omniture

Sam Smith sebagai Penghibur Utama Konsert Pasca Perlumbaan Yasalam Malam Sabtu di Abu Dhabi Grand Prix 2018

Yas Marina Circuit
2018-07-04 15:42 1803

ABU DHABI, UAE, 4 Julai 2018/PRNewswire/ --

Litar Marina Yas dan FLASH Entertainment telah mendedahkan aksi global seterusnya yang akan membuat persembahan di Konsert Pasca Perlumbaan Yasalam tahun ini sebagai sebahagian daripada aktiviti hujung minggu FORMULA 1 2018 ETIHAD AIRWAYS ABU DHABI GRAND PRIX.

generated by system

Penyanyi/penggubah lagu British Sam Smith telah disahkan sebagai penghibur utama untuk Konsert Pasca Perlumbaan Yasalam pada hari Sabtu 24 November bertempat di du Arena, Pulau Yas.

Pengumuman ini meneruskan momentum dan keterujaan yang sangat besar yang terhasil susulan berita bahawa bintang handalan Kanada 'The Weeknd' (Jumaat 23 November) dan legenda rock Amerika Guns N' Roses (Ahad 25 November) akan mengadakan persembahan untuk pencinta muzik dan peminat sukan bermotor sepanjang hujung minggu perlumbaan tersebut.

Penyanyi/penggubah lagu yang berjaya di peringkat global yang telah memenangi pelbagai anugerah termasuk empat Anugerah Grammy, tiga Anugerah Billboard Music dan tiga Anugerah Brit, persembahan oleh Sam Smith di Abu Dhabi akan menampilkan lagu-lagu daripada album sulung yang berjaya meraih Anugerah Grammy dan dipuji pengkritik 'In The Lonely Hour' serta keluaran terkini beliau, 'The Thrill Of It All' 2017.

Dengan 'The Weeknd' yang akan membuat persembahan pada hari Jumaat, Sam Smith bakal muncul di pentas pada hari Sabtu manakala Guns N' Roses akan menggegar penonton pada hari Ahad - artis pertama, kedua dan ketiga daripada empat konsert Pasca Perlumbaan Yasalam - pemegang tiket boleh membeli tiket selama tiga hari yang memberi akses kepada keempat-empat konsert tersebut.

Sejak tiket-tiket Abu Dhabi Grand Prix dilancarkan di seluruh dunia pada bulan Mac lalu, minat dilihat amat tinggi dengan tiket-tiket dua hari West Grandstand, West Club dan Abu Dhabi Hill telahpun habis dijual dan hanya bilangan yang terhad bagi tiket-tiket Abu Dhabi Hill kegemaran peminat selama tiga hari masih tersedia.

Penambahan produk Jumaat selama sehari yang baharu, membolehkan pemegang tiket merancakkan hujung minggu mereka menerusi tiket Kemasukan Umum selama dua hari atau tiket Hospitaliti selama dua hari Marsa Suite, Terrace Hospitality dan Champions Club dengan Friday Paddock Club selama sehari atau Kelab di Trackside Terrace Friday.

Pemegang-pemegang tiket juga berpeluang merancakkan hujung minggu mereka dengan membeli tiket dinaik taraf 'Golden Circle' sempena Konsert Pasca Perlumbaan Yasalam.

Hanya empat minggu berbaki untuk membeli tiket-tiket 'Pengunjung Awal' untuk Abu Dhabi Grand Prix, menawarkan 20 peratus diskaun kepada peminat perlumbaan dalam pelbagai pakej tiket, tiket-tiket 'Pengunjung Awal' boleh didapati sehingga 31 Julai.

Tiket-tiket boleh didapati secara dalam talian melalui http://www.yasmarinacircuit.com.

Sumber: Yas Marina Circuit

Source: Yas Marina Circuit
Keywords: Entertainment Music