omniture

EcoNet Perkenal SoC EN7580 10G xPON Premium Istimewa Dilengkapi Pemecut Rangkaian

EcoNet
2018-06-29 14:26 1584

HSINCHU, Taiwan, 29 Jun 2018 /PRNewswire/ -- EcoNet Limited, peneraju pasaran global bagi penyelesaian semikonduktor untuk produk komunikasi jalur lebar, hari ini melancarkan penyelesaian sistem-atas-cip ("SoC") EN7580 10G xPON istimewanya yang dilengkapi dengan pemecut rangkaian WAN-kepada-LAN dan Wi-Fi khusus untuk protokol 10GEPON, XGSPON, NGPON2, XGPON1, GPON dan EPON. Berserta Pemecut Paket eXtreme ("XPA") dan Pemecut Wi-Fi Pintar ("SWA"), EN7580 memudahkan trafik dengan sempurna daripada 10G xPON kepada sisi LAN dan trafik transmisi Wi-Fi dengan prestasi penghalaan berkelajuan-wayar dan dalam masa yang sama melepaskan beban CPU sepenuhnya.

Di samping itu, EN7580 mendayakan pengendali, yang ingin melanjutkan perkhidmatan GPON/EPON menerusi perkhidmatan 10G xPON, demi mencapai matlamat dengan cara yang paling cekap dan menjimatkan. "Lantaran peningkatan permintaan untuk lebar jalur yang lebih tinggi daripada pengendali telekomunikasi, EcoNet turut meningkatkan perkhidmatan ketersambungan rangkaian ke tahap lebih tinggi," kata Bomin Wang, Ketua Pegawai Eksekutif EcoNet. "Dengan melengkapi pemecut rangkaian dan menerusi pelbagai sokongan yang luas untuk berbilang protokol, pengendali dapat memperoleh manfaat daripada seni bina penjimatan kuasa ketara, prestasi perangkaian tanpa sekatan dan nisbah C/P EN7580 yang tinggi. Kami percaya EN7580 ialah penyelesaian generasi seterusnya yang ideal untuk pasaran gentian dan reka bentuk unik kami, yang terkemuka dalam industri dan berkuasa rendah akan turut memberi sumbangan besar terhadap persekitaran kami."

Ciri-ciri Utama SoC EN7580 Econet

  • Pemproses PON generasi kelima meneruskan seni bina terbukti lapangan EcoNet
  • XPA bersepadu membolehkan penghalaan kelajuan-wayar IPv4 dan IPv6 meningkat sehingga 10Gbit/s secara dwihala dengan lepas beban penuh CPU
  • SWA bersepadu menyokong transmisi trafik Wi-Fi ax/ac/11n. Sebagai contoh, penyelesaian Wi-Fi kadar dwihala MT7615 4x4n+4x4ac, dengan kelajuan sehingga 1.7Gbps dan memberi lebih 70% penjimatan dalam CPU
  • Tahap penyepaduan tinggi termasuk CPU 1.3Ghz Dwi-teras, port LAN Eternet berbilang-Gigabit, Eternet 10/5/2.5/1G melalui antara muka XFI/HSGMII, enjin USB, PCIe, IPSec, but selamat, VoIP berbilang talian dan UART berbilang port untuk aplikasi pengautomatan kediaman yang beraneka
  • Reka bentuk kuasa rendah inovatif yang terbaik dalam kelas menggunakan sekurang-kurangnya sehingga 40% kuasa lebih rendah berbanding kebanyakan SoC 10G xPON dalam pasaran
  • Reka bentuk DRAM tunggal asli untuk 10G xPON simetri dan tak simetri mengurangkan secara drastik kos pembangunan R&D ODM/pengendali

Latar Belakang EcoNet

EcoNet ialah subsidiari MediaTek Inc. dan peneraju pasaran dalam membangunkan SoC untuk rangkaian jalur lebar termasuk xPON/xDSL dan penyelesaian Suis Eternet. EcoNet terus menawarkan portfolio produk semikonduktor yang luas, inovatif dan untuk generasi seterusnya kepada vendor dan pengendali jalur lebar yang terkemuka.

Perhubungan Media:

Gilb Yang
Telefon: +886-3-6008566
Emel: Gilb.Yang@econet-inc.com

 

Source: EcoNet
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors Wireless Communications New products/services