omniture

Trax Tutup Pusingan Pelaburan US$125 Juta Pimpinan Boyu Capital

Trax
2018-07-02 16:24 958

SINGAPURA, 02 Julai 2018 – Trax, penyedia terkemuka bagi penyelesaian visi komputer dan analitik untuk jualan, hari ini mengumumkan ia telah menyelesaikan pusingan pelaburan terbesar setakat ini, dan berjaya mengumpul sebanyak US$125 juta. Transaksi ini dipimpin oleh Boyu Capital, salah sebuah firma pelaburan ekuiti persendirian terbesar di Rantau Besar China. DC Thomson, organisasi media yang terkemuka dari UK, turut menyertai pusingan pelaburan berkenaan. Sebahagian daripada transaksi ini akan digunakan untuk membeli beberapa saham pelabur awal.

Beribu pejabat di Singapura, Trax merevolusikan industri jualan dengan menyediakan sumber tunggal maklumat sebenar produk di rak untuk syarikat-syarikat Barangan Pengguna Dibungkus (CPG) dan penjual. Ditubuhkan pada tahun 2012, Trax disokong oleh Warburg Pincus dan Investec antara pemegang sahamnya.

Setakat ini, syarikat berjaya mengumpul sejumlah pembiayaan kira-kira US$235 juta dan beroperasi di lebih 50 negara dengan lebih 175 penglibatan pelanggan. Trax menyediakan penyelesaian pelaksanaan dalam-kedai, pengukuran-pasaran dan sains-data untuk jenama-jenama dan penjual CPG dengan memanfaatkan platform visi komputer yang canggih bagi memproses foto yang diambil dalam-kedai menggunakan peranti mudah alih bagi menyediakan pandangan waktu nyata, menurut tahap barangan di rak dan stor yang terperinci.

Dalam satu kerjasama bersama Nielsen (NYSE: NLSN) tahun lalu, syarikat maklumat dan pengukuran global yang terkemuka, Trax memperkenalkan Suit Kepintaran Rak, menawarkan jenama-jenama dengan pandangan tahap barangan di rak yang belum pernah disediakan sebelum ini untuk terus mengukur dan meningkatkan strategi serta pelaksanaan barangan di rak mereka.

Selain bekerjasama dengan syarikat-syarikat CPG yang terkemuka di seluruh dunia, kini Trax terlibat dalam beberapa projek rintis transformasi digital bersama penjual-penjual global yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pengesanan barangan di rak yang berterusan menggunakan kamera IoT tanpa wayar. Trax berkata ia akan menggunakan pusingan pembiayaan terkini ini untuk memberi sokong lanjut peluasan global syarikat dan mempercepatkan penerimaan pasaran secara meluas untuk penyelesaian jualannya. Lokasi peluasan utama ialah Rantau Besar China, yang mana Trax telahpun memiliki kedudukan pasaran yang kukuh dengan menawarkan perkhidmatan kepada jenama-jenama global yang utama.

"Kami berasa amat teruja kerana Boyu Capital terlibat sebagai penyokong utama Trax bersama-sama Warburg Pincus, pemegang saham terbesar kami," kata Joel Bar-El, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Trax. "Pengalaman dan pandangan mereka menurut keluasan dan kadar kemajuan persekitaran teknologi jualan China akan menjadi amat bernilai. Suntikan dana daripada Boyu akan membolehkan kami memacu inovasi berterusan untuk teknologi kami di pusat kecemerlangan visi komputer kami di Tel Aviv, Israel dan untuk meninjau peluang bagi menubuhkan pusat kejuruteraan tambahan di China."

Dror Feldheim, ketua pegawai komersial dan pengasas bersama Trax menambah: "Kami sedang melepasi satu lagi titik lengkuk balas dalam pertumbuhan global kami dan perjalanan kami dalam memacu transformasi digital melibatkan jualan fizikal. Penerimaan penyelesaian dan perkhidmatan kami bergerak pada kelajuan yang amat pantas dalam pasaran-pasaran utama kami di AS, Eropah, Asia dan Amerika Latin. Jalinan kerjasama dengan Boyu dan mendapat akses kepada rangkaian luas serta kepakaran mendalam mereka menambah kuasa dorongan sebenar ke arah merealisasikan visi kami."

Joey Chen, pengarah urusan Boyu Capital mengulas: "Pelaburan dalam Trax didorong oleh keyakinan kami dalam proposisi nilai menarik terhadap penyelesaian teknologi baharu yang mendayakan pendigitan jualan fizikal. Kami berasa kagum dengan pengiktirafan meluas penyelesaian kedai sehenti berasaskan awan Trax oleh syarikat-syarikat CPG dan penjual yang terbesar di dunia. Berbanding pasaran-pasaran maju seperti Eropah dan Amerika Syarikat, penggunaan penyelesaian jualan digital oleh syarikat-syarikat barangan pengguna dan penjual Cina masih di peringkat awal. Menerusi pasaran jualan terbesar dunia dan bilangan outlet, kami dapat melihat masa depan yang cerah untuk pembangunan Trax di China."

-TAMAT-

Latar Belakang Boyu Capital

Boyu Capital ialah sebuah firma pelaburan persendirian berfokus Rantau Besar China yang terkemuka dan mempunyai pejabat-pejabat di Hong Kong dan Beijing. Terdiri daripada pasukan pelabur dan pengendali perniagaan berpengalaman, Boyu Capital menyediakan modal pertumbuhan dan sokongan strategik melalui perkongsian jangka panjang bersama-sama usahawan dan perusahaan terkemuka manakala portfolionya melibatkan beberapa syarikat terbesar, diurus paling baik dan paling inovatif dalam industri media/teknologi, pengguna/jualan, perkhidmatan kewangan dan rawatan kesihatan di kawasan Rantau Besar China.

Latar Belakang Trax

Trax ialah penyedia yang terkemuka bagi penyelesaian visi komputer dan analitik untuk jualan, yang baru-baru ini tersenarai sebagai 25 Syarikat Berkembang Paling Pantas Terbaik dalam senarai Technology Fast 500 Deloitte. Syarikat tersebut mendayakan kawalan pelaksanaan yang lebih ketat dalam-kedai dan menyediakan pelanggan dengan kebolehan untuk memanfaatkan pandangan kompetitif melalui instrumen pelaksanaan dalam-kedai, perkhidmatan pengukuran pasaran dan sains data bagi membuka peluang pendapatan di semua titik jualan. Banyak jenama dan penjual utama dunia memanfaatkan Trax di seluruh dunia di lebih 50 negara bagi mengurus pelaksanaan dalam-kedai dan meningkatkan pendapatan bagi produk yang dipaparkan di rak. Ibu pejabat Trax terletak di Singapura dan mempunyai pejabat-pejabat di seluruh dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Trax, sila layari www.traxretail.com.

Source: Trax
Keywords: Banking/Financial Service