omniture

Breuninger Kini Tawar Alipay dan WeChat Pay - Kolaborasi Berjaya Dengan Wirecard

E.Breuninger GmbH & Co
2018-07-04 07:00 1452

STUTTGART dan ASCHHEIM, Jerman, 4 Julai 2018 /PRNewswire/ --

Penyelesaian pembayaran mudah alih untuk pelancong Asia  

Syarikat fesyen dan gaya hidup Breuninger memperkenalkan penyelesaian pembayaran mudah Alih Cina Alipay dan WeChat Pay. Ini dapat dijayakan oleh Wirecard, pakar dalam teknologi kewangan digital. Breuninger ialah gedung serbaneka Jerman pertama yang menawarkan kedua-dua penyelesaian pembayaran Cina yang terkemuka itu di 11 kedainya.

Pengenalan kepada Wirecard ePOS App dalam sistem till Breuninger membolehkan Alipay dan WeChat Pay disepadukan dengan mudah ke dalam kedainya dan ini bermakna para pelancong Cina dapat mengambil manfaat daripada penyelesaian pembayaran mudah alih pilihan mereka di Titik Jualan. Penyelesaian ini menawarkan penjual dengan ekosistem digital menerusi pilihan pembayaran global dan beberapa perkhidmatan bernilai tambahan.

Menerusi jalinan kerjasama ini, Breuninger memanfaatkan kecenderungan pelancong Cina untuk melancong. Tahun lalu, seramai 12.4 juta pelancong dari Timur Jauh mengunjungi Eropah semasa aktiviti pelancongan mereka. Berdasarkan kadar pertumbuhan yang dijangkakan iaitu 68% setiap tahun, ini akan meningkat kepada 20.8 juta pelancong menjelang tahun 2022. Membeli belah barangan mewah seperti beg tangan, kasut dan pakaian pereka adalah amat popular dalam kalangan pelancong Cina dan menjadi bahagian penting dalam keseronokan percutian mereka. Dengan itu, sebanyak 11 gedung serbaneka Breuninger menjadi destinasi popular untuk pelancong-pelancong Cina. Dengan menerima Alipay and WeChat Pay, gedung serbaneka utama Eropah itu dapat memanfaatkan kumpulan sasaran yang muda, celik dalam talian dan mewah ini dengan lebih berkesan.

Holger Blecker, Ketua Pegawai Eksekutif Breuninger: "Membeli belah produk-produk mewah menjadi bahagian penting dalam percutian Eropah untuk ramai pelancong dari China. Breuninger, dengan rangkaian pilihan pereka antarabangsa dan jenama mewah, menjadi destinasi beli belah yang amat popular untuk pengguna Asia. Salah satu keutamaan tertinggi kami adalah untuk mendigitkan portfolio perkhidmatan kami. Penyepaduan Alipay dan WeChat Pay di semua kedai Breuninger ialah satu langkah logik ke arah peningkatan seterusnya dalam pengalaman membeli belah."

Markus Braun, Ketua Pegawai Eksekutif Wirecard AG: "Kami berbesar hati kerana mendapat Breuninger sebagai pelanggan baharu. Kami akan bersama-sama membentuk pendigitan proses pembayaran dalam dunia jualan. Alipay dan WeChat Pay telah terbukti menjadi titik kemasukan popular untuk syarikat-syarikat yang berhasrat untuk melaksanakan proses pendigitan seperti ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan tepat. Kami berasa teruja untuk meluaskan kolaborasi kami dengan Breuninger agar mencakupi segmen omnisaluran tambahan pada masa depan."

Bahan grafik berdefinisi tinggi disediakan untuk anda pada 29 Jun 2018 mulai jam 2 petang dan seterusnya menerusi pautan berikut:

http://www.ast-juergens.com/Alipay_WeChatPay_bei_Breuninger  

Gambar disediakan melalui epa european pressphoto agency (http://www.epa.eu)

Suntingan Awal: http://ots.de/QEhwlb

Video Web: http://ots.de/dWBgCL

Latar Belakang E. Breuninger GmbH & Co.:  

Breuninger, sebuah syarikat fesyen dan gaya hidup, ditubuhkan pada tahun 1881 oleh Eduard Breuninger dan hari ini merupakan antara gedung serbaneka yang terkemuka di Eropah. Selama lebih 135 tahun, Breuninger menawarkan seleksi eksklusif jenama-jenama pereka antarabangsa dan jenama-jenama pilihan pendatang baharu, menetapkan standard yang tinggi dalam bidang fesyen, kecantikan dan gaya hidup dalam prosesnya. Breuninger bermaksud kesedaran gaya dan reka bentuk penetap trend dengan orientasi pelanggan yang berbeza: perkhidmatan yang ditawarkan seperti Khidmat Khas, atelier dalaman tempahan lebih awal Breuninger, Click&Collect, khidmat pesanan dalam kedai dan Khidmat Ulang Alik dapat mencipta pengalaman membeli belah yang unik. Syarikat berbilang saluran yang memenangi pelbagai anugerah itu mengendalikan 11 kedai dan menggaji lebih 5,500 kakitangan di seluruh Jerman. Kedai dalam talian http://www.breuninger.com dilancarkan pada tahun 2008 ialah kedai dalam talian yang paling berjaya dalam segmen premium.

Latar Belakang Wirecard:  

Wirecard (GER:WDI) ialah salah satu platform digital yang paling pesat berkembang di dunia dalam bidang perdagangan kewangan. Kami menyediakan pelanggan perniagaan dan pengguna dengan ekosistem yang sentiasa berkembang mencakupi perkhidmatan bernilai tambah waktu nyata yang dibangunkan berkisarkan pembayaran digital yang inovatif menggunakan pendekatan B2B2C bersepadu. Ekosistem ini bertumpu pada segmen pembayaran & risiko, perbankan runcit & transaksi, kesetiaan & kupon, analitik data & peningkatan kadar penukaran dalam semua saluran jualan (dalam talian, mudah alih, ePOS). Wirecard mengendalikan institusi-institusi kewangan dikawal selia dalam beberapa pasaran utama, memegang lesen pengeluaran dan pemerolehan daripada semua rangkaian pembayaran dan kad utama. Wirecard AG tersenarai dalam Bursa Saham Frankfurt (TecDAX, ISIN DE0007472060). Kunjungi kami di http://www.wirecard.com, ikuti kami melalui Twitter @wirecard dan Facebook @wirecardgroup.

Perhubungan media Breuninger:
E. Breuninger GmbH & Co.
Komunikasi Korporat
Marktstraße 1-3
70173 Stuttgart
Jerman
Tel.: 0711/211-2100
Faks.: 0711/211-1541
medien@breuninger.de  

http://www.breuninger.com

Perhubungan media Wirecard:
Wirecard AG 
Jana Tilz
Ketua Perhubungan Awam
Einsteinring 35
85609 Aschheim
Jerman
Tel.: +49 0 89 4424 -1363
Faks: +49 0 89 4424 -2363
Telefon Bimbit: +49 151 5491 1944

http://www.wirecard.com

Source: E.Breuninger GmbH & Co
Keywords: Banking/Financial Service Electronic Commerce Household Products Household/Consumer/Cosmetics Internet Technology Licensing/marketing agreements