omniture

Country Garden Menang Tiga Anugerah di Institutional Investor

Country Garden Holdings
2018-07-03 23:41 1727

FOSHAN, China, 3 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Kedudukan Pasukan Eksekutif Seluruh Asia 2018 bagi Institutional Investor, bahan penerbitan kewangan terkemuka yang berpangkalan di AS, telahpun diumumkan baru-baru ini, yang mana presiden Country Garden Holdings, Mo Bin dilihat menonjol daripada persaingan yang sengit itu. Presiden kumpulan hartanah ini sekali lagi dinamakan sebagai "Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik" dan antara mereka yang tercalon, menerima penarafan terbaik, berdasarkan tinjauan daripada lebih 4,500 responden yang terdiri daripada penganalisis sisi belian, pengurus wang dan penyelidik sisi jualan di firma-firma sekuriti serta institusi-institusi kewangan.

Country Garden Holdings president Mo Bin
Country Garden Holdings president Mo Bin

Kumpulan responden yang sama turut menamakan Ketua Pegawai Kewangan dan naib presiden Country Garden Wu Bijun sebagai "Ketua Pegawai Kewangan Terbaik" manakala pengarah perhubungan pelabur Ma Ziling sebagai "IRO Terbaik".

Institutional Investor ialah salah satu majalah kewangan yang paling berpengaruh di dunia. Majalah berkenaan menjalankan tinjauan bagi menentukan pasukan pengurusan eksekutif terbaik antara syarikat-syarikat di rantau Asia Pasifik setiap tahun. Penarafan tahunannya menjadi acara utama dalam pasaran-pasaran modal antarabangsa dan diiktiraf sebagai barometer di peringkat global bagi menentukan industri-industri terbaik untuk melabur di dalamnya. Penarafan ini dilihat sebagai penarafan paling berwibawa dalam pasaran modal dunia memandangkan penarafan ini adalah mengikut keputusan tinjauan ahli-ahli komuniti kewangan yang diperakui secara rasmi oleh pihak penaja.

Ini merupakan kali pertama Country Garden meraih tiga anugerah Institutional Investor. Penganalisis menyifatkan bahawa terdapat reaksi positif kesan daripada kemenangan anugerah oleh firma ini, iaitu harga saham Country Garden (HK.2007) melonjak 11.29%, yang meneraju peningkatan dalam saham hartanah.

Ini juga merupakan kali pertama Country Garden memenangi anugerah "IRO terbaik" sejak disenaraikan. Tahun lalu, Country Garden menjadi salah satu pemaju kediaman China dengan jualan melebihi 500 bilion yuan (kira-kira US$75.6 bilion), selain tersenarai dalam senarai Fortune Global 500 dan menjadi salah satu konstituen Hang Seng Index.

Terdahulu, Country Garden mendaki anak tangga ke-143 dalam senarai Forbes Global 2000 yang disiarkan baru-baru ini oleh Forbes, melonjak 130 anak tangga berbanding setahun lalu. Syarikat-syarikat senaraian terbesar dan paling hebat di dunia dalam senarai ini diiktiraf berdasarkan empat penunjuk utama: pendapatan, keuntungan, aset dan nilai pasaran. Dengan pendapatan sebanyak US$33.8 bilion, keuntungan sebanyak US$3.9 bilion, aset sebanyak US$161.2 bilion dan penilaian pasaran sebanyak US$45.2 bilion, Country Garden berjaya tertumpu sebagai antara 200 syarikat terbaik yang amat penting dalam senarai ini.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180629/2177135-1

Source: Country Garden Holdings
Related Links:
Keywords: Commercial Real Estate Construction/Building Real Estate Residential Real Estate Awards