omniture

Pengeluar Bir, Wain dan Minuman Beralkohol Aktif dan Bersedia Bekerjasama Penuhi Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

IARD, The International Alliance for Responsible Drinking
2018-07-06 17:06 2436

LONDON, 6 Julai 2018/PRNewswire/ --

  • Anggota-anggota IARD sudahpun menyokong SDG PBB melalui pelbagai aktiviti  
  • Dengan kerjasama pengeluar-pengeluar lain dapat memberi impak positif kepada ribuan komuniti  
  • Anggota-anggota IARD berazam melakukan lebih lagi dan memainkan peranan penting dalam merealisasikan SDG

PBB telah memeterai perkongsian bagi menumpu pada SDG dan terus menekankan peranan penting yang dapat dimainkan oleh sektor swasta sebagai sebahagian daripada pendekatan berbilang sektor.

Syarikat-syarikat dapat menggalakkan idea yang lebih berani dan memberi impak lebih besar melalui pelaburannya, kepakaran unik, teknologi, capaian dan juga data. Anggota-anggota IARD, sebagai pengeluar bir, wain dan minuman beralkohol terkemuka berazam untuk menjadi sebahagian daripada gerakan untuk membawa perubahan positif ini demi menggalakkan pembangunan lestari untuk semua.

Partnering For Progress untuk SDG menumpu pada kerja-kerja oleh anggota-anggota IARD yang melaksanakan perubahan bermakna di seluruh dunia, fokus pada segmen-segmen utama dalam menangani pengambilan alkohol yang memudaratkan, meningkatkan tahap kesihatan, mengurangkan impak terhadap alam sekitar, memupuk pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan NCD. Usaha-usaha kolektif mereka turut memberi impak positif terhadap ribuan komuniti melibatkan lebih seratus komuniti dari Republik Dominica ke India.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden IARD Henry Ashworth mengulas: "Laporan ini dan contoh-contoh yang dipetik di dalamnya, menekankan tahap kemajuan yang dapat dicapai melalui perkongsian bermakna antara syarikat-syarikat, NGO dan kerajaan dalam merealisasikan Matlamat Pembangunan Lestari."

"Walau bagaimanapun, perkongsian yang membuahkan hasil hanya dapat berkembang maju apabila adanya sektor perniagaan yang luas dan bertanggungjawab yang berupaya memainkan peranannya serta menyokong pihak-pihak lain dalam memainkan peranan mereka."

"Pendekatan seluruh masyarakat adalah amat penting dalam merealisasikan pembangunan lestari di peringkat tempatan, negara dan global manakala usaha-usaha kolektif kami dapat berkembang lebih jauh sekiranya kami beralih daripada agenda bersama kepada penyelesaian bersama."

"Dengan membangunkan tindak balas yang bersatu dan kolaboratif, yang turut melibatkan pengeluar bir, wain dan minuman beralkohol sebagai rakan kongsi setara, kami dapat menangani NCD dan membantu mencapai sasaran yang dibentangkan dalam SDG."

Anggota-anggota IARD merupakan rakan kongsi aktif dalam merealisasikan SDG:

  • Semua anggota IARD komited untuk mengurangkan tabiat minum yang berbahaya melalui Producers' Commitments* Beberapa pencapaian penting sejak lima tahun lalu termasuk:
    • Purata 345 program pencegahan memandu dalam keadaan mabuk beroperasi setiap tahun (antara 2014 dan 2017)
    • Lebih 6 juta individu bawah umur dapat didekati melalui interaksi secara bersemuka (antara 2015 dan 2017)
    • Peningkatan 66% dalam inisiatif peruncitan bertanggungjawab tempatan beroperasi setiap tahun (antara 2013 dan 2017)
  • Ramai anggota IARD turut menyertai Perbincangan Meja Bulat Alam Sekitar Industri Minuman (BIER). Secara kolektif, anggota-anggota BIER mengurangkan penggunaan tenaga dan air dengan ketara. Pada tahun 2015, anggota-anggota BIER menggunakan kurang daripada 69 bilion liter air pada tahun 2015.
  • Sumbangan ekonomi. Sebagai pengeluar bir, wain dan minuman beralkohol, anggota-anggota IARD menjadi penyumbang kepada aktiviti ekonomi seluruh dunia. Secara global, industri minuman alkohol bernilai USD $1.4 trilion dan angka ini melibatkan jutaan syarikat daripada sektor pertanian, pengeluaran, pengedaran, peruncitan, hospitaliti dan juga pelancongan.
  • Anggota-anggota IARD menyedari bahawa pembangunan ekonomi haruslah mampan dan bertanggungjawab dari segi sosial dan atas sebab inilah semua menjadi penandatanganan UN Global Compact.

Perikatan Antarabangsa Bagi Amalan Minum Secara Berhemah (IARD) ialah sebuah pertubuhan bukan untung yang mengkhusus untuk menangani tabiat minum yang memudaratkan di seluruh dunia dan menggalakkan tabiat minum secara berhemah, dalam kalangan mereka yang memilih untuk minum minuman beralkohol. IARD disokong oleh syarikat-syarikat anggotanya daripada semua sektor industri alkohol terkawal, iaitu bir, wain dan minuman beralkohol, dengan tujuan yang sama untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian demi mengurangkan pengambilan alkohol yang memudaratkan. Untuk maklumat lanjut mengenai keahlian kami dan apa yang kami lakukan, sila layari http://www.iard.org.

Source: IARD, The International Alliance for Responsible Drinking
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Not for profit Survey, Polls & Research