an ecosystem that underpins Hong Kong's new digital internet economy. Cliff Woo, HTHKH Executive Director and CEO (Left), Tianhua Zhong, Alibaba Group Vice President (Right)

3 Hong Kong dan Alibaba Group menandatangani perjanjian kerjasama strategik dengan tujuan untuk mewujudkan ekosistem kepada ekonomi Internet digital Hong Kong. Usaha-usaha syarikat akan menambah dorongan penting kepada pembangunan Hong Kong sebagai sebuah bandar pintar yang disediakan dengan ketersambungan berskala luas secara besar-besaran.

Kelebihan kompetitif 3 Hong Kong yang mengagumkan dari segi penjenamaan, saluran jualan dan pengalaman operasi, digandingkan dengan himpunan data raya bersepadu yang luas daripada pelbagai kumpulan pelanggan, akan membantu menghasilkan aplikasi untuk perusahaan semua saiz, serta pelanggan pengguna.

En Woo dan tokoh-tokoh pengurusan lain mengunjungi Shanghai dan Hangzhou pada lewat Jun ini bagi membuat pengumuman penting berkisarkan perjalanan transformasi 3 Hong Kong menuju era teknologi baharu.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180628/2175794-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180628/2175794-1-b

Source: 3 Hong Kong
Related Stocks:
HongKong:0215 OTC:HTHKY
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications Contracts Licensing/marketing agreements Data Analytics