omniture

Insider jadi pilihan Zalora perkasa pemerolehan melalui Kecerdasan Buatan dan Pembelajaran Mesin

Insider
2018-07-02 18:46 989

SINGAPURA, 2 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Zalora, laman e-dagang bertumpu fesyen yang terbesar dan paling pesat berkembang di Asia Tenggara mula memperkasa strategi pemerolehan pelanggannya dengan Platform Pengurusan Pertumbuhan (GMP) berkuasa-AI Insider.

Rashi Talwar, Pengurus Kanan Serantau di Zalora menumpu pada strategi pemerolehan pelanggan dan pengoptimuman penukaran. Beliau memastikan Zalora menyediakan pelanggan dan bakal pelanggan mereka dengan pengalaman pengguna sebaik mungkin sekaligus menambah baik penukaran.

Di samping itu, Rashi berdepan dengan cabaran untuk meningkatkan CAC (kos pemerolehan pelanggan) disebabkan oleh persaingan yang lebih tinggi, peningkatan CPC dan penggunaan berbilang saluran oleh pelanggan moden. Penyasaran audiens yang tersasar dalam saluran iklan mengakibatkan pembaziran pemasaran, menjadikannya sukar untuk mengoptimumkan belanjawan pengiklanan.

Rashi mula menilai penyelesaian berdasarkan capaian platform tatkala mereka ingin mencari platform bersepadu yang berkesan merentasi saluran; pengurusan akaun khusus agar mereka dapat memanfaatkan platform sepenuhnya; dan penyepaduan platform memandangkan Zalora ialah jenama yang semakin berkembang dengan tindanan teknologi yang pelbagai.

Maka bermulalah pertemuan Rashi dengan Insider, Platform Pengurusan Pertumbuhan (GMP) bersepadu yang pertama. Platform Pengurusan Pertumbuhan (GMP) membantu pihak pemasar digital memacu pertumbuhan merentasi model pemasaran, bermula daripada Pemerolehan kepada Pengaktifan, Pengekalan dan Pendapatan.

Memanfaatkan segmentasi prediktif waktu nyata yang dikuasakan oleh Kecerdasan Buatan mendalam dan keupayaan Pembelajaran Mesin, Platform Pengurusan Pertumbuhan (GMP) Insider memperkasa pemasar untuk menyediakan perjalanan diperibadikan menerusi laman web, web mudah alih, aplikasi mudah alih dan saluran iklan.

Rashi, yang berdepan dengan peningkatan kos pemerolehan pelanggan berminat khususnya terhadap Predictive Ad Audiences Insider. Teknologi ini membolehkan pihak pemasar menyasarkan segmen prediktif dikuasakan AI dalam saluran iklan seperti Facebook dan Adwords. Algoritma Kebarangkalian Membeli membahagikan pengunjung yang diramal akan membuat pembelian dalam tempoh tujuh hari akan datang. Hanya dengan menyasarkan pengunjung berkenaan, yang berkemungkinan membeli, pemasar dapat membuat pelaburan yang lebih pintar dan meningkatkan kecekapan perbelanjaan iklan dan seterusnya, pulangan terhadap perbelanjaan iklan (ROAS).

Memandangkan Platform Pengurusan Pertumbuhan (GMP) Insider dibangunkan pada lapisan data yang seragam, ia mudah dilaksanakan dan mudah juga digunakan, tanpa memerlukan penyepaduan rumit dan kebergantungan kepada pasukan IT.

"Di ZALORA, kami mencuba dan menyemak semula banyak teknologi baharu dan menarik, namun demikian saya berasa kagum khususnya apabila mengenali Predictive Ad Audiences daripada Insider. Penyepaduan yang amat ringkas yang hanya mengambil masa kurang daripada 5 minit (tidak melibatkan IT), Insider berupaya untuk mula mengendalikan algoritma pembelajaran mesin sofistikatednya bagi membantu kami mengenal pasti khalayak pengguna bernilai tinggi dengan kebarangkalian yang tinggi untuk berminat, kebarangkalian yang tinggi untuk memilih syarikat lain, atau menjadi mereka mempunyai nilai seumur hidup pelanggan yang tinggi. Produk yang menarik & pengurusan akaun yang hebat - 5 bintang!" kata Rashi Talwar, Pengurus Kanan Serantau di Zalora.

Khususnya, GMP membantu pihak pemasar mewujudkan interaksi yang lebih pintar bersama pelanggan mereka dengan mendedahkan mereka kepada kandungan yang paling relevan melalui saluran-saluran pilihan mereka, seraya memberikan pengalaman yang lancar.

Hande Cilingir, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif berkata: "Matlamat kami adalah untuk memudahkan pemasar digital mengambil peranan utama dalam memacu pendapatan, pertumbuhan dan kesetiaan dalam organisasi-organisasi mereka. Paling utama, misi kami adalah untuk membantu jenama-jenama memberikan pengalaman yang relevan dan menggembirakan yang prihatin terhadap perhatian dan masa pelanggan mereka."

Baru-baru ini Platform Pengurusan Pertumbuhan Insider berjaya mengumpul sebanyak US$11 juta dalam pelaburan Siri B daripada Sequoia Capital.

 

 

Source: Insider
Keywords: Advertising Computer/Electronics Electronic Commerce Fashion Internet Technology Telecommunications Contracts