omniture

Bakat Global dalam Industri Pelabuhan dan Perkapalan Diundang ke Edisi Musim Panas Program Latihan C Blue China Merchants 2018

CMPort
2018-07-09 08:27 1874

SHENZHEN, China, 9 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Pada 5 Julai 2018, Program Latihan C Blue China Merchants ketiga mengadakan majlis penutupnya di China Merchants Port Plaza di Shenzhen. 25 peserta dari 13 negara merentas 4 benua di sepanjang Jalur dan Jalan tamat latihan program ini.

C Blue, sebuah perjalanan pertukaran kebudayaan, kefahaman bersama, persahabatan dan harapan.
C Blue, sebuah perjalanan pertukaran kebudayaan, kefahaman bersama, persahabatan dan harapan.

Timbalan Setiausaha Agung China Merchants Charitable Foundation ("CMCF"), Cik Huang Yi; Pengerusi Pihak Berkuasa Pelabuhan Sri Lanka, Dr. Parakrama Dissanayake; Penolong Dekan Shanghai Advanced Institute of International Shipping of Shanghai Maritime University ("SMU"), En. Yu Siqin; dan Timbalan Pengurus Besar China Merchants Port Holdings Company Ltd. ("CMPort"), En. Yan Gang, menghadiri majlis ini.

Cik Huang mengucapkan tahniah kepada semua pelatih. Beliau percaya bahawa C Blue telah menjadi lebih berjaya dengan usaha bersama semua pihak. Di sepanjang seratus tahun yang lalu, China Merchants membiayai kanak-kanak dari Dinasti Qing pergi ke A.S. untuk mencari pemulihan bagi China. Hari ini, ia mengundang bakat-bakat dari pelbagai negara di dunia menerusi C Blue untuk berkongsi pengalaman dan pencapaian pembangunan China.

Dr. Dissanayake menyifatkan C Blue sebagai inovasi yang penting di mana orang-orang muda boleh memupuk persahabatan dan kepercayaan bersama yang membuka jalan ke arah kerjasama. Beliau juga menghargai visi C Blue bahawa para pelatih boleh menyumbang untuk pembangunan Jalur dan Jalan di masa hadapan melalui kefahaman yang lebih mendalam terhadap budaya dan pengalaman pembangunan China.

En. Yu berkata bahawa SMU akan menggunakan fakulti dan kelebihan serantau sepenuhnya untuk mempromosi C Blue. Beliau percaya projek ini merupakan kaedah penting untuk menghubungkan impian pembangunan sosio ekonomi negara-negara yang berbeza.

Bagi pihak pelatih C Blue, En. Kaan Anul dari Turki menyampaikan penghargaannya kepada semua dan berkongsi kefahamannya tentang makna C Blue: "C" sebagai permulaan "Pertukaran Budaya", "Komunikasi Antarabangsa" dan "Kerjasama" menyampaikan nilai perkataan-perkataan di atas.

En. Yan berkata bahawa C Blue telah berjaya diadakan sebanyak tiga kali dan telah menjadi kad perniagaan CMPort. Ia telah membina platform untuk bakat dari pelbagai negara dan merupakan gambaran jelas CMPort yang berani untuk melaksanakan wawasan bersejarah dan bertindak balas kepada Inisiatif "Jalur dan Jalan" secara aktif.

Pelatih C Blue meraikan tamat pengajian dalam musim panas 2018
Pelatih C Blue meraikan tamat pengajian dalam musim panas 2018

Program Latihan Musim Panas C Blue China Merchants 2018, dilancarkan di Shanghai pada 12 Jun, dibiayai oleh CMCF, dianjurkan bersama oleh CMPort dan Shanghai Maritime University. Semenjak tahun 2016, ia telah menyediakan siri kursus latihan pelabuhan dan perkapalan atasan untuk bakat muda dalam industri pelabuhan global. Para pelatih bukan hanya dapat mempelajari teori pelabuhan, perkapalan dan zon dagangan bebas, tetapi juga melawat syarikat-syarikat utama Cina dalam industri-industri ini seperti Shanghai Yangshan Port, Zhenhua Port Machinery Company, China Merchants Zhangzhou Economic and Technological Development Zone, Shekou Container Terminal, dan China Merchants Bonded Logistics.

Kejayaan C Blue telah menjadikan konsep Jalur Dan Jalan dikenali dengan yang lebih baik. Daripada perubahan pertukaran modal yang beransur-ansur bertukar kepada pertukaran pengurusan dan kebudayaan, ia menerangkan misi "Kami Menghubung Dunia" CMPort dengan lebih baik. Kami yakin para pelatih akan menggunakan pengalaman mereka untuk pembangunan industri pelabuhan di tempat mereka dan bersama-sama mencapai kemakmuran ekonomi dan sosial Jalur dan Jalan.

Edisi C Blue seterusnya dijadualkan akan diadakan dalam bulan Oktober 2018.

Bakat-bakat global dalam Industri Pelabuhan dan Perkapalan Diundang ke Edisi Musim Panas Program Latihan C Blue China Merchants 2018
Bakat-bakat global dalam Industri Pelabuhan dan Perkapalan Diundang ke Edisi Musim Panas Program Latihan C Blue China Merchants 2018

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Vincent An
+86 755 2667 6090
vincentan@cmhk.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180706/2180847-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180706/2180847-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180706/2180847-1-c

Source: CMPort
Keywords: Maritime/Shipbuilding Transportation Workforce Management/Human Resources Asian-related news