omniture

Suning Berganding Salone del Mobile. Milano Shanghai Ketiga Promosi Kecemerlangan Reka Bentuk untuk Kehidupan Lebih Baik

Suning
2018-07-09 07:57 2041

SHANGHAI, 9 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Suning Holdings Group, salah sebuah perusahaan komersil terbesar di China, diumumkan sebagai Rakan Kongsi Strategik Utama kepada Salone del Mobile. Milano Shanghai ketiga bakal berlangsung dari 22 hingga 24 November 2018 di SEC – Pusat Pameran Shanghai.

Bukan hanya sebagai peneraju Peruncit Pintar untuk omni saluran dan operasi kategori penuh tetapi juga sebagai penyedia penyelesaian kediaman pintar, Suning akan menyediakan pelbagai sokongan dan pandangan kepada pereka dan pengeluar perabot untuk bersama-sama meneroka pasaran China dan mencipta penyelesaian yang pintar dan diperibadikan untuk keperluan kehidupan rumah pengguna tempatan.

"Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Salone del Mobile. Milano menyasarkan untuk membawakan kecemerlangan dalam pembuatan Itali kepada pasaran China. Dengan merapatkan lagi kedua-dua budaya, kami dapat memperoleh lebih banyak inspirasi reka bentuk, memperbaiki reka bentuk berkualiti tinggi kami dan terus mengukuhkan daya tarikan pengeluar Itali," kata Claudio Luti, Pengerusi Pameran Perabot Antarabangsa Milan. Menambah "Pasaran China sedang berkembang pesat dengan keinginan dan usaha untuk mengeluarkan produk yang berkualiti tinggi. Oleh itu, Pameran Perabot Antarabangsa Milan menyediakan peluang untuk semua perusahaan yang mahu memulakan dan mengukuhkan hubungan perdagangan dengan China."  

Marco Sabetta, General Manager of Salone del Mobile.Milano, introducing the strategic cooperation with Suning.
Marco Sabetta, General Manager of Salone del Mobile.Milano, introducing the strategic cooperation with Suning.

Pameran ini akan dibahagikan kepada dua bahagian, Design dan xLux. Bahagian Design akan memberi tumpuan kepada produk kehidupan yang praktikal dengan penampilan yang diperhalusi, dan bahagian xLux akan mempamerkan campuran reka bentuk klasikal yang elegan dengan ciri-ciri kontemporari. Sebagai tambahan kepada pameran itu, akan terdapat perkongsian industri 'Master Classes' dan 'Salon Satellite Shanghai' – acara satelit untuk pereka-pereka baharu di bawah 35 tahun.

Suning, yang menerima pujian untuk konsep 'ZaoJi' (Mencapai Puncak Pengalaman) dan kerjasama dengan pemain legenda kelab bolasepak Itali F.C. Internazionale Milano (Inter) di Minggu Reka Bentuk tahun ini menggalakkan kerjasama sewaktu ia menyasarkan untuk membina hubungan dengan komuniti reka bentuk antarabangsa.

Steven Zhang, presiden Suning International, berkata, "Sunning mempunyai dedikasi dalam mencari cara-cara baharu untuk mewujudkan produk dan perkhidmatan yang lebih baik dan diperibadi untuk pengguna global. Menyertai perkongsian ini dengan acara reka bentuk hebat seperti Salone del Mobile.Milano akan membantu mengukuhkan lagi hubungan antara pasaran luar negara yang berkualiti tinggi seperti Itali dan China, mempromosi dialog industri antarabangsa yang lebih berkesan dan membawakan penyelesaian yang lebih baik dan produk dan pengalaman kehidupan yang berkualiti lebih tinggi kepada para pengguna.

Suning’s Emotional Wall at Milan Design Week which is based on Suning “BIU” interactive artificial intelligence system allows users to be immersed into a futuristic home-life experience
Suning’s Emotional Wall at Milan Design Week which is based on Suning “BIU” interactive artificial intelligence system allows users to be immersed into a futuristic home-life experience

Pada persidangan akhbar Salone del Mobile.Milano Shanghai yang diadakan di Kedutaan Itali di Beijing, Duta Itali ke China, Ettore Sequi, menekankan, "Seiring dengan perubahan-perubahan yang dialami oleh negara ini, pasaran Cina menambah kedai barangan pengguna yang berkualiti. Menurut data terkini, reka bentuk dan perabot Itali semakin dihargai oleh pengguna Cina, disebabkan oleh kualiti tinggi yang hebat dan tumpuan kepada inovasi."

The Italy’s Ambassador to China, Ettore Sequi, expressed his vision for the exchange of quality and design culture between China and Italy at the press conference
The Italy’s Ambassador to China, Ettore Sequi, expressed his vision for the exchange of quality and design culture between China and Italy at the press conference

 

The Italy’s Ambassador to China, Ettore Sequi (second from left), organisers, guests and the representative of Suning (right)
The Italy’s Ambassador to China, Ettore Sequi (second from left), organisers, guests and the representative of Suning (right)

Suning sentiasa meneroka cara untuk menjual inovasi dan meningkatkan pengalaman pelanggan. Berusaha dalam lingkungan perkara yang  boleh dilakukan secara teknologi dan mencari kerjasama dengan jenama reka bentuk terkemuka global akan membantu mencapai matlamat ini dan memenuhi permintaan pasaran pengguna yang semakin mementingkan mutu di China.

Latar Belakang Suning

Ditubuhkan dalam tahun 1990, Suning ialah salah sebuah perusahan komersil terkemuka di China dengan dua syarikat awam di China dan Jepun masing-masing. Dalam tahun 2017, Suning Holding menduduki tempat kedua di kalangan 500 perusahaan swasta di China dengan jualan tahunan sebanyak 65.7 bilion USD (412.95 bilion RMD). Dengan wawasan "Meneraju Ekosistem merentas Industri dengan Mencipta Kehidupan Elit Berkualiti untuk Semua", Suning telah mengukuhkan dan mengembangkan perniagaan terasnya melalui pelbagai industri menegak: m (Runcit), Logistik, Perkhidmatan Kewangan, Teknologi, Hartanah, Media & Hiburan, Sukan, dan Pelaburan, di mana Suning.com telah disenaraikan dalam senarai Fortune Global 500 2017.

Untuk maklumat lebih lanjut lihat www.suningholdings.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180706/2180375-1-a  
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180706/2180375-1-b  
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180706/2180375-1-c  
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180706/2180375-1-d  

 

Source: Suning
Keywords: Art Banking/Financial Service Computer/Electronics Consumer Electronics Education Household Products Retail Licensing/marketing agreements Trade show news Future Events