omniture

ThetaRay Kumpul Lebih $30 Juta

ThetaRay
2018-07-04 02:58 1140

NEW YORK, 4 Julai 2018 /PRNewswire/ --

Pusingan Baharu Bakal Bantu Penuhi Permintaan terhadap Penyelesaian Pembelajaran Mesin Perangi Jenayah Kewangan dan Tingkat Kecekapan Operasi

ThetaRay, peneraju bagi AI dan analitik data raya yang menawarkan penyelesaian bagi pencegahan jenayah, kecekapan operasi dan pengesanan ancaman, mengumumkan ia telah menyelesaikan pusingan pengumpulan dana sebanyak lebih $30 juta. Menerusi pelaburan terkini, syarikat berjaya mengumpul lebih $60 juta. Pusingan ini mempunyai lebihan langganan yang ketara. Pihak pelabur terdiri daripada Jerusalem Venture Partners (JVP), GE, Bank Hapoalim, OurCrowd, SVB Investments dan lain-lain.

ThetaRay menunjukkan pertumbuhan luar biasa sepanjang lima tahun beroperasi, menggandakan saiznya saban tahun. Syarikat akan menggunakan modal ini untuk meluaskan kehadirannya di Eropah, Asia dan AS, meningkatkan tenaga kerjanya dan meluaskan operasi dengan ketara demi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap sistem yang memerangi jenayah kewangan dan pengubahan wang haram.

Teknologi pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan ThetaRay membantu institusi-institusi kewangan mengenal pasti tanda-tanda paling awal pengubahan wang haram. Ia berasaskan algoritma berpaten yang dibangunkan oleh pakar matematik yang ternama di dunia selama lebih sedekad dan dapat mengesan anomali pada waktu nyata, mengurangkan keputusan ujian palsu dengan radikal dan mendedahkan "hal-hal yang tidak diketahui". Baru-baru ini, syarikat memenangi Anugerah Pengurusan Risiko The Asian Banker bagi penyelesaian teknologi terbaik yang mematuhi peraturan institusi-institusi.

Mark Gazit, Ketua Pegawai Eksekutif ThetaRay berkata: "Dalam era ini apabila aktiviti jenayah dan pengubahan wang haram semakin meningkat dan menjadi lebih sofistikated selain peraturan juga turut meningkat, terdapat permintaan yang lebih tinggi terhadap penyelesaian kami. Tatkala jumlah maklumat digital semakin bertambah, anda tidak dapat melindunginya tanpa sistem kecerdasan buatan. ThetaRay menawarkan penyelesaian paling canggih dan matang bagi mengesan ancaman sebelum berlaku. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelabur-pelabur sedia ada, khususnya JVP, atas keyakinan mereka terhadap ThetaRay dan mengalu-alukan pelabur-pelabur baharu untuk menyertai pusingan ini."

"Jenayah kewangan, pengubahan wang haram, penipuan dan serangan siber bersepadu termaju terhadap institusi-institusi kewangan menimbulkan risiko sistemik yang semakin berkembang yang telahpun menyebabkan bank-bank menghentikan operasi," ujar Yoav Tzruya, Rakan Kongsi Am di JVP dan pelabur pengasas ThetaRay. "Sistem-sistem sedia ada mempunyai kekurangan dalam menangani ketangkasan dan inovasi organisasi berbahaya, penipu dan penggodam. ThetaRay bersifat unik untuk menangani masalah pasaran yang ketara ini, melalui penyelesaian dipacu AI yang holistik dan tanpa peraturan bagi mengenal pasti peristiwa berkenaan, sekaligus mengurangkan kos pengendalian untuk bank-bank dengan ketara."

"Berita buruk untuk penggodam kewangan, pusingan bernilai $30 juta baharu ThetaRay menandakan individu-individu berniat tidak baik perlu bekerja lebih keras untuk pulangan yang amat sedikit," kata Jon Medved, Ketua Pegawai Eksekutif, OurCrowd, sebuah platform pendanaan orang ramai bagi ekuiti yang terkemuka. "Nasihat mudah saya kepada anda adalah: carilah bidang kerja lain."

Latar Belakang ThetaRay: 

ThetaRay ialah sebuah syarikat Kecerdasan Buatan dan analitik data raya yang terkemuka, membantu organisasi-organisasi kewangan, bahagian keselamatan siber dan infrastruktur kritikal menjadi lebih berdaya tahan dan merebut peluang. Penyelesaian analitik termajunya beroperasi dengan kadar kelajuan, ketepatan dan skala yang belum pernah terjadi sebelum ini, membolehkan pelanggan mengurus risiko, mengesan skim pengubahan wang haram, mendedahkan penipuan, mendedahkan pinjaman yang tidak baik, merungkai isu-isu operasi dan membuka peluang pertumbuhan baharu yang bernilai.

Ikuti kami melalui Twitter: @ThetaRayTeam

Hubungi:
Mark Prindle
Fusion PR
646-452-7109
mark.prindle@fusionpr.com

Source: ThetaRay
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Data Analytics