omniture

GosuncnWelink lancar penyelesaian kereta terhubung untuk Kenderaan Tenaga Baharu di MWC Shanghai 2018

GosuncnWelink
2018-06-30 01:09 1849

SHANGHAI, 30 Jun 2018 /PRNewswire/ -- GosuncnWelink Technology Co., Ltd., penyedia penyelesaian bersepadu IoT yang terkemuka, melancarkan penyelesaian kereta terhubung pintarnya untuk Kenderaan Tenaga Baharu di upacara Pelancaran Produknya menerusi tema "Memperkasa Perjalanan Pintar" semasa Kongres Dunia Mudah Alih Shanghai 2018 (MWC Shanghai 2018). Rakan-rakan kongsi daripada kalangan pengeluar automotif Cina, pembekal Tahap 1, TSP (penyedia perkhidmatan telematik), pembawa telekomunikasi serta rakan-rakan kongsi daripada rantaian industri kenderaan tenaga baharu berhimpun di majlis Pelancaran Produk tersebut dan membincangkan situasi dan trend semasa berhubung pembangunan industri.

GosuncnWelink lancar penyelesaian kereta terhubung untuk Kenderaan Tenaga Baharu di MWC Shanghai 2018
GosuncnWelink lancar penyelesaian kereta terhubung untuk Kenderaan Tenaga Baharu di MWC Shanghai 2018

Penyelesaian kereta terhubung pintar yang dilancarkan oleh GosuncnWelink memperkasa kenderaan tenaga baharu dengan fungsi ketersambungan melalui modul gred automotif, kotak-T dalam kenderaan dan pembangunan bebas platform sistem kenderaan tenaga baharu. Menjalin kerjasama dengan OEM global, pembawa telekomunikasi dan TSP, produk kereta terhubung GosuncnWelink telahpun digunakan pada berjuta-juta kereta di seluruh dunia.

"GosuncnWelink menggabungkan industri maklumat dengan industri automobil bagi menyediakan pelanggan dengan produk serta perkhidmatan kereta terhubung dalam bidang kenderaan bahan api manakala keandalan dan kestabilan produk kami telahpun ditentusahkan dengan mengaplikasikannya kepada berjuta-juta kereta yang beroperasi dalam pebagai keadaan jalan yang rumit di seluruh dunia," kata Yanglei, Naib Presiden GosuncnWelink, "dan kini, kami melanjutkan keupayaan berkenaan kepada bidang kenderaan tenaga baharu yang akan meningkatkan keadaan sambungan dan kualiti kenderaan tenaga baharu dengan ketara."

Tetamu-tetamu daripada e-Carx, penyedia perkhidmatan kereta terhubung untuk Geely Group, Pusat Perancangan Pengangkutan Bandar dan Penyelidikan Maklumat Zhuhai, China Telecom dan Shanghai Httcar berkongsi pandangan masing-masing berhubung trend kenderaan tenaga baharu bagi teknologi kereta terhubung serta pengalaman aplikasi mereka dalam bidang berkenaan di acara pelancaran.

Dengan menggabungkan teknologi IoT dengan kereta terhubung, GosuncnWelink menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti kepada TSP yang terkemuka di Eropah, syarikat pembawa utama dari Amerika Utara, pengeluar auto yang ternama termasuk Geely, BYD, dan sebagainya. Pada masa depan, GosuncnWelink akan terus menginovasi produk dan penyelesaian kereta terhubung dan mengukuhkan lagi kerjasama dengan rakan-rakan kongsi daripada rantaian industri kenderaan tenaga baharu bagi menyediakan pelanggan dengan produk serta perkhidmatan terminal yang lebih selamat dan andal.

Latar Belakang GosuncnWelink:

Pembekal utama penyelesaian komunikasi tanpa wayar M2M, GosuncnWelink Technology Co., LTD., dikenali sebagai GosuncnWelink, mengkhusus terhadap pembangunan, pengeluaran dan pemasaran Modul M2M selular, penyelesaian kereta terhubung dan penyelesaian IoT.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180628/2175707-1

Source: GosuncnWelink
Keywords: Auto Computer Software Computer/Electronics Transportation New products/services Trade show news