SHANGHAI, 30 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Diadakan selama tiga hari bermula dari 27-29 Jun 2018, Kongres Dunia Mudah Alih Shanghai telah menarik golongan profesional dari seluruh industri mudah alih bagi meneroka topik-topik utama yang membentuk ekosistem mudah alih dan industri-industri berdampingan, termasuk 5G, kecerdasan buatan (AI), kemajuan terkini dalam peranti, masa depan kenderaan dan Internet Komunikasi Benda (IoT). ZTEsoft akan memperkenalkan penyelesaian AI terkininya semasa acara ini dengan tema "AI bina masa depan lebih baik".
Langkaui keperluan anda dengan pemasaran pintar
Penyedia perkhidmatan komunikasi (CSP) semakin mengaplikasikan model pemasaran inovatif daripada syarikat-syarikat gergasi berskala web dan membentuk operasi khidmat penuh dengan saranan pintar dalam talian serta pengalaman jualan baharu luar talian. ZTEsoft membantu CSP membangunkan platform perniagaan awan yang dapat merealisasikan penyegerakan data dalam talian kepada luar talian, serta memberi pengalaman yang tiada tandingan kepada pelanggan. Sementara itu, usaha memanfaatkan teknologi AI dapat memudahkan pemasaran yang tepat dan pintar yang dapat menangani masalah dalam model perniagaan, perkhidmatan diperibadikan dan juga operasi perniagaan.
Peralihan daripada bantuan reaktif kepada khidmat pelanggan proaktif
Robot sembang (chatbot) ialah contoh biasa AI dalam meningkatkan pengalaman pengguna. Digabungkan dengan robot khidmat pintar bagi menambah baik interaksi dengan pelanggan, ZSmart uTalk membantu ejen-ejen pelanggan bertindak secara lebih meluas dan beralih daripada bantuan reaktif kepada sokongan proaktif. Teknologi pengecaman pertuturan automatik (ASR) memberikan hasil kerja diselaraskan oleh manusia-mesin berdasarkan robot dalam talian 24 jam yang dapat mengendalikan isu-isu yang ringkas dan berulang serta mengenal pasti permintaan pelanggan secara pintar.
Robot pintar tingkatkan kecekapan operasi
ZTEsoft melancarkan robot pintar yang dilengkapi dengan AI untuk operasi lapangan yang menyediakan fungsi pengecaman imej, pertanyaan maklumat, tempahan operasi automatik dan sokongan sepanjang masa pada masa sebenar. Dengan robot pintar ini, ZTEsoft berupaya melengkapi jurutera lapangannya dengan bantuan maya bagi meningkatkan persepsi pelanggan serta menambah baik kecekapan operasi.
Teknologi AI memberi dorongan baharu dan mempunyai potensi yang hebat untuk telekomunikasi. ZTEsoft percaya AI dapat memberi pengaruh yang besar ke atas operasi, pengeluaran dan pengurusan CSP dalam proses transformasi digital. Kunjungi reruai kami di MWCS 2018 # Dewan N2 Gerai Pameran N2.F60 untuk mengetahui bagaimana ZTEsoft mempercepatkan transformasi digital anda dengan penyelesaian dan perkhidmatan "AI+".
Latar Belakang ZTEsoft
ZTESoft ialah sebuah syarikat teknologi pengkomputeran awan yang terkemuka di dunia. Ditubuhkan pada tahun 2003, kini ZTESoft menawarkan perkhidmatan kepada pengendali telekomunikasi, kerajaan, perusahaan di lebih 80 negara dan wilayah. Ia menawarkan penyelesaian berkualiti tinggi dan perkhidmatan profesional dipacu oleh pengkomputeran awan, analitik data raya dan kecerdasan buatan (AI). Hubungi kami di: cloudnow@ztesoft.com