omniture

Ideal Cures Lancar Dua Produk Salutan Filem Baharu INSTACOAT QD dan INSTACOAT T2F di Sidang Sulit FDD ke-2

Ideal Cures Private Limited
2018-07-05 12:24 968

MUMBAI, India, 5 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Ideal Cures, sebuah syarikat India yang beribu pejabat di Mumbai, India, melancarkan dua produk salutan filem baharu yang sedia digunakan, INSTACOAT QD dan INSTACOAT T2F, di Sidang Sulit Penyampaian Formulasi dan Ubatan (FDD) ke-2, diadakan pada 15-16 Jun 2018 di Hyderabad, India yang mana lebih 110 perumus daripada syarikat-syarikat farmaseutikal terkemuka yang berpangkalan di India hadir.

INSTACOAT QD, produk salutan filem pengecai pantas ialah satu revolusioner untuk kegunaan farmaseutikal yang memberikan pengecaian filem yang pantas dalam tempoh 3-30 saat.

INSTACOAT T2F ialah produk salutan sedia digunakan yang cemerlang oleh Ideal Cures yang bebas sepenuhnya daripada Talc dan TiO2. Produk ini dibangunkan kerana terdapat banyak spekulasi, persoalan dan kebimbangan tentang talc dan titanium dioksida bersifat karsinogenik. Oleh itu, penggunaannya tidak digalakkan di Eropah dan AS.

En. Suresh Pareek, Pengarah Urusan Ideal Cures Pvt. Ltd., yang merupakan salah seorang pencipta berkata, "Ideal Cures didorong oleh visinya untuk menyediakan penyelesaian terbaik kepada industri dengan terus membangunkan produk baharu dan juga inovatif. Kami menyasarkan untuk menambah satu lagi pencapaian penting kepada misi kami dalam membantu industri farmaseutikal menerusi keperluannya terhadap sistem penyampaian ubatan yang lebih baik dan pematuhan peraturan melalui dua produk ini."

Latar Belakang Ideal Cures: 

Ideal Cures (IC) ialah antara pengeluar yang terkemuka di India dan pengeksport eksipien farmaseutikal dan sistem salutan sedia digunakan untuk bentuk dos oral pepejal. IC menyediakan penyelesaian dan produk buatan khusus untuk industri-industri farmseutikal dan bersekutu, melalui jaringan pelanggan dan rakan kongsi di lebih 40 negara seluruh dunia. Ia merupakan syarikat salutan filem pertama yang memperoleh pengesahan EXCiPACT™ untuk semua kilang pembuatan patuh cGMP miliknya. Kemudahan pengilangan terkini IC di Sikkim akan mendapat pengesahan pada masa yang tepat. Sebuah syarikat yang diperakui ISO 9001:2015 dengan DMF AS untuk semua kilang pembuatannya; IC ialah salah sebuah syarikat salutan filem yang paling inovatif.

Untuk pengalaman salutan tablet yang komprehensif dan menjimatkan masa, Berbincanglah dengan Kami!

Sertai kami melalui LinkedIn untuk perkembangan terkini yang pantas mengenai pelancaran produk baharu kami dan acara-acara akan datang!  

Perhubungan Media:
Saryu Pareek Gupta
Naib Presiden - Komunikasi Korporat
Ideal Cures Pvt. Ltd., Mumbai, India
+91-2242688700
Emel: pareeksaryu@idealcures.co.in
Laman Sesawang - http://www.idealcures.com
Pusat HO dan R&D India
A-223 hingga 229, Estet Perindustrian Virwani
Dari lebuh raya ekspres barat
Goregaon (Timur), Mumbai - 4000063
India

Source: Ideal Cures Private Limited
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals New products/services Trade show news