omniture

Peranti Pegang Android Tahan Lasak Semua-Dalam-Satu Nautiz X2 Dinaik Taraf kepada Android 7.0

Handheld Group
2018-07-11 00:39 1121

LIDKÖPING, Sweden, 11 Julai 2018 /PRNewswire/ --

Handheld Group, pengeluar komputer mudah alih tahan lasak yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa peranti pegang perusahaan Nautiz X2 kini didatangkan dengan sistem pengendalian Android 7.0. Nautiz X2 yang popular itu pertama kali diperkenalkan pada Februari 2017 dan dibangunkan bagi tujuan kemasukan data, pengimbasan kod bar dan kemasukan data dalam persekitaran melampau.

generated by system

Nautiz X2 memberikan pengguna perusahaan dengan komputer mudah alih semua-dalam-satu yang dapat mengendalikan semua tugasan kerja harian, dengan sifat tahan lasak terbina dalam terhadap kelembapan, debu, suhu tinggi atau rendah dan kemungkinan jatuh. Android 7.0 (Nougat) menambah ciri keselamatan dan meningkatkan pengurusan kuasa demi hayat bateri yang lebih lama, dua pertimbangan penting untuk komputer pegang tangan tahap-perusahaan. Dengan Android 7, sokongan Nautiz X2 untuk Android Enterprise dipertingkat, menjadikannya lebih sesuai untuk platform-platform Pengurusan Mobiliti Perusahaan (EMM).

Nautiz X2 menawarkan set ciri dan keupayaan yang paling lengkap dan serba guna yang tersedia:

  • Sifat tahan lasak yang ekstrem, memenuhi piawaian IP65 dan MIL-STD-810-G
  • Pengimbas berkualiti tinggi dan berkelajuan tinggi dengan keupayaan 1D atau 2D
  • Kamera bersepadu 8 megapiksel dengan autofokus dan denyar
  • Fungsi telefon Android 4G/LTE
  • Google GMS, membolehkan pengguna menggunakan Google Maps dan memuat turun aplikasi Play Store
  • Paparan kapasitif 4.7-inci boleh dibaca di bawah sinaran matahari dengan kepekaan berbilang sentuh

"Sejak kami melancarkannya, Nautiz X2 telah menarik perhatian pelanggan menerusi saiznya yang kecil, beratnya yang ringan dan reka bentuk yang anggun," kata Johan Hed, pengarah pengurusan produk Handheld Group. "Penaiktarafan kepada Android 7.0 bererti pelanggan kami dapat mara ke hadapan dengan sistem pengendalian ini sekaligus mengekalkan peranti yang mereka harapkan."

Ketersediaan

Nautiz X2 dengan Android 7.0 kini tersedia. Pesanan boleh dibuat sekarang. Hubungi info@handheldgroup.com untuk butiran lanjut.

Pautan Bermanfaat

Spesifikasi produk Nautiz X2 

Imej Akhbar

Latar Belakang Handheld Group

Rangkaian produk Handheld

Apa itu tahan lasak?

Twitkan berita ini:  

Handheld menaik taraf peranti pegang tahan lasak semua-dalam-satu Nautiz X2 kepada Android 7.0 http://www.handheldgroup.com/X2-Android7

Latar Belakang Handheld 

Handheld Group ialah pengeluar bagi komputer mudah alih tahan lasak, PDA dan tablet. Handheld dan rakan kongsinya di seluruh dunia memberikan penyelesaian mobiliti yang lengkap kepada perniagaan dalam industri seperti geomatik, logistik, perhutanan, pengangkutan awam, utiliti, pembinaan, penyelenggaraan, perlombongan, ketenteraan dan keselamatan. Handheld Group di Sweden, memiliki subsidiari di Finland, U.K., Belanda, Itali, Jerman, Switzerland, Australia dan AS. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.handheldgroup.com.

 

Source: Handheld Group
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Semiconductors New products/services