omniture

Aluminium China 2018 pamer industri aluminium Asia yang maju biarpun tarif AS membebankan

Aluminium China
2018-07-02 10:59 893

SHANGHAI, 29 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Tatkala berdepan dengan kekalutan tarif AS, pameran dan persidangan Aluminium China 2018 di Shanghai bermula pada 11 hingga 13 Julai akan menyediakan industri aluminium China dengan platform global pertamanya sejak pengumuman yang dibuat untuk mengembangkan perniagaan menembusi pasaran-pasaran dunia yang lain. Acara tersebut, khususnya, yang akan menghimpunkan kira-kira 500 pempamer dan 24,000 pengunjung dari lebih 70 negara dan wilayah, bakal menguatkan hubungan China dengan seluruh pelosok Asia serta mengukuhkan kerjasama demi memacu pertumbuhan dan pembangunan selanjutnya dalam industri aluminium.

Pameran dan persidangan ALUMINIUM CHINA tahun 2017
Pameran dan persidangan ALUMINIUM CHINA tahun 2017

Pada bulan Mac lalu, presiden AS Donald Trump meluluskan duti "perlindungan" 10% ke atas produk aluminium tertentu yang mempunyai implikasi besar terhadap industri aluminium China. Di Aluminium China 2018, wakil-wakil daripada Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China akan memberi maklum balas tentang tarif dan rancangan untuk mengurangkan impaknya. Sementara itu, dalam Forum Industri Aluminium Tetamu Negara Kehormat - Thailand, penceramah-penceramah daripada Jabatan Perdagangan Luar Negeri Thailand akan memberi maklum balas oleh Kerajaan Thai terhadap dasar tarif baharu Donald Trump. Selain itu, golongan profesional daripada persatuan, taman perindustrian dan perusahaan Thailand akan berkongsi gambaran keseluruhan mengenai hubungan dagangan dan peluang perniagaan baharu antara kedua-dua negara.

Dengan perhatian antarabangsa terhadap perlindungan alam sekitar, acara tahun ini akan menyokong Persatuan Industri Logam Bukan Ferus China melancarkan Forum Pemuliharaan Tenaga, Perlindungan Alam Sekitar dan Pembangunan Teknologi dalam Industri Pemprosesan Aluminium, bagi membantu menggariskan rancangan pembangunan yang mesra alam, sihat dan untuk jangka panjang.

Permintaan dunia terhadap aluminium semakin kukuh dalam sektor-sektor seperti automotif, seni bina, pengangkutan, elektronik, jentera, perkakas dan sebagainya. Memandangkan industri automotif ialah pasaran teras untuk aplikasi aluminium, acara ini akan membawakan acara serentak Lightweight Asia dan acara sampingan Sidang Kemuncak Automotif Asia Lightweight yang akan menggabungkan sesi-sesi berkenaan Aplikasi Bahan Logam, Bahan Bukan Logam dan Teknologi Pengilangan dalam Kenderaan Tenaga Baharu Ringan. Selain itu, permintaan aluminium terhadap elektronik pengguna, perkakas rumah serta industri aplikasi utama yang lain akan turut diketengahkan dalam persidangan bertema di lokasi tersebut.

"Tahun ini, dengan adanya forum-forum baharu yang terus diperingkat serta pameran istimewa berhubung hiliran aluminium," kata Kelly Li, Pengurus Projek Aluminium China, "Aluminium China bukan sahaja menyediakan pengalaman beraneka kepada pengunjung dari seluruh industri aluminium tetapi turut membuka peluang baharu untuk perniagaan dan perhubungan bersama dunia."

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180627/2174516-1  

Source: Aluminium China
Keywords: Auto Machine Tools, Metalworking and metallurgy Mining Mining/Metals Trade show news