omniture

i-Sprint Perkenal Satu-satunya Di Dunia Penyelesaian Kod WR Kalis Klon Gred Bank untuk Perlindungan Jenama

i-Sprint Innovations
2018-07-04 09:00 2045

SINGAPURA, 4 Julai 2018 /PRNewswire/ -- i-Sprint Innovations Pte Ltd (i-Sprint) telah membangunkan kod QR antipemalsuan kalis klon baharu, dikenali sebagai Kod AR, yang mempunyai proses keselamatan bergred bank. Ciri unik ini ditawarkan melalui penyelesaian perlindungan jenamanya, AccessReal™.

AccessReal™ ialah penyelesaian perlindungan jenama generasi baharu untuk antipemalsuan, jejak dan kesan serta pemasaran pengguna. Penyelesaian ini menyediakan pemilik jenama dan produk dengan kebolehan untuk memperkasa saluran dan pelanggan mereka bagi menyemak sendiri ketulenan produk yang dibeli menggunakan peranti mudah alih pintar. Setiap produk diberikan identiti unik dan identiti ini ditetapkan pada produk menggunakan tag pengenalan seperti kod bar, kod QR, NFC dan RFID. Menerusi perniagaan terasnya unutk menyediakan penyelesaian keselamatan kepada industri-industri persekitaran yang amat sensitif seperti institusi perkhidmatan kewangan, i-Sprint komited untuk memastikan langkah-langkah keselamatan yang sama dilaksanakan bagi membanteras pemalsuan. Pembangunan kod QR kalis klon (Kod AR) meneruskan komitmen ini dengan menyediakan cara yang selamat untuk mengesahkan keaslian produk.

Kod AR - Bahasa Inggeris
Kod AR - Bahasa Inggeris

Kod AR ini direka bentuk, dihasilkan dan dikeluarkan menggunakan proses-proses gred bank. Tera air digital unik dan DNA pengenalan produk ditambah kepada kod QR biasa dengan perlindungan penyirian dan penyulitan demi mencipta Kod AR. Kod AR menyediakan ciri keselamatan bukti salinan untuk menghapuskan replikasi. Ini dapat dicetak terus pada pempakejan, label dan dokumen produk sedia ada. Pengguna tidak memerlukan ilmu pengetahuan khas atau instrumen bagi mengesahkan produk berkenaan. Mereka dapat melakukan semakan ketulenan produk dengan mudah menggunakan telefon bimbit standard yang mempunyai kamera, dengan mengimbas Kod AR melalui aplikasi mudah alih atau aplikasi web. Semua proses pengimbasan dihubungkan dengan sistem bahagian belakang terjamin AccessReal™ bagi mengesahkan maklumat.

Menurut En. Dutch Ng, Ketua Pegawai Eksekutif i-Sprint, "Kod AR bukan sahaja membolehkan pengguna menyemak ketulenan produk tetapi ia juga mendayakan pengguna melihat maklumat penuh produk bagi membantu keputusan belian. Perusahaan-perusahaan juga boleh melaksanakan tag pengenalan lapisan kedua bagi mengumpul lebih banyak maklumat tingkah laku membeli pengguna untuk memaklumkan perancangan perniagaan dengan lebih baik."

Sebuah syarikat minuman kesihatan Singapura dan pengeluar komponen automotif Asia Pasifik yang ternama memperkenalkan AccessReal™ dengan tag Kod AR dalam suku ketiga tahun ini. Syarikat minuman kesihatan berkenaan menggunakan AccessReal™ sebagai penyelesaian untuk mengelakkan pemalsuan, membina keyakinan pengguna dan pemasaran. Sebaliknya, pengeluar komponen automotif menggunakan Kod AR untuk mencegah pemalsuan, mengesan isu pasaran yang mencurigakan dan menyediakan pengurusan waran.

"Pelanggan saya menuntut penyelesaian terbaik untuk produk mereka. Saya berasa gembira kerana i-Sprint menjadi rakan teknologi kami untuk bekerjasama bagi menyediakan penyelesaian perlindungan jenama yang amat inovatif untuk pelanggan saya. Seterusnya, saya mempunyai pelanggan dalam industri gaya hidup yang akan melancarkan produk di Asia Tenggara dengan jumlah tahunan melebihi 100 juta unit menggunakan Kod AR," kata En. Ng Guankai, Pengarah Pembangunan Perniagaan Nabcore, sebuah firma perunding pengurusan perniagaan yang berpangkalan di Singapura.

i-Sprint turut bekerjasama dengan Persekutuan Pembuatan Singapura (SMF) bagi menyokong Pengeluar Makanan Singapura melindungi jenama mereka dalam pasaran luar negara. SMF melancarkan Platform Pengesahan Produk PINTAR SMF dikuasakan oleh AccessReal™ pada April 2018 dan tag Kod AR ialah salah satu pilihan tag pengenalan untuk pihak pengeluar.

Kini, penyelesaian AccessReal™ turut diaplikasikan dalam pelbagai industri seperti wain, penerbitan, kecantikan, makanan tambahan kesihatan, makanan & minuman serta perkakas rumah.

Untuk maklumat lanjut mengenai AccessReal™, sila layari www.accessreal.com.  

Logo I-Sprint
Logo I-Sprint

Latar Belakang i-Sprint Innovations

i-Sprint Innovations (i-Sprint), ditubuhkan pada tahun 2000, ialah penyedia terkemuka dalam Menjamin Identiti dan Transaksi Dunia Siber yang membolehkan individu, organisasi dan masyarakat membina kepercayaan dan jaminan identiti untuk memperkasa peningkatan produktiviti melalui identiti digital dan identiti komunikasi benda (IDoT). Tawaran produk identiti digital i-Sprint termasuk pengesahan adaptif (biometrik, pengesahan berbilang faktor dan banyak lagi), perkhidmatan daftar masuk tunggal, pengesahan penyulitan hujung-ke-hujung dan perlindungan data untuk data transaksi dan bagi menjamin akses kepada web, mudah alih dan aplikasi berasaskan awan. Produk-produk IDoT membolehkan perusahaan meminimumkan pemalsuan, menjejak dan mengesan produk, memanfaatkan risikan perniagaan demi perancangan perniagaan yang lebih baik dan interaksi langsung terperibadi bersama pelanggan.

Pelanggan-pelanggan i-Sprint melibatkan FSI yang terkemuka, kerajaan, telekomunikasi, utiliti awam, pengilangan, rawatan kesihatan, pendidikan, MNC dan lain-lain. Kini, i-Sprint mempunyai kehadiran langsung dan rakan-rakan ditauliahkan yang aktif di seluruh tanah besar China, Hong Kong, Jepun, Taiwan, Malaysia, Singapura, Thailand dan Amerika Syarikat.

www.i-sprint.com

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Cik Cheam Gim Chng
+65-6420-6985
gim.cheam@i-sprint.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180626/2172933-1
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180626/2172933-1-LOGO

Source: i-Sprint Innovations
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Mobile Entertainment New products/services